Pages

Tuesday, March 31, 2009

Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali



Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

SUNGAI PETANI: Kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, ketika mendedahkan perkara itu, berkata kenderaan beliau sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

"Berlaku adillah kepada Pemuda Umno dan Pemuda BN. Dulu kita selalu nampak kenderaan dengan lambang dan bendera BN, hari ini kita akan nampak pembangkang lebih banyak guna kaedah itu kerana kereta BN diserang dan kereta mereka tak diserang.

"Beritahu saya kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang? Kereta dengan bendera BN sering kali diserang dan dicalarkan, cuma kita tak buat laporan saja, kalau nak buat laporan memang banyak.

"Kita nak beri tahu kepada parti pembangkang terutama pemimpin mereka, bertanggungjawablah dalam membuat kenyataan dan memberi ceramah kerana jiwa muda ini mudah dibakar," katanya pada sidang media di Pusat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini, petang tadi.


Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat, yang dicalarkan dan ditoreh perkataan kesat.

Komen PB

Ini lah kaki kacau dan kepala tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim .Perkara ini lumrah setiap pilihanraya kecil dan Pemuda BN tidak harus lemah semangat .Kita harus terus berjuang sehingga hari pembuangan undi . Sedia Gempur Pemuda BN !!!

3 comments:

  1. Kau tak biasa kempen ke? tu semua kerja geng-geng provoke. Balik Muor lah bela kambing lagi bagus

    ReplyDelete
  2. Ade maklumat risikan terkini menyatakan sokongan orang melayu
    untuk Ismail Safian jauh meninggalkan calon Pas, Nizar Namrud.

    Kebanyakan orang Melayu dah malas nak layan politik pentingkan
    diri dan mereka benar-benar perlukan pemimpin anak tempatan.
    Kemasukan Tun Dr M ke dalam umno turut menyumbang terhadap
    peningkatan sokongan Melayu terhadap Ismail Safian...

    Dun trong 70% BN 30% Pas
    Dun Kuala Sepetang 60% BN 40% Pas
    Dun Changkat Jering 63% BN 37% Pas

    Purata ketiga-tiga DUN 64%BN dan 36% Pas

    ReplyDelete
  3. suka hati ko le

    kalau ko kata umno menang pon aku tak heran

    tp citer ko kelakar

    terpanggil aku nak panggil ko bangang


    ko ni geng kuda longkang ke?

    ReplyDelete