Pages
▼
Sunday, August 9, 2009
7 Wasiat Raja-Raja hanya menjadi bahawa ketawa Mahfuz
Gelaran yang terbaik untuk melayu seperti Mahfuz ini adalah Pak Lawak kedai kopi sahaja dia ini . Mahfuz cakap hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu ini bermakna dia hanya gelak ketawa hahahaha sahaja bila Raja Nazrin membangkitkan semula Wasiat ini untuk bangsa Melayu .Bagi PB ,Mahfuz seorang pemimpin Melayu yang tidak menghormati sejarah kerana beliau anggap itu sebagai bahan jenaka. Jika beliau kata UMNO telah mencabuli semua wasiat itu , adakah dia sudah lupa apa yang Pakatan buat selepas PRU12 seperti di PP iaitu DEB dihapuskan, sekarang ini agama Islam dihina oleh puak2 DAP , Tanah 999 tahun di Perak diberikan kepada bukan Melayu , peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan masjid juga turut sama diberikan juga kepada tokong dan kuil ,isu kalimah Allah,isu Chin Peng dan banyak lagi .
PB berasa amat tersentuh bilamana membaca 7 wasiat yang sudah pun ditinggalkan oleh Raja-Raja Melayu kepada anak cucu kita. Jelas sekali wasiat itu membuktikan dimana kedudukan sebenar orang Melayu. Malah wasiat tersebut juga sudah pun termaktub akan kedudukan yang tertinggi agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi.Tidak ketinggalan di dalam wasiat tersebut akan hak keistimewaan yang diterima malah akan terus diterima oleh bangsa Melayu dan kaum pribumi bumiputera lain. Kedudukan raja-raja Melayu juga akan kekal sebagai ketua Negara sampai ke anak cucu kita.
PB tidak terkejut dengan kalau perkara yang dibangkitkan oleh Raja Nazrin ini dijadikan sebagai bahan gelak ketawa puak-puak PAS ini . 7 wasiat ini dibangkitkan kerana Raja Nazrin tahu situasi semasa kepada bangsa Melayu yang semakin meruncing apabila beberapa golongan semakin mula menunjukkan belang dan taring mereka dengan mengambil kesempatan terhadap suasana sekarang.
UMNO yang diketuai oleh Najib yang semakin hari semakin sedar akan kesilapannya yang lalu dan telah kembali mengatur semula pentadbirannya untuk berubah menajdi lebih baik , sememangnya perlu diperingatkan dengan wasiat-wasiat tersebut sentiasa.
salam sdr Pejuang Bangsa
ReplyDeletemanusia seperti mahfuz ni hanya layak menjadi tukang demo haram dan pemimpin dalam pas aje...
kerana akalnya tidak boleh ditumpang untuk kebaikan ummah
salam