Pages
▼
Wednesday, July 1, 2009
Calon BN mendapat respons baik daripada golongan muda - Mustapa
Tok Pa yakin kemampuan Tuan Aziz mampu menarik sokongan generasi muda kepada BN
KOTA BAHARU: Penduduk Manik Urai terutamanya golongan muda memberikan respons baik termasuk menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Tuan Aziz Tuan Mat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN di Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed berkata respons yang sangat baik juga diterima daripada pengundi yang dikategorikan sebagai "pengundi di atas pagar".
"Tuan Aziz dianggap sebagai simbol kepada suara golongan muda di Manik Urai untuk menyuarakan pandangan dan membawa perubahan...penyokong PAS juga (ada) menyatakan pendirian mereka untuk menyokong calon BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tuan Aziz cukup dikenali di Manik Urai dan merupakan anak jati tempatan.
Ahad lepas, Tuan Aziz, 39, yang merupakan Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diumumkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai, 14 Julai ini. Penamaan calon pada 6 Julai.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata daya kepimpinan Tuan Aziz telah terbukti berdasarkan kemampuannya melaksanakan tugas sebagai pegawai Kesedar dengan baik.
Bengkel motorsikal Wazi Abd Hamid merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO menarik minat golongan belia
Beliau berkata tugas tersebut telah menjadikan Tuan Aziz lebih rapat dengan masyarakat setempat sehinggakan beliau begitu dikenali dan menepati ciri pemimpin yang mampu berkhidmat kepada rakyat sepertimana kehendak rakyat. BERNAMA
salam bro..harap2 tuan aziz dapat menambat hati pengundi di manek urai..INSYALLAH..
ReplyDeleteanakmelayu30.blogspot.com
support bro...
jangan jadi mcm bukit gantang dah ler....
ReplyDeleteTulis kat blog bergegar2 kata calon bn dapat sokongan rakyat konon..... padahal hampehhhh...
kami yang excited nak kemenangan kat bkt gantang dulu hampa, keciwa.
so ....apa pun....jgn keterlaluan melaporkan yang baik2 jer....
Hai...pejuang la tak singgah kat blog hang......aku mals nak cakap banyak..cuma aku nak tanya blogger UBN- UMNO, apa pendapat hang semua tentang penghapusan ekuiti 30% milik bumiputera di dalam pelaburan terus asing....
ReplyDeletebagaimana pulak dengan penghapusan hak istimewa biasiswa orang melayu dengan wujudnya biasiswa nasional...persaingan....persaingan....