Pages

Wednesday, July 29, 2009

KHALID, EXCO SELANGOR MERANCANG UNTUK KAUT DUIT BAITUMAL SELANGOR


TIDAK WAJAR GUNA DANA BAITULMAL

KUALA LUMPUR 27 julai - Pengagihan dana Baitulmal Selangor perlu mengutamakan umat Islam di negeri itu terlebih dahulu kerana mereka yang sebenarnya masih jauh ketinggalan dan tercicir berbanding penganut agama lain.

Sehubungan itu , Persatuan Peguam syarie Malaysia (PGSM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor mahu menggunakan dana Baitulmal untuk menampung kos pentadbiran negeri kerana kemaslahatan umat Islam amat perlu diutamakan.

berita penuh di utusanmalaysia online bertarikh 28 julai 2009

komen penulis,

Seperti kata Dr Maamor Osman, Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kecewa dengan sikap kerajaan Selangor yang mengambil jalan mudah untuk terus menggunakan dana Baitulmal, katanya lagi tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor gagal mentadbir dengan baik kerana kerajaan BN sebelum ini telah meninggalkan dana kerajaan yang agak besar bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.

Hah.... ini lah dia bentuk kepimpinan Khalid Ibrahim dan barisan Exco dan Wakil Rakyat nya yang sentiasa menunding dan mencaci kerajaan BN dengan berbagai - bagai tuduhan, ini lah yang dikatakan satu jari menunjuk kepada orang lain ada 4 jari lagi yang menunjuk diri sendiri.

Dibawah kepimpinan Menteri Besar dari DS Abu Hassan, DS Muhammad Taib hingga kepada DS Mohd Khir Toyo, Selangor dikenali sebagai sebuah negeri yang termaju, terkaya dan bernasib baik kerana negerinya berhampiran dengan Wilayah Persekutuan yang mendapat berbagai limpahan kekayaan, tidak langsung menggunakan dana Baitulmal untuk digunakan sebagai modal suntikan pengurusan kerajaan negeri, malah Baitulmal Selangor memungut wang zakat dengan banyak kerana ramai orang Islam mampu dan kaya di negeri tersebut.

Apa dah jadi, mana kebijaksanaan yang di war - war kan, mana bantuan dan janji - janji sebagainya yang dihebohkan dalam manifesto Pilihanraya Pakatan Pembangkang sehingga Pakatan Pembangkang terpaksa nak menggunakan wang zakat Baitulmal untuk belanja kos pentadbiran kerajaan negeri, sehingga sanggup nak menggunakan wang yang digunakan untuk membantu orang Islam yang termaktub kepada beberapa asnaf seperti fakir, miskin, amil, hamba yg bebas, musafir, penghutang dan mualaf.

Dimana kekayaan yang dikumpul selama ini?, dan mana kekayaan yang diusahakan ketika ini sebagai kerajaan negeri, apa kerja Khalid dan Exco selama ini, jelas kerja tak buat, tapi anjoi segala duit yang ada, sebab itu Exco dan Wakil Rakyat dituduh seleweng duit peruntukan dan beri kepada kroni, benar lah apa yang dikata kongsi gelap berkuasa di Selangor.

Bangkit lah wahai umat Islam Selangor, kerja ini wajib di tentang, wang zakat yang diniatkan harus digunakan untuk pembangunan, kebajikan, pendidikan orang melayu dan Islam sendiri, jangan di biar mereka - mereka dari kumpulan KONGSI GELAP ini merompak harta umat Islam tanpa tahu mencari sumber lain yang terbentang luas di Selangor.

Ini bukti bukan semua parti mampu mentadbir dan membangunkan negeri kecuali kerajaan Barisan Nasional saja yang berpengalaman dan terbukti mampu untuk bangunkan negeri malah negara.

Buka mata, buka hati dan buka otak, adakah pemimpin dan parti yang begini hendak kita sandarkan harapan untuk bangunkan diri kita, anak kita, cucu kita, cicit kita, baru diberi peluang sudah tak mampu untuk bangunkan negeri malah sanggup merompak dana orang Islam sendiri. maka rakyat keseluruhannya kita wajib tolak PAKATAN PEMBANGKANG DI PILIHANRAYA KE 13 KELAK, untuk kesejahteraan kita dan waris kita kelak di masa hadapan, walaupun kita tiada di dunia tetapi kubur kita akan dipelihara oleh waris kita kelak, bukannya pusara kita hilang entah kemana tanpa di lindungi oleh mereka.


sumber : http://ddinbunga.blogspot.com

2 comments:

  1. Beginilah muka si penjual maruah agama bangsa dan negara semoga pakatan pembangkang akan terus lingkup lepas ni

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional nak perintah negeri, pakatan Rasuah yang tak pernah didaftar2 pun nak perintah negeri. Bila dapat kuasa, tak tau plak nak urus negeri. Yang "Bahalol" ni tau, cuma ceramah siang malam sibuk salahkan kerajaan sebelumnya. Pas tu bising tak cukup dana. Bangang la kiranya pentadbiran si "Bahalol" ni. Heran aku selangor yang dulu kaya raya, terus miskin bila Pakatan Rasuah perintah. Memang "Makan Suap" punya kaki. Tak kisah lah kerana tak lama lagi tumbang lah kerajaan Pakatan Rasuah tu. Tungguuuuu...

    ReplyDelete