Pages

Monday, July 6, 2009

Sam AMK nak bawa 5000 penyokong Anwar ke mahkamah 8 Julai ini


Bahang menjelang mulanya bicara kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual Rabu ini semakin terasa.

Dicelah-celah usaha Anwar mencari jalan menerusi proses mahkamah untuk membatalkan kes itu media PKR sudahpun memainkan peranan sebagai hakim istihar beliau tidak bersalah.

Kalau mengikut aturan undang-undang tindak tanduk itu nyata contempt of court.

Anwar pula yang akan berdepan dengan bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan dalam gelanggang mahkamah juga sudah rancak main ayat-ayat untuk menarik simpati orangramai pada kes itu dalam ceramah-ceramah politiknya.

Ia dikatakan naluri biasa pada sesiapa pun jika kena berdepan dengan lawan yang ‘ tahu banyak’.

Siapa tahu mungkin ada ‘cerita-cerita meletup’ yang bakal terbongkar dalam keterangan Saiful di mahkamah kelak.

Seperti diduga PKR akan memperhebatkan perang sarafnya ketika perbicaraan berlangsung untuk mempengaruhi pemikiran orangramai bahawa kes itu satu konspirasi politik.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin Ahad melancarkan KEJAM,singkatan pada Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sebagai tanda solidariti pada Anwar.

Katanya gerakan itu antara lain akan menyebar fakta-fakta untuk mendakwa kes itu satu konspirasi.

Menurut Shamsul Iskandar mereka juga rancang nak bawa 5,000 penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur masa perbicaraan Rabu ini.

Baginya itu bukan perhimpunan haram kerana perbicaraan di mahkamah terbuka dihadiri sesiapapun dan mereka datang bukan nak buat huru hara.

Soalnya mampukah Ketua Pemuda parti yang sentiasa menggangap apa jua yang tidak menyebelahinya sebagai tidak adil itu... jamin tiada kekecohan akan timbul?



Juga apakah keadilan hanya penting bagi Anwar tapi tidak bagi Saiful ?

sumber : agenda daily

Komen PB

Aku takut 5000 jadi 500 orang sahaja yang mai seperti mana Himpunan 100000 rakyat di Stadium MBPJ dulu untuk explain mengenai kerajaan wayang untuk perpaduan .

2 comments:

  1. Tuan blog...

    500 tu kira byk la... aku takut duk lima org jer yg dtg... mamat AMK sam n lembu2nya... pakatan nie kalau cerita mesti gempak... mesti dasat.. sokongan rakyat... pirah... ckp tak ingat dunia tapi action tarak... tapi tak pe... puak2 AMK nie mmg jenis muka tak malu...

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. terima kasih sdr ..

    5 orang tak kot ..itu saya target 500 orang . tidak kesian juga kat sam ni penat hingaq tubuhkan KEJAM

    nanti 8 Julau , geng penyokong saiful akan memakai pakaian warna putih dan pro anwar akan pakai black ..

    ReplyDelete