Pages

Friday, August 14, 2009

Anwar Saman KJ dulu dan sekarang saman Muhyiddin



KETUA Umno Bahagian Maran, Datuk Tan Mohamad Aminuddin Ishak merupakan ketua bahagian pertama yang saya terpandang kenyataan terbukanya disiarkan menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Walaupun sebelum ini, ada Pemuda bahagian, termasuk Pagoh yang mengadakan demonstrasi mempertahankan Muhyiddin dan beberapa Pemuda bahagian lain seperti Jerlun, Alor Star dan beberapa bahagian lagi menghantar memorandum secara senyap-senyap kepada Setiausaha Politik Muhyiddin, nampaknya kali Anwar perlu menyediakan lebih ramai peguam untuk menyaman lebih ramai pemimpin Umno.

Sebelum ini, lebih setahun yang lalu, sebenarnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sudah disaman Anwar Ibrahim tetapi kesnya belum berjalan lagi dan jika kesemua yang Anwar saman ini kalah, kayalah PKR hasil wang saman yang Anwar kutip.

Barangkali banyak firma guaman yang pro PKR akan kaya raya kerana mereka kerap menang bicara dan apa yang lebih menarik, mereka menang kerana pemimpin Umno mahu ditutup mulutnya dengan gertakan saman yang beratus juta ringgit ini.

Memetik kata-kata sinis Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, beliau sendiri tidak berani mahu memberi komen terhadap Anwar sekarang ini kerana musim sekarang adalah musim saman menyaman.
Inilah sebenarnya perjuangan PKR. Mereka memfirnah orang dan mereka tidak sanggup menerima kritikan. Mereka menuduh orang lain tetapi apabila orang membidas mereka, mereka lari masuk ke lubang cacing untuk menyembunyikan diri.

Menyaman seseorang adalah kerja mudah sebenarnya. Lebih-lebih lagi peguam-peguam yang pro PKR, memang cukup berminat untuk mengambil kes-kes seperti ini. Mereka tahu, dengan cara ini sahaja mereka akan dapat publisiti sama ada melalui media pro kerajaan mahukan laman-aman web pembangkang yang cukup berminat dengan melaporkan cerita separuh benar.

Ramai peguam yang menjadi penguambela Anwar ketika kes dia dihadapkan ke mahkamah dahulu, kini sudah bergelar YB. Mereka mungkin kebetulan sahaja bergelar YB kerana PKR tidak mempunyai cukup calon dalam PRU 12 yang lalu dan mungkin juga inilah bayaran yang mereka terima hasil khidmat guaman percuma.

Bagi yang masih belum bergelar YB, mereka memasang angan-angan, jika menawarkan khidmat percuma menjadi peguam kepada Anwar, mungkin dalam PRU 13 akan datang, peguam-peguam ini terpilih bertanding di mana-mana sahaja kawasan yang Anwar persetujui.

Anak Anwar, kawan-kawan Anwar dan anak-anak Karpal Singh pun kini sudah bergelar YB. Mereka tidak perlu berada di dalam mana-mana demonstrasi, cukup sekadar melambai-lambai tangan selepas demonstasi berakhir, akan mudah dikenali kerana ‘inilah politik Anwar’ selama ini.

Jangan terkejut, selepas ini ada lagi kisah seorang pemimpin PKR yang melarikan diri ke Kedutaan Turki, kononnya menerima ancaman bunuh kerana dengan cara ini, mereka akan popular.

Jangan terkejut, jika ada pemimpin PKR, selepas ini akan mendakwa kononnya ‘diracun’ dengan racun ‘arsenik’ yang menyebabkan kulitnya tanggal, kering dan mengelupas, selain cerita rambut yang keguguran angkara orang-orang kerajaan dan penyokong Umno tetapi selepas itu, mereka kembali sihat dan menjadi wakil rakyat.

Muhyiddin perlu menghentikan itu semua. Muhyiddin sudah memulakan satu langkah terbaik. Muhyiddin tidak perlu gentar dengan saman yang beratus juta. Muhyiddin sebenarnya mempunyai ramai kawan-kawan yang mahu menawarkan diri menjadi saksi. Yang paling menarik apabila bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Nor tampil mahu memberi sokongan kepada Muhyiddin dan menjadi saksi kes saman Anwar kepada Muhyiddin tersebut.

Sudah terlalu lama ‘permainan wayang’ ini berlangsung. Nasib baiklah ada Khairy Jamaluddin dan Muhyiddin Yassin dalam Umno. Ketika Khairy Jamaluddin kena saman dengan Anwar dahulu, tidak kedengaran mana-mana pihak mahu membantunya tetapi ketika Muhyiddin kena ni, ramai pula yang mahu menawarkan diri. Ehm…ehm!

Oleh Malek Saiful Muda
citra_bangsa@yahoo.com

sumber : www.kpmu.net

4 comments:

  1. Den pun ado nak cerita pasal perhimpunan PKR kat Rombau.

    Anak Omak - Menggerunkan Atau Memalukan

    Shah Jiwang

    ReplyDelete
  2. Dok sibuk2 kutuk Anwar tapi tak sedar umno dok kutuk kj.Ada gerakan dok tunggu masa tendang dia keluar je..tu pun tak paham2 lagi ka??

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah......

    Apa lagi yang Anwar boleh buat selain dari saman menyaman.

    ReplyDelete
  4. Memang padan pun si KJ tu kena kutuk...sapa ehhh nak sokong diaa...hingus pun tak kering lagii!!!!

    ReplyDelete