Pages

Saturday, March 21, 2009

Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah


Hanya tinggal 4 hari saja lagi pemilihan Pemuda UMNO, semua kem telah bersedia dengan mempertarungkan jaguh masing- masing. Berbagai strategi yang telah diatur bagi memancing undi perwakilan dan segala tugas telah dijalankan oleh jentera masing-masing dan masing-masing mengakui akan memenangi pemilihan Pemuda kali ini. Bila ditanya kem Mukhriz , mereka yakin Mukhriz akan menang dan bila ditanya kepada Kem Khir Toyo mereka yakin Khir Toyo akan menang dan bila di tanya kepada Kem KJ mereka juga yakin KJ akan menang. Apa juga jika kita dengar cakap-cakap dibawah kita akan mendapat raeksi yang berbeza-beza, ada yang mengatakan bahawa Mukhriz telah menggunakan senjata akhir beliau dengan menggunakan pengaruh ayahnya , seperti biasa lah untuk sabotaj dua calon yang lain. Itu kata mereka. Ranking sebenarnya menunjukkan Mukhriz sekarang sukar untuk menang dan itulah sebab beliau terpaksa menggunakan senjata akhir. sejauh mana kebenarannya tidak pula kita ketahui.

Ada juga yang mengatakan bahawa Pemuda tidak akan memberikan kepada Khir Toyo kerana Pemuda mahukan pemimpin se generasi dan Pemuda mahukan pemimpin yang tidak berkaliber untuk memimpin Pemuda UMNO. Rekod Khir Toyo di Selangor juga menjadi ukuran dan ramai yang mengatakan bahawa faktor ini adalah kelemahan Khir Toyo. Peluang KJ amat cerah kerana belia memenuhi ciri-ciri kepimpinan pemuda UMNO. Beliau menepati ceteria sebagai pimpin Pemuda dan beliau juga adalah di kalangan Ketua Pemuda dan beliau juga adalah penyandang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dari segi susunan jentera juga menyebelahi kepada KJ kerana KJ mendapat pengiktirafan dari Ketua Pemuda UMNO dan beliau yang telah membuktikan bahawa segala gerak kerja dan idea-idea bernas untuk Pemuda datang dari beliau sendiri dan tiada pengaruh dari Pa Lah . Isu lembaga displin UMNO juga , beliau telah mendapat simpati dari perwakilan dan di sini KJ mendapat ‘ advantage ‘ dan kemungkinan besar KJ akan menterjemahkan segala kerja kuat beliau sebelum ini akan berbaloi dan akan mengisi kekosongan Ketua Pemuda UMNO.

Analisis dan cakap-cakap perwakilan yang akan berkampung minggu depan di PWTC bahawa Khairy Jamaluddin dikatakan menjadi pilihan utama Ketua Pemuda UMNO , dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengekori rapat di belakang.

Beberapa pemimpin Umno berpendapat walaupun Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tetapi majoriti perwakilan yang akan mengundi bagi memilih ketua Pemuda Umno minggu depan, lebih cenderung kepada Khairy.

Menurut mereka, selain kelebihan Khairy sebagai naib ketua Pemuda Umno, perkembangan politik semasa juga memihak kepadanya.

"Ini ekoran timbulnya tanggapan berlakunya pertembungan antara penyokong bapa mertuanya, Abdullah dengan penyokong Najib.

"Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh pucuk pimpinan tetapi ia tidak dapat menghakis 100 peratus tanggapan tersebut di kalangan para perwakilan," kata seorang pemimpin Umno

12 comments:

  1. Salam,
    Sesiapa pun yang menang Ketua Pemuda kenalah menarik kembali sokongan orang muda yang mengundi di saluran 3, 4 dan 5. Tanpa undi saluran 3, 4 dan 5 sukar untuk memenangi PRU ke 13.

    ReplyDelete
  2. Jangan nak kait Mukhriz dgn DrM jika tidak mahu kait KJ dgn Dolah.
    KJ tidak akan berada ditempat sekarang jika tidak kerana Dolah.
    Dolah masih PM dan ternyata berkuasa utk menyelamatkan KJ dpd hukuman yg sama dgn Ali.
    Jika Dolah bolih tolong menantunya KJ, kenapa DrM tak bolih tolong anaknya sendiri.
    Dolah sudah pasti akan guna segala kuasa dan pengaruh utk pastikan kemenangan KJ.Tak mustahil.
    Saya bukan anti KJ tapi mahukan FAIRPLAY jika bolih!

    ReplyDelete
  3. IDUP KJ IDUP RASUAH..dh salah tetap salah..xpayah nk tabur fitnah..yg terang lagikan bersuluh

    ReplyDelete
  4. kj umpama batang pokok yg disiat kulit luarnya dipangkal...... mula-mula daun luruh, lepas tu ranting kecut, lepas tu batang reput dan akar HANCUR...akhirnya ranap tanpa perlu ditebang paksa......kerana dia BERSALAH tetapi dibenarkan bertanding atas ehsan.....tu pu sbb pak metua masih lagi pm...... psl khir toyo, saya tumpang setuju.....BERANI BERUBAH!

    *UMNO Kedah.

    ReplyDelete
  5. pilih le KJ
    lepas ni umno boleh masuk kubur

    ReplyDelete
  6. jangan pilih muhkriz kerana muhkriz hanya bergantung kepada Bapa nya shj selepas ini ..muhkriz akan ikut kepala bapak dia yg akan mengamalkan sistem yang tidak disukai oleh golongan muda iaitu sistem command and control !!

    KJ sekarang survival sendiri dan Pak lah pun akan menyerahkan kuasa kepada Najib .

    sekarang siapa akan bergantung kepada siapa ?? mahathir cukup hebat berkempen utk muhkriz sehingga sanggup menyuruh ali rustam letak jawatan sebagai KM Melaka .. zaman tun sendiri byk pemimpin korup dan rasuah tetapi tun pejam mata dan buat pekak !!

    tengok rafidah aziz ,menteri AP dari zaman tun lagi berlaku penyelewengan AP dan tindakan tegas oleh Pak Lah telah membuang rafidah drpd kabinet kerana penyelewengan AP yang dilakukan kementeriannya sehingga memalukan UMNO

    ReplyDelete
  7. BRO JANGAN MULAKAN SESUATU YANG AKAN MEMENANGKAN PIHAK LAWAN OK...AKU RESPEK KAU BRO..TAPI JANGAN LA BANTAI TUN DAN MUKHRIZ TANPA BUKTI BRO...AKU KALAU NAK JAJA KISAH KJ...MACAM2 BOLEH BRO, SEBAB AKU RESPEK MEMBER2 DALAM BPN SO AKU DIAM JE SELAMA NI...BUT DONT PUSH IT PLS, I AM TELLING U AS A FRIEND BRO...TQ

    ReplyDelete
  8. KJ.. dengar nama ajer dah tahu ragam nya.. semua rakyat Malaysia boleh rasuah.. (sekali tikam) tak akan kena dakwa.. GERENTI.. sbb Bapa tikam Rasuah sekali lepas.. tapi korang jangan berkali kali tikam.. nanti kena dakwa..hehehehe

    UMNO hancur jika KJ masuk.. hakikat..

    ReplyDelete
  9. Walau pun jika ditakdirkan KJ menang tidakkah dia berasa malu kpd orang2 Melayu khususnya yang tahu beliau membeli undi.
    Oooops terlupa, berok mana tahu malu.........!

    ReplyDelete
  10. tun pun boleh bantai KJ dan Ali !! tak kan aku nak buat pekak dan buat bodoh !!

    Piraah lah kalau Mukhriz dan Khir Toyo tidak bermain wang atau tidak terlibat dengan politik wang. Bohong orang lain boleh, tetapi usah bohong aku pasal politik wang. Dari peringkat cawangan, bahagian hingga pusat, semuanya main politik wang.aku sendiri ahli Pemuda ,tengok rakan2 aku perwakilan semua senyum shj balik dari mensyuarat dan bahagian aku itu calon Muhkriz ..

    Tun skrg juga tengah berkempen untuk anaknya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Kita tahu pada masa Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya untuk berpolitik. Tetapi sekarang Tun tidak lagi menjadi pemimpin, tak kan Tun tidak boleh berkempen kepada anaknya. Kita sudah mendengar dan membaca komen-komen Tun dalam akhbar, laman web atau blog beliau sendiri mengenai Umno dan mengenai KJ.

    bila aku membaca kenyataan Tun dalam Malaysiakinidan utusan mengenai rasuah.rasa mcm nak menyampah ,tun sendiri selama 22 tahun jadi PM pun tak boleh banteras rasuah . Secara umumnya Tun mahu Datuk Seri Najib melantik pemimpin yang tidak rasuah dalam Kabinet - dalam kata lain orang yang bersih la kononnya .

    Namun, Tun harus sedar bahawa Tun tidak boleh mengharapkan kepada orang lain mampu membersih rasuah dalam UMNO mahupun kerajaan, kerana Tun sendiri tidak boleh membanterasnya. Malah pengganti Tun yang digelar 'Mr Clean' pun tidak dapat membersih rasuah dalam pentadbiran dan parti.tetapi Pak Lah juga buat jg SPRM sbg tinggalannya kepada kerajaan unutk membanteras rasuah .

    ReplyDelete
  11. perghh..dasyat pejuang bangsa... mcm tu laaa.....

    ape2 pon tahniah.. KJ dh menang...
    mukhriz dh tumbang beb.....

    khairy jgn biarkan org2 yg telah bodohkan Paklah ko itu... Najib.. siap ko...hahaha..

    seterusnye.. aku harap.. muhyiddin akan kalah.. mike tyson akan menang.. barulah rock beb...!!!!!

    sediakan wang!!! setia kawan.. sediakan wang!!! setia kawan..!!! xde wang... x de kawan!!!!!

    ReplyDelete