Sana sini heboh mengatakan bahawa PAS kini mengamalkan "rasuah politik". Ramai yang mencemuh, ramai yang mengutuk, ramai yang mengata. Dari sebermulanya "pendedahan berani" Ust. Mohammad Daud Iraqi memaklumkan kepada dunia politik bahawa PAS sudah korup, maka ramai yang melatah, termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PAS.
Sekali lagi, Nik Aziz Nik Mat telah memberikan kenyataan konstroversinya. Nik Aziz dilaporkan berkata...
“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan PAS, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan)."
Nik Aziz menyeru supaya tolak pemimpin rasuah. Saya bersetuju. Nik Aziz suruh ambil duit rasuah tu, itu saya tak bersetuju! Itulah yang konstroversinya. Dia suruh ambil duit rasuah? Biar betul? Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa "perasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka tempatnya"? Tak tahulah pulak jika perasuah sahaja yang dipersalahkan di dalam Islam.
Agak menghairankan bila mursyidul am PAS itu "suruh ambil" duit rasuah itu. Tidak haramkah duit itu? Malah jika dibelanja makan manggunakan duit itu, tidak haramkah tindakan itu? Tidak menjadi darah daging haramkah implikasi dari memakan hasil duit rasuah itu? Tidak syubhahkah? Saya bukanlah Mufti Besar, apatah lagi saya bukanlah Imam Besar seperti As-Shafie atau Al-Ghazali yang mampu memberikan fatwa dan sebagainya. Tapi saya amat takut kepada rasuah yang difatwakan haram. Apatah lagi memakan hasil rasuah tersebut. Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkerja untuk mendapat upah atau gaji untuk sumber rezeki saya.
Komen PB
Ini mesej yang saya terima dari rakan saya melalui Facebook. Cuma saya pernah ingat dulu kata-kata Nik Aziz kepada pengundi Kelantan menjelang PRU iaitu duit BN kasi kita amik tetapi undi PAS . Mungkin Nik Aziz tak faham apa itu duit rasuah dan mereka selalu mengaitkan ia dengan UMNO sahaja . UMNO secara drastik melakukan perubahan membasmi politik wang tetapi dalam PAS pulak pesanan dari Nik Aziz ialah ambil duit tetapi jangan undi orang seperti ini adalah satu kenyataan yang mengelirukan . Ia seperti menghalalkan duit rasuah itu diberikan dan beliau harus perbetulkan kenyataan ini .
Saya sokong pandangan Nik Aziz..
ReplyDeletetepat,padu dan jitu...
Sebab itu lah UMNO di Kelantan nyawa-nyawa ikan sekarang. Wang berjuta-juta habis hasil nahi-nahi, elek-elek.
Itulah cara mengajar perasuah.Ahli UMNO pun patut ikut cara Nik Aziz masa pemilihan cawangan,Bahagian dan MT.insyallah ada kesan positif.
Jangan lihat dengan mata kiri sahaja. Tuhan bagi mata dua biji. guna biji bola mata kiri dan kanan,baru balance.