Pages

Sunday, June 14, 2009

Pemuda Umno masuk bandar tumpu golongan muda






Pemuda tumpu golongan muda di bandar

KUALA LUMPUR 14 Jun — Pergerakan Pemuda Umno mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.

“Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada pendduk muda di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sehari Bersama Pemuda Umno Malaysia di Bandar di PPR Kerinchi, di sini hari ini.

Katanya, sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan, kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit adalah masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan.

“Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan Pemuda Umno perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinGgal di bandar,” katanya. - Bernama


Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO





Perasmian Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia



Pusat Aduan Komuniti yang terletak di Unit 2-3, Plaza RAH, 111 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, Khairy berkata, pusat itu akan dijadikan medium pemudahcara untuk rakyat datang dan berkongsi masalah serta berperanan menyelesaikan masalah yang dilaporkan.



"Kita tak nak pusat ini hanya jadi pusat pos semata-mata...bila orang datang buat aduan, kita terima dan kemudiannya bawa aduan itu ke kementerian dan jabatan berkenaan bagi tujuan penyelesaian.

"Saya mahu pusat ini sendiri dapat bantu selesaikan masalah, bukannya hanya jadi perantara untuk diserahkan kepada pihak tertentu. Saya mahu mereka sedaya upaya membantu pengadu dengan merentasi segala halangan birokrasi yang mungkin menghalang kes itu daripada diselesaikan," katanya.

Khairy berkata, pusat yang akan beroperasi secara total dalam masa dua minggu lagi itu akan turut menyediakan unit aduan guaman bagi membantu menyelesaikan kes-kes yang melibatkan perundangan.

Beliau berkata, jika dahulu Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno hanya beroperasi di ibu pejabat Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja, tetapi kali ini, ia dibawa ke luar supaya lebih senang untuk sesiapa sahaja datang meminta bantuan dan menyatakan aduan.

Pusat itu akan menjadi 'premis harapan' kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan ia dilihat sejajar dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, katanya.

1 comment:

  1. Semuga cita cita murni oleh Pemuda UMNO berjaya mendekati hati golongan muda. Semuga Allah mempermudahkan urusan tersebut. InsyaAllah

    ReplyDelete