Pages
▼
Monday, June 1, 2009
Undi PKR menurun di Penanti , Mansor TKM 1 PP
1. Tahniah kepada Dr Mansor yang menang di Dun Penanti dan seterusnya dilantik menjadi TKM 1 PP minggu depan . Harap beliau jangan lupa DUN Penanti yang orang PKR telah memenangkan beliau yang pernah kalah 3 kali sebelum ini di kawasannya iaitu Bahagian Balik Pulau sendiri.Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).
2. Jumlah pengundi yang keluar ialah 7,100 orang atau 46.15 peratus sahaja yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN). Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu ialah seramai 15,384 orang.B ermakna seramai 8, 284 pengundi tidak mengundi.
3.Dahulu Calon PKR ketika PRU 12 , Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.Ini bermakna 5 ribu pengundi BN pulak tidak membuang undi.
4. Persoalannya di sini ,ke mana hilangnya undi PKR sebanyak lebih 1200 undi itu ?? Setiap malam dalam siri ceramah Anwar ,ribuan orang datang mendengar tetapi mengapa jumlah itu undi PKR merosot ?? Anwar begitu bangga kawasan kubu kuat mereka ini PKR cukup popular malah jika sesiapa pun calon luar diletak pasti akan menang .
5. Adakah ini petanda pengundi Melayu sudah menolak PR kerana kawasan ini 70% nya Melayu ??Dengar kata peratusan undi Melayu yang PKR terima hanyalah lebih kurang 2000 lebih saja . Jadi ,selebihnya undi hanya dari kaum Cina dan India untuk Dr Mansor terima sehingga jumlah 6052 undi .Adakah rakyat mula sedar dan memprotes pilihanraya kecil yang dibuat sendiri oleh PKR ?? Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat cukup jelas dan telah diterjemahkan sehingga membuat satu sejarah peratusan keluar mengundi paling rendah .Gelombang orang Melayu untuk menolak secara konsisten terhadap PKR dan PAS sejak dari Kuala Terengganu telah mula merebak ke kubu PKR sendiri di Penanti .
6.Adakah ini signal ini merupakan peluang kepada umno dan signal ini juga merupakan bencana kepada Pas yang semakin ditolak orang Melayu kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP. Undi Dr Mansor menurun mungkin juga ahli PAS sendiri protes kepada PKR dengan tidak keluar mengundi .
6. Lim Guan Eng cakap ini kemenangan rakyat ,tetapi sebenarnya tidak sampai separuh pun majoriti rakyat Penanti yang keluar mengundi . Ini bukan kemenangan rakyat tetapi protes pilihanraya ini oleh rakyat majoriti Penanti .
7. Selamat bertugas untuk Dr Mansor sebagai YB dan TKM 1 PP ,harap jangan jadi tunggul saja di dalam kerajaan negeri dan tidak membuat apa-apa untuk membantu Melayu Pulau Pinang.
Link
Kesudahan Taktik Politik "Bogeyman" Di Penanti - Khir Toyo
Keputusan penuh mengikut Peti Undi
Eeeleh,
ReplyDeleteMai conggak... 6052 bahagi dengan 15384 katakalu 40% tak sampai..
Kalo ujian mathematic, alamak, FAIL dapat E lor...40 per 100!
Camna nak bangga, zaman sekarang terlalu ramai dapat A1 daaaa!
TANAHLIAT
Ana analisis tak..berapa undi Melayu yg. PKR dapat ye???cina berapa???
ReplyDeleteSyeikh anon ke2,
ReplyDeleteitu tidak kira mana-mana parti yang bertandinglah... banyak menang itu protes punya undi.. Ana mau cakap serupa ini sebab kalau letak DAP pun, orang melayu juga akan pilihlah..
Ini sementara...... bau persepsi busuk PR itu lama-lama akan hilang jugalah. sekali orang sudah fikir ribu-ribu kali, ente-ente di sana akan tahulah.. mana intan mana permata. Wassalam.
Kalau mengikut JDM/Peti Undi , kawasan melayu seperti Guar Perahu Kuala mengkuang dan juga kawasan lain memberi sokongan kuat kpd Mansor..
ReplyDeleteJDM cina cuma teluk wang dan sg lembu yg majoriti cina
yang penting pengaruh anwar semakin mengecil. InsyaAllah 2 tahun lagi UMNO boleh kuat semula.
ReplyDeleteKawasan guar perahu ,mengkuang dan kawasan lain itu yang memberi sokongan kpd Dr Mansor hanya penyokong tegar PKR . malah mansor hilang undi melayu 1200 lebih daripada fairuz dapat pada PRU 12 .
ReplyDeletesaya setuju Azli , benda ini tidak akan kekal lama . orang pun sudah muak dengan cerita dan lakonan oleh anwar .
ReplyDeleteUMNO ni begini tau.
ReplyDeleteKalau dalam tinju, PKR ajak UMNO lawan, dia takut, dan bagi alasan..padahal sebab telur kecut...
Kemudian PKR menang la lawan tinju dengan lawan lain.
Then,UMNO dari jauh ejek, alah..menang sikit je, tak besh pn...
Kalo rakyat nak tahu,itulah telatah UMNO..he3
UMNO hanya layak diletakkan dalam galeri sejarah sahaja. Liku-liku hayatnya dijadikan pedoman dan sempadan. Agar Melayu tidak sesat lagi. Parti-parti dalam BN dan juga dalam PR sudah ketinggalan zaman. Mereka sudah hilang punca dan erti perjuangan. Asyik bertelagah tanpa batasan. Menghabis wang Negara dengan berbagai kerenah konfrontasi politik antara mereka.
ReplyDeleteApa yang hendak diharapkan dari BN? Parti sekecil PPP tidak habis-habis dengan isu 2 sidang yang menghasilkan 2 Presiden. Gerakan dengan usul untuk membawa balik Komunis Chin Peng. MIC sudah lama mewujudkan system ‘diktator’. MCA dengan pergeseran dan persengketaan Presiden dan Timbalannya bagaikan puak-puak ‘Ghee Hin dan Hai San’. Mahukah kita berada dalam bahtera yang kucar-kacir? Orang yang ada sijil gila pun rasanya tidak sanggup, apatah lagi kita yang waras ini.
Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Dua kali Lima. PAS dengan impian Negara Islam. Berpecah pula diantara gulungan Ulama dan sekular. Dalam ulamak dan sekular ada pula bani ‘Erdogan”. Kekalutan ini sebenarnya adalah tanda huru-haranya parti Islam itu. Sementara Parti Keadilan Rakyat pula dipimpin oleh jaguh pidato yang ‘moralnya’ disangsikan. Tidak ada arah. Destininya ialah dendam. Sanggup diperkudakan asal dendam berbalas. Apa kurangnya DAP- parti cauvanis dan perkauman. Teras perjuangannya ialah akan berjuang mati-matian melawan PAS sekirannya dapat memerintah. Waktu itu jika berlaku pertembungan dengan PAS Anwar tentunya akan mati tersepit macam cicak kubing. Hasilnya ‘buang masa’ sahaja.
Wahai Melayu di Tanah Melayu! Sebelum dipijak, bangkitlah dengan cara baru untuk sama-sama kita menongkah gelombang jadi bangsa yang terbilang.
Tahniah Dr Mansor!!!
ReplyDeleteBuatlah apa yang patut. yang suka menyalak tu...biarkan!biarkan!
Masuk gelanggang takut. Orang menang mudah, iri hati pulak...