Pages
▼
Monday, July 13, 2009
Antara Balak dan royalti minyak
salah satu tempat pengumpulan balak blh dilihat antara jalan Temalir ke Sungai Sok
Wahai Nik Aziz.....ambo nak tanya 2 soalan jah....kena jawab dan jangan buat tak tahu..tolong jawab dalam ceramah PAS dan dihadapan orang-orang pas dan rakyat Kelantan yang diperbodohkan oleh Pemimpin PAS
1. Jangan asyik bertanya pasal royalti minyak sahaja..kita nak tanya dimana ustaz letak hasil-hasil balak selama ni yang di alibabakan kepada cina?
Selama 19 memerintah pernahkan ust gunakan hasil ini untuk pembangunan Islam di kelantan?Dimana buktinya?Tak payah tanya soal royalti yang dok jauh beribu batu tp kita nak tanya soal balak yang ada hanya dok dalam negeri Kelantan.Tak payah tanya pasal royalti minyak yaang kita joinventure dangan Thailand tapi jawab soal balak yang menjadi hak mutlak rakyat kelantan.
Nak Soalan lagi?
-dimana dilabur hasil balak tersebut?
-Siapa sebenarnya tokeh-tokeh balak ni?
-yang ada kat tepi jalan kat JPJ Laloh tu yang beratur macam lori ikan siapa tuannya?
-siapakan yang pernah merasa hasil balak ni selama 19 tahun?
-pernahkan siap satu masjid kat mana-mana dengan guna hasil balak ni?
nak soalan lagi?
-Berapa ekar tanah rakyat dirampas untuk tujuan ladang rakyat?
-Bisonya ust berniaga,ladang rakyat tak laksana lagi tapi dividennya sudah dapat..(Biso tipu kali)
Jangan dok asyik tanya orang...Jawab dulu...
2. Ada lagi nak tanya ni..dimana ust bawak pergi letak duit derma hasil ceramah tiap malam?orang Pas pun ramai tanya ambo...
Nak soalan lagi?
-Ustaz buat gapo nge duit derma tu?
-berapa jumlah semuanya hasil derma sepanjang 19 tahun memerintah?
-ambo bunyi kalau ada Pas kawasan yang dah kurang duit maka perlu dibuat ceramah agar dapat kutip derma..
-Dengar cerita jumlah duit derma pada tiap ceramah ada peratusnya untuk penceramah?sebab tu PAS kerjanya hanya ceramah pastu kalau tak de modal gak mula la fitnah,caci,maki hamun dan lain-lain.
Tak tahu la apa nak jadi pada melayu Islam kat Kelantan...memang orang kuat PAS kat kampung nak pada Islam tapi Parti PAS itu sendiri tak nak pada Islam.Kenapa ambo kata gitu? sebab kalau pas ikut betul Dasar Islam kenapa masih ada lagi orang pas yang bergaduh sesama Islam?sesama saudara?bercerai-berai?sembahyang 2 imam?sembelihan tak sah?
Kenapa turut kehendak DAP? Di mana slogan "Membangun Bersama Islam" dulu?Sebab Karpal Singh suruh langkah mayat dulu maka slogan itu di buang.Semua ni pemimpin Pas kena tanggunjawab depan Allah.bukan orang UMNO je yang akan mengadap tuhan tapi orang PAS pun sama..Jangan ingat sokong PAS je maka Allah tak akan soal mereka.
Ingat la wahai saudara ku...PAS adalah parti bukannya agama..Nik Aziz bukan Maasum maka ada juga benda yang kita kena tegur..dia pun ada dosa jugak..
Apa-apa pun Nik aziz perlu jawab soalan tadi dihadapan semua rakyat Kelantan..Kami nak dengar dan kami akan tunggu..
Jangan asyik tanya orang tapi bila kita tanya mereka buat senyap macam tak tahu apa-apa..
sumber : http://manekurai2009.blogspot.com/
Komen PB
Semalam PB di KL dan semasa hendak ke KL Sental untuk pulang ke PP ,lalu di Stesen LRT Aliran Kelana Jaya di Masjid Jamek . Nampak seorang perempuan tua meminta derma dan yang saya nampak di bekas plastik dipegannya itu tertera Derma untuk Pilihanraya Manik Urai dengan logo PAS sekali. Hairan betul ,sampai di KL pun ,mereka kutip derma untuk pilihanraya di Manik Urai ..Sedangkan pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan semua kaya raya dengan kereta-kereta besar ,tetapi dok suruh ahli mereka kutip derma lagi untuk perjuangan parti mereka
No comments:
Post a Comment