Pages

Tuesday, July 14, 2009

Gempar !!Exco Selangor ada hubungan dengan gerakan underground!!

Angin ribut kembali berlaku di Selangor selepas dakwaan oleh YB Wee Chee Keong di blognya bahawa Exco Selangor terbabit yang ada pejabatnya sendiri di Selangor menjadi tempat perjumpaan dan mesyuarat mereka yang terlibat dengan perniagaan-perniagaan ‘underground’ . Seperti dalam filem-filem Hindustan ,ada wakil rakyat negeri mereka disebalik tabirnya mempunyai hubungan rapat dengan penjenayah @ gengster tetapi tak sangka pulak terjadi juga di Selangor negeri Pakatan Rakyat sendiri .hahaha

Ini kes cukup merbahaya tambahan pulak dia berjawatan Exco dan boleh salahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negeri .

Selepas dakwaan itu , maka melalaklah Exco yang terasa tuduhan itu telah melompat iaitu Ronnie Liu dan Teresa Kok. Tuduh menuduh bermula dengan kata ini dendam lama Wee terhadap DAP la dan ini antara sesama mereka tetapi YB Wee tetap relaks dan terus membidas lagi mereka di dalam blognya seperti perumpamaan siapa makan cili dia yang rasa pedas.

Cuma aku hairan dalam banyak-banyak Exco di Selangor ,kenapa Exco dari PAS dan PKR tidak melatah pun dengan dakwaan Wee ini .Mungkin inilah sebabnya Azmin Ali minta supaya dirombak jawatan Exco ini kerna masalah seperti ini .

PB puji tindakan polis yang telah mula siasat terhadap dakwaan kerana ia cukup serius dan kita tunggu apa pulak jawapan dari LKS, LGE mengenai dakwaan serius ini terhadap Exco DAP di Selangor ini .Selapas habis kes YB Ratu Bogel ,mai pulak bala lagi kepada PR Selangor ...Apa sudah jadi kepada PR ini ?? Ini baru setahun lebih sahaja perintah ,satu persatu kelemahan dan penyalahugunaan dilondehkan ..

Link
Exco temui penjenayah
Teresa Kok tak patut guna media luas perasaan

2 comments:

  1. Tak paham juga bagaimana pengundi terutamanya yang muda memilih wakil rakyat mereka. Berdasarkan apa pemilihan mereka itu.

    Yang pasti, apa sahaja Pakatan Rakyat buat tidak salah. Bersekedudukan dengan lelaki muslim tidak salah, wang imbuhan bukan rasuah tapi hadiah, melompat parti ke Pakatan Rakyat tidak perlu pilihan raya kecil, menjadi wakil rakyat bebas dipaksa bubarkan dun.

    Tak tahu lah apa jadi kalau pakatan rakyat yang memegang tampuk pentadbiran nanti. Kelam kabut Malaysia dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. betul ..habis negara ini kalau pakatan rakyat pegang..

    ReplyDelete