Pages
▼
Thursday, June 4, 2009
Nama Pemuda UMNO di Muktamar Pemuda PAS
Terdahulu, Salahudin berkata,kepimpinan ulama harus jadi tunggak perjuangan parti itu terutama oleh pemimpin muda PAS.
Beliau juga berkata, PAS tidak boleh memandang sebelah mata terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berkeupayaan dan berkebolehan menguasai jiwa golongan muda untuk menyokong UMNO.
“Jangan nanti kita gigit jari lihat Pemuda UMNO merampas semula kepercayaan golongan muda,” ujar Salahudin yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS dan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu Jumaat ini. - 3/6/2009
sumber : agendadaily.com
Komen PB
Nama Pemuda UMNO iaitu menerusi Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin disebut oleh bekas Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub di dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Pemuda PAS .Beliau mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak memandang rendah keupayaan anak muda seperti Khairy Jamaluddin yang mengetuai jentera Pemuda bagi meraih semula sokongan golongan muda. Pemuda UMNO sejak berakhirnya pemilihan UMNO terus bergerak dan bekerja untuk menarik semula sokongan golongan muda .Penubuhan sekretariat -sekretariat ini dilihat langkah yang proaktif untuk Pemuda membantu rakyat dan juga golongan muda di bandar mahupun di luar bandar. Kata-kata amanat terakhir oleh Salahudin Ayub ini mnunjukkan beliau sedari keupayaan Pemuda UMNO yang kini berusaha mengukuhkan semula UMNO dan menarik sokongan golongan muda
Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?
ReplyDelete24 Bulan atau 36 Bulan merupakan satu masa yang singkat.Hanya keajaiban sahaja yang mampu mengubah keadaan kerana dalam tempoh tersebut satu demi satu projek kerajaan BN runtuh bersama keruntuhan kemuafakatan yang ada dalam UMNO seperti yang berlaku di Perlis dan Terengganu dan beberapa negeri lain jajahan UMNO/BN.Jika ini berterusan maka UMNO/BN akan berkubur oleh kerana diri mereka sendiri mahu menjadi lemah dan bukan kerana pihak lawan kuat!
ReplyDeleteUMNO tetap releven.KUBURKAN PAS bersama agenda mereka.PAS adalah pemecahbelah umat ISLAM.
ReplyDeletekerajaan PR juga tidak harus berbangga denga track rekod baru 1 tahun lebih memerintah ..
ReplyDeletebanyak lompang dan taik telah terpalit dlm masa setahun lebih dengan kes rasuah ,skandal dan sebagainya. Ini baru sahaja memerintah sudah macam2 kita dengar .
BN masih ada masa untuk kembali menjadi kuat. Parti Kongres di India seperti contohnya ialah parti seperti BN iaitu parti yang berjaya menuntut kemerdekaan India dan banyak jasanya kepada India. Pada pilihanraya umum baru-baru ini, parti itu menang besar dan mereka menggunakan pendekatan kembali semula bersama rakyat dan bersama mereka.
Rakyat di Malaysia masih lagi sayangkan kepada BN dan PRU 12 hanya undi protes dan banyak isu seperti kenaikan harga minyak dan sbgnya. tak mustahil untuk BN untuk menawan semula negeri-negeri PR semula seperti Kedah dan Perak kembali. Saya yakin kerajaan yang diterajui oleh PM DS Najib boleh mengekalkan lagi kuasa .
BN dulu ,kini dan selamanya..
Baik UMNO mahupun PAS masing-masing ada kekuatan juga kelemahan.. Namun nak bagi undi pada PAS yang sokong DAP, tidak sama sekali. PKR tu aku langsung tak pandang.Jijik aku lihat.. Tanpa UMNO yang perjuangkan kemerdekaan, Malaysia mungkin dah jadi Republik. Dato aku terkorban angkara Komunis.. Mangkok hayun punya Mat SABU,, pthuiih...lepas kita lama merdeka dia pulak ambil kesempatan...sengajia spin issue nak pujuk DAP...Porahh....dulu zaman S46 Bapak aku siap sound pada Mat Sabu...kenapa dalam ceramah kita perlu caci-maki... Dia kata itu dah style dia. kalau takder caci maki pada UMNO nie tak syok dia kata...
ReplyDeleteAkhirnya bapak aku tinggalkan perjuangan bersama Puak-puak hamPAS nie...
Alhamdulilah Bapak aku meninggal dalam tenang...so Moral of the story...Masuk PAS tak jamin Syurga.. Tapi Masuk ISLAM insyaALLAH syurga...