Pages

Wednesday, March 11, 2009

Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan


Khairy,Ali Rusta dan Zahid dahului saingan

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin mendahului calon-calon lain masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda Umno.

Kedudukan tersebut diperoleh berdasarkan tinjauan menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

Tinjauan itu dijalankan oleh pensyarah Universiti Malaya bulan lalu membabitkan 2,030 respondents termasuk 163 perwakilan yang akan menghadiri persidangan agung tahunan parti itu.

Laporan New Straits Times yang memetik kajian kendalian Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, bagi jawatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperoleh jumlah pencalonan paling tinggi kini berada di belakang Mohd. Ali.

Muhyiddin dan Mohd. Ali, kedua-duanya Naib Presiden Umno, masing-masing memperoleh 54 dan 35 peratus sokongan responden tinjauan itu.

Seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Naib Presiden dan Ketua Penerangan Umno, berada di kedudukan ketiga dengan 11 peratus sokongan.

Tiga calon bertanding jawatan tersebut.

Bagaimanapun kajian yang dikendalikan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menunjukkan seramai 66 peratus mengharapkan Muhyiddin manakala seramai 48 peratus mahu beliau menyandang kerusi itu.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pula, Khairy dikatakan memperoleh sokongan 46 peratus berbanding Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun dan Exco Pemuda Umno, yang berada di tempat kedua dengan 39 peratus sokongan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut sokongan yang diperoleh seorang lagi calon iaitu Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.

Dalam pada itu, saingan bagi jawatan Ketua Wanita dilihat memihak kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperoleh 53 sokongan berbanding Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz.

Peratus sokongan bagi Rafida juga tidak disebut.

Pemilihan bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan berlangsung pada 25 Mac manakala peringkat pusat pula keesokan hari.

Jawatan Presiden telah pun dimenangi oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tanpa saingan.

Tinjauan itu juga mendapati Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di kedudukan utama bagi saingan jawatan Naib Presiden.

Daripada kalangan lapan calon, Zahid memperoleh 23 peratus undi berbanding calon popular sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran memperoleh hanya enam peratus sokongan.

Dua calon lain, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, masing-masing Menteri Luar dan Menteri Pelajaran, memperoleh 18 peratus dan 14 peratus sokongan untuk menduduki kedudukan kedua dan ketiga selepas Zahid.

1 comment:

  1. Saya harap perwakilan kaji balik pilihan mereka untuk Zahid.

    Saya cadangkan tuan lawati blog saya dan fikirkan kembali penilaian tuan mengenai Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Latabelakang ugamanya hanya setakat sekolah Menangah Izzudin. Ijazahnya dalam sastera, master dan PHd dalam politiks atau mass comm.

    Kerjayanya banyak dalam dunia business - OCBC, PNB, dan Scania dan pernah melakukan pecah amanah (CBT).

    Masaalah akhlak dan budi pekerti mulia itu saya tolak sebulat-bulatnya. Buktinya penuh di dalam blog saya yang saya dedahkan secara bersiri.

    ReplyDelete