YB Datuk,
Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahkan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk .
Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.
YB Datuk,
Datuk mahu BN berkompromi dengan kerajaan PR. Apakah gilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah.
Tahukah YB Datuk, inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir. Bagaikan orang batuk disorong bantal, Datuk telah memberikan mereka nafas, Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.
Sebenarnya YB Datuk, tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan. Tiada siapa yang berhak mempersoalkannya. Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan, Negeri Johor, Terengganu dan Perlis.
Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan, tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .
Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita dan sebenarnya merupakan cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan. Sebagai Calon Ketua Pemuda UMNO, cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.
Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR?
Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN, ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan, apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil. Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yang tipis, mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah, terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua. YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula. Sudah cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja.
Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB itu. Kami menjunjung perintah ke bawah Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku.
pemuda kecewa
http://www.anaktun.blogspot.com/
Mukhriz Cadang Kompromi Dalam Kemelut Di Perak
seperti kata-kata Prof Dr Agus semasa berakhirnya Hujah yang mengambil kata-kata dari Machieviali
ReplyDelete"jika hendak mencari pemimpin ,mestilah memilih pemimpin yang cerdik dan berani "
jika kenyataan ini dari muhkriz ,ini menunjukkan beliau tidak cerdik dan berani . Tidak Cerdik dan berani kerana mencadangkan satu cadangan yang tidak boleh diterima ibarat seperti menyerah kalah kepada musuh .
di kala Pemuda UMNO dikatakan celaka oleh Karpal dan menderahka Raja , Muhkriz mahu duduk semeja dan bersalam dengan karpal ..
WAH DASYATNYA KAMU NI YA, HMMM...TAKPELAH AKU TAK NAK BERGADUH SESAMA SENDIRI, AKU HARAP SANGAT PERWAKILAN AKAN MELIHAT MANA YANG BENAR DAN MANA YANG BATIL...
ReplyDeleteDARI MANA TUAN DAPAT CERITA INI, SAYA NAK TAU SUMBER DIA BOLEH TUAN?
BERANI BERUBAH
parpu
ReplyDeletesudang terang lagi jelas kenyataan muhkriz di dalam berita yang mahu kerajaan berkompromi dgn pakatan untuk menyelesaikan isu di Perak .
aku sbg pemuda malas la nak cakap apa ttg muhkriz ini ..kenyataanya ini kadang2 menjerat diri sendiri dan memperbodohkan UMNO khususnya Pemuda .
kalau nak berani pun ,jangan mencadangkan cadangannya tak masuk akal .. sumber nya pun hang tak tau ,nampanya hang tidak alert Idola hang sendiri ..haha
Petikan KOMEN MUKHRIZ
Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.
Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika ditemubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.
Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.
Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.
“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.
Mukhriz berkatam memandangkan keduadua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undangundang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.
Kalau mentaliti pejuang Bangsa ini mewakili pemuda..terus terang saya katakan "malang' bagi UMNO.
ReplyDeleteUsah berselindung disebalik sebatang jari..."kamu memang penyokong kuat KJ".
Emosi mengatasi akal. Saat begini pemimpin yang berkeliber dan punya integriti sentiasa guna akal bukan emosi yang keterlaluan.
Patutlah wahai pejuang Bangsa..makin banyak ahli pemuda (rasanya KJ kata 700,000 lebih)makin banyak BN kalah dalam PRU.Aha...mingkin
1.daftar budak-budak IPTa/IPTS tanpa pengetahuan mereka..
2.Nak bermegah dengan keahlian yang ramai.Habuk pun tarak!
"ini bukan pejuang bangsa-tapi perosak bangsa.
I'm sorry!!!
Pendapat yang popular sekarang ini ialah,UMNO tidak mampu membuat pembaharuan. Kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya terlalu mementingkan diri sendiri (lihat sahaja betapa setiap pemimpin disemua peringkat kaya raya).
ReplyDeleteSecara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Ini hampir-hampir mustahil kerana kebanyakan pemimpin atasan UMNO adalah TIDAK BERSIH!!!
Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Sejarah telah menulis kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.
Suasana UMNO sekarang semacam orang demam kepialu. Sesekali terdengar mericau, sesekali terdengar mengerang. Dalam mericau dan mengerang ini sesekali rasa hendak tergelak pula. Dahsyatnya bahang kepialu.
Jika kepialu panasnya melebihi had, maka kehangatan politik juga menunjukan sudah melebihi had. kata Tan Sri Musa Hitam baru-baru ini, Umno sudah lama. Sudah tua. Orang tua tentu sudah nyanyuk. Di antara tabiat nyanyuk ialah mericau dan bercakap tak ketahuan kepala ekur.
Wahai Pejuang Bangsa(konon)
Ada 3 perkara yang melucukan dalam kelamkabut kepialu politik dan percaturan sekarang. Kita tidak mengikut ‘skill’ dan tidak mengikut matematik yang betul. Kita rasa jika semua orang politik mengambil iktibar dan belajar dari matematik itik tentunya tidak kelihatan mericau dan nyanyuk seperti sekarang ini.
1. Sang itik walaupun berpuluh ekur, apabila balik dari sawah ketika hampir senja, matematiknya tetap terpelihara. Cuba lihat itik-itik ini. Tak seekur pun mendahului yang lain. Tak seekur pun keluar barisan. Sangat tertib lengguk keteknya walaupun lambat. Jika seekur melangkah batu, yang di belakangnya tetap juga melangkah batu.
Matematik itik, sepanjang mana pun barisannya, jarak antara seekur dengan seekur tetap sama. Nyatalah itik-itik yang dijadikan Allah ini mempunyai peraturan. Tidak ada yang tua mahu dahulu dan tidak ada pula yang muda minta didahulukan.
Matematik itik juga menepati waktu. Tidak ada dalam perkiraan minit dan jam mereka terlewat hendak masuk reban. Pembelanya tidak perlu risau. Cukup waktu sampailah dia.
Alangkah bagusnya jika warga UMNO kita bermatematik seperti itik. Tidak ada yang cemburu, tidak ada yang mahu mendahului, yang tua walaupun di belakang, dia tetap patuh kepada jarak langkahnya dengan yang hadapan, manakala yang belakangnya tetap tidak menyepak kaki kawannya yang hadapan.
Alangkah indahnya jika orang kita seperti itik pulang petang. Senyap-senyap balik, beratur dengan jarak yang ditentukan. Sampai reban masuk. Esok masing-masing bertelur untuk menunjukan hasil mahsulnya.
Tetapi sekarang kebanyakannya 'AYAM". Nak bertanding tawar diri, seolah-olah ‘aku’ lebih layak dari orang lain. Berkokoklah sepanjang negara.Audien tahu ekor belumuran tahi.
SORRY LA BRO, AKU DAH TERLAMPAU KEJAR ANWAR SAMPAI AKU TAK NAMPAK PASAL MUKHRIZ NI, ADA BAIK JUGAK CADANGAN DIA TU, TAPI TAKPELAH, ITU PANDANGAN MASING2....KITA KENA HORMAT PENDIRIAN MASING2...KALAU NAK IKIUTKAN KJ LAGI KONTROVERSI, TAPI TAKDE LA PULAK ORG SIAP BUAT BLOG NAK BANTAI DIA MACAM PENYOKONG KJ BUAT UTK MUKHRIZ...BLOG ANAK TU TU MENAMPAKKAN MENTALITI SESETENGAH PENYOKONG KJ YANG DANGKAL MACAM SUKJ, DIA TU BODOH BRO...SORRY LA BRO..KITA TETAP GENG DALM MELAWAN ANWAR OK...INI CUMA PENDIRIAN MASING2 JE...KALAU NAK SOKONG KJ BAUT BLOG ANAK TUN, MARK MY WORD...KJ WILL BE HISTORY...SORRY BRO...ITU TAKTIK LAMA, STYLE ANWAR TU
ReplyDeletekompromi bukan erti mengalah...cuba lah fahami betul2 erti dan makna nya....mungkin kerana cadangan ini dari Muhkriz... seandai nya cadangan itu dari kj ia nya akan di anggap hero, wira bangsa,cerdik, pandai dan macam macam pujian yang diberi terhadap kj...sori lah now is time to get to work bukan time untok menghasut mempecah belah kan sesama ahli sendiri...beri kan lah sokongan bersepadu dan semagat itu lah yang di nama kan PEJUANG BANGSA sejati
ReplyDelete