Pages

Monday, July 20, 2009

Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik


Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui baru-baru ini membayangkan akan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang melibatkan kesemua pengguna elektrik domestik, baik pihak komersil dan pengguna biasa, sekiranya kertas kerja berkenaan diluluskan oleh mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.

Sungguhpun Kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan ini didorong oleh bebanan subsidi yang meningkat akibat kenaikan harga bahan api dan gas di pasaran, Pemuda UMNO beranggapan bahawa kenaikan tarif elektrik bagi semua kumpulan pengguna tatakala rakyat dan komuniti industri serta perniagaan masih lagi bergelut dan dibebani dengan impak kelembapan ekonomi dunia dan negara adalah amat tidak wajar.

Disamping itu, jika kos subsidi akibat kenaikan minyak menjadi sandaran, Pemuda UMNO ingin menjelaskan bahawa harga proksi minyak mentah iaitu West Texas Intermediate telah jatuh daripada harga purata bulannya pada Januari 2008, iaitu USD92.97 kepada USD69.64 pada Jun 2009 - yang menunjukkan penurunan harga sebanyak USD23.33 atau 25.1 peratus.

Malahan, kalau dianalisa pula kedudukan kewangan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku penjual akhir elektrik kepada pengguna, TNB merekod kenaikan jualan sebanyak 56.4 peratus daripada RM16.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM25.8 bilion pada tahun 2008. Bukan sekadar itu, TNB juga mencatat purata keuntungan sebelum cukai tahunan sebanyak RM3.0 bilion dari tahun 2003 hingga 2008.

Pokoknya, jika sandaran kenaikan tarif dibuat berdasarkan kepada harga minyak - ianya sudah turun dan ironinya di sini adalah golongan awam dan peniaga terpaksa membayar harga elektrik yang lebih tinggi pada masa TNB mencatat jualan dan keuntungan berbilion ringgit, apatah lagi apabila Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah membuat beberapa cadangan agar kelonggaran tarif elektrik diberi kepada pengilang-pengilang untuk menolong mengurasi kos operasi mereka, dalam belanjawan 2010.

Dalam aspek ini, mungkin pihak Kerajaan dan TNB akan menjelaskan bahawa TNB kini mengalami kos kenaikan operasi setinggi 25.6 peratus menyebabkan keuntungan sebelum cukainya jatuh dari RM4.8 bilion pada 2007 kepada RM3.0 bilion pada 2008. Dalam hal ini, Pemuda UMNO ingin mengutarakan bahawa kenaikan komponen terbesar kos operasi TNB bukannya harga minyak tetapi kos Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang meliputi 38.7 peratus atau RM8.7 bilion daripada kos operasinya, dan kos ini dijangka terus meningkat apabila IPP Jimah beroperasi pada tahun hadapan, dan menaikkan rizab tenaga elektrik negara daripada 40.8 peratus sekarang ini kepada 47 peratus.

Selama manakah beban IPP ini akan ditanggung dan apakah kita memerlukan rizab tenaga setinggi ini?

Sehubungan dengan itu, sebagai nadi dan aktivis pembelaan rakyat, Pemuda UMNO menggesa Kerajaan meletakkan kepentingan umum terlebih dahulu dengan mengkaji semula pelan menaikkan kadar tarif elektrik bagi seluruh pengguna awam, komersil dan industri berdasarkan senario semasa. Kerajaan hendaklah memastikan rundingan antara TNB dan IPP bagi penstrukturan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan menilai akan keperluan menyimpan rizab tenaga elektrik setinggi 47 peratus.

Janganlah kita hanya mendahulukan kepentingan akaun untung rugi korporat syarikat-syarikat gergasi terutama apabila rakyat masih lagi dibelenggu kemelut ekonomi semasa.

YB Khairy Jamaluddin

sumber : Rembau.net.my

5 comments:

  1. BRO, AKU CONFUSE SIKIT LA, MASA PAK MENTUA DIA JADI PM, AWAT DIA TAK BUAT BRO? KENAPA DIA NI MAKIN LAMA NAMPAK MAKIN TAK CERDIK YA? ISU BAGUS TAPI PEMBAWAAN DIA MENAMPAKKAN LAGI AKAN KETIDAK MATANGAN DIA BRO!

    SORRY BRO, AKU IKHLAS NI, NIAT DIA BAIK CUMA MENJADI PERSOALAN DULU MASA DIA ADA KUASA NAPA TAK BUAT? HMMMM

    ReplyDelete
  2. AKU RASA ADA PEKARA YANG TNB TERLEPAS PANDANG ATAU SAJA TAK PANDANG, KADANG KADANG TU ADA BANYAK KILANG KILANG ATAU KEDAI KEDAI MENGUNAKAN TENAGA ELEKRIK BEGITU TINGGI,KITA BOLEH PERASAN,TAPI KALAU TENGOK BIL MEREKA RENDAH MACAM BIL RUMAH TERES BIASA AJA.RASA MACAM ADA YANG TAK KENA DENGAN METER ELEKTRIK KAT KEDAI DAN KILANG KILANG NI.

    SEKARANG NI MACAM MACAM CARA ORANG BOLEH MENIPU TERMASUK MEREKA MUNGKIN BOLEH UBAH SUAI PERJALANAN METER ELEKTRIK DIKEDAI KEDAI DAN KILANG KILANG MEREKA.HARAP PEMBACA METER ATAU PEHAK BERKUASA TNB BUAT KERJA LEBIH SIKIT TOLONG SIASAT.

    MEREKA NI DAH BANYAK MENIPU KERAJAAN.TAHU AJA LAH SIAPA YANG PALING BANYAK ADA KILANG DAN KEDAI KEDAI.SIASAT SATU DUA KILANG DULU TERUTAMA KILANG KILANG HARAM.AKU YAKIN PENIPUAN NI ADA BERLAKU. KEMUDIAN BOLEHLAH BINCANG NAK NAIKAN TAKRIF.

    ReplyDelete
  3. BRO PB, JANGAN MARAH BRO, KITA TETAP BERKAWAN BRO, TEGUR MENEGUR UNTUK KEBAIKAN BERSAMA BRO!

    ReplyDelete
  4. Bro , KJ dulu dia org No 2 tak kan nak lawan bos .itu sahaja sebabnya.

    Macam Muhyidin pun dia tak kan nak dahulukan dari Najib .

    ReplyDelete
  5. METER BARU - DIGITAL TNB LAGI MENIPU

    ReplyDelete