Pages

Saturday, June 6, 2009

Pemuda PAS pun mahu pertahan hak bumiputra

Pemuda desak jaga kepentingan bumiputera

SHAH ALAM 5 Jun - Dewan Pemuda Pas mengemukakan usul mendesak kerajaan agar memperkasakan mekanisme kawalan modal untuk memastikan negara ini tidak dijajah dari segi ekonominya oleh kuasa asing.

Ia juga adalah demi kepentingan ekonomi bumiputera Islam khususnya dapat dipertahankan dan dipelihara demi kemakmuran negara pada masa depan.

Ini kerana menyedari bahawa syarat ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus masih diperlukan untuk mengimbangi gagasan ekonomi negara di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Selain itu, langkah tersebut adalah perlu kerana menyedari terdapat usaha pihak tertentu yang iri hati terhadap dasar ekuiti 30 peratus bumiputera di dalam setiap pelaburan asing di negara ini.

Usul yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dan disokong oleh Dewan Pemuda Pas Kedah pada Muktamar Tahunan ke-50 sayap parti itu di Taman Melewar, Gombak diluluskan semalam.

Dalam pada itu, usul itu dibawa kerana menyedari keseimbangan ekonomi di antara kaum amat penting untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat majmuk.

''Menginsafi bahawa globalisasi dan liberalisasi ekonomi yang akan dipraktikkan di Malaysia boleh menjejaskan sumber pendapatan perniagaan dan ekonomi usahawan IKS khususnya bumiputera seperti mana krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan 2008.

''Memikirkan bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi ekonomi akan menyebabkan pengaruh asing mudah masuk ke Malaysia seterusnya para pemodal ini yang dikhuatiri majoritinya pelobi Yahudi akan menyebabkan ekonomi Malaysia dijajah oleh kuasa besar dunia," kata usul itu

Komen PB

Walaupun terdapat perbezaan idealisme antara UMNO dan PAS ,tetapi ada juga titik persamaan iaitu kepentingan bumiputra harus dipertahankan . Kepentingan bumiputra harus dikekalkan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu baik UMNO mahupun PAS.Ini adalah adalah perjuangan pemimpin kita yang terdahulu dan kita sebagai pewaris harus mengekalkan .


Link

MCA bidas resolusi Pas kekalkan 30% ekuiti bumiputera

No comments:

Post a Comment