Pages

Friday, June 12, 2009

Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DAP dan PKR


Presiden PAS perlu minta maaf dengan DAP, PKR - Karpal

PULAU PINANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.

"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.

"Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno," k
atanya.

Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.

Komen PB

Memalukan !! Hadi Awang baru mengekalkan jawatan sebagai Presiden PAS dalam Muktamar lepas kena pulak pergi sujud dan mohon maaf kepada DAP dan PKR . Itu lah PAS perlu sedar diri semula ,PAS paling rendah dalam jumlah kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR . Bagaimana PAS hendak membuat keputusan sendiri dan ingin menjadi dominon dalam PR jika kerusi mereka di Parlimen sedikit . PAS hanya kuda tungangan sahaja dalam PR ..tidak boleh cakap dan menyuarakan langsung pendapat .Isu SIS pun dikecam hebat oleh PKR dan DAP.

4 comments:

  1. Perihal banner kau...

    Woi brader, kau ingat khairy tu setaraf ke ngan lain-lain tu, bacul sungguh kau ni..., penjahanam UMNO kau letak kat atas tu, sungguh tak bermaruah kau ni... jangan pulak orang macam aku yang sokong suam-suam kuku ni beralih arah... padah UMNO... ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  2. Pemimpin beso PAS yuang tak ada Telor..Penakut kena gertak si Kafirun..ini yang nak di jadikan ikutan..?? Pi dah...
    Dulu aku pangkah PAS sekarang Sorilah..

    ReplyDelete
  3. Nik aziz kata siapa yang menokong kerajaan perpaduan adalah boneka umno. Maknya Hj. hadi dll adalh boneka umno.

    Setahu aku, menyeru kepada perpaduan adalah wajib sebab umat Islam semuanya adalah bersaudara. Boleh rujuk al-Quran (ex:Surah al-hujurat) dan hadis nabi.

    Jadi siapa yang sebenarnya jadi boneka ? Hj. Hadi ? atau nik aziz yang begitu berdendam dengan umno dan sanggup menjadi boneka kepada dap dan nuar aljub-jub ?

    ReplyDelete
  4. anon

    Punya suka aku la nak letak gambar KJ di blog aku ..hang tak puas hati pasepa ??? buat hang sakit hati ka ?? KJ Ketua Pemuda aku ...aku ahli Pemuda ...

    Punya suka la hang nak beralih arah pun . UMNO tak perlu orang seperti hang .

    ReplyDelete