Pages
▼
Sunday, February 8, 2009
Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak diiktiraf Sultan
Meeting BUDAK -BUDAK
DATUK Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap beliau adalah Menteri Besar yang sah semalam ‘mempengerusikan mesyuarat khas Exco’ dan ‘meluluskan’ empat perkara berkaitan pentadbiran negeri. Antara perkara yang diluluskan:-
- Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.
- Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.
- Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).
- Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.
komen PB
Seperti orang gila talak, saya kalau menjadi Nizar ,tak tahu la nak letak muka kat mana .Sudahla tidak mahu meletakkan jawatan MB ini pulak buat mesyuarat khas dengan Ex EXCO dan siap meluluskan 4 perkara .Wahai Nizar ,kalau nak berjuang sehingga titisan darah terakhir pun pergila Gaza itu jangan la menjadi penderhaka Sultan di Bumi Tanah Melayu ini. Belum pernah ada orang Melayu yang berani menderhaka dan menghina raja seperti yang Nizar lakukan. Kalau di Thailand dan beberapa negara beraja Arab, sesiapa yang menghina raja, pasti tiba hukumannya serta merta termasuk daripada kalangan rakyat jelata sendiri.
Menurut sumber beberapa rakan di Perak ,mereka yang lalu di kediaman MB Perak , Kelihatan beberapa orang petugas Unit Amal PAS (mafia PAS ) sedang 'berkawal'ibarat menjaga DON mereka dipintu masuk. Apabila ada kereta orang yang lalu di situ melaungkan " DAULAT TUANKU " dan paling sindirian tajam kepada Unit Amal ini " balik jaga anak bini la "
Saya kesian melihat Unit Amal PAS yang berjaga siang dan malam seperti Pak Guard demi mempertahankan Nizar yang telah diminta lepaskan jawatan oleh Sultan .Tiada bangsa Cina dan bangsa India di situ melainkan Melayu berkopiah dan blogger PR yang sanggup sembah derhaka dan mengutuk Sultan di internet .Lebih menyedihkan lagi , orang Melayu yang berjubah dan berserban sanggup diperbodoh dan dihasut untuk berdemonstrasi menentang titah baginda.Persoalannya siapakah lelaki-lelaki berkenaan? Apakah mereka ini benar-benar rakyat dari Perak? Adakah itu penyokong Pas kerana cara pakaian mereka? Kenapa mereka begitu ganas sekali sehinggalah kenderaan rasmi Raja Muda Perak pun hendak ditahan? Sebenarnya, kita boleh mengesahkan bahawa mereka adalah penyokong pakatan pembangkang dan bukan seperti mereka laungkan kebangkitan rakyat Perak . Namun siapapun mereka, tindakan menyeret masalah politik ke jalanan adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun dan hanya dilakukan oleh kelompok manusia yang benar-benar kemaruk kuasa sahaja.
Reaksi Pemimpin
"Seolah-olah orang Melayu menjadi patung wayang kulit, Karpal pula menjadi 'tok dalang', manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengadu domba," Pengerusi Pekida Jamaludin Yusof
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)
ikuti video Sdr Ezam dahulu kenyataannya kini menjadi realiti
DAULAT TUANKU !!!
RAKYAT PERAK MARILAH BERSAMA-SAMA MENJUNGJUNG KASIH TAAT SETIA KEPADA DYMM SULTAN PERAK
BILA: HARI ISNIN, 9HB FEBRUARI
JAM: 2-30 PETANG
TEMPAT: DATARAN IPOH (DBI)
BERHADAPAN BANGUNAN MBI, GREENTOWN
SEMUA DIMINTA BERHIMPUN DI PADANG TERSEBUT DAN KEMUDIAN KITA AKAN BERLARAK KE ISTANA UNTUK MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA PIHAK ISTANA BAGI MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN PERAK.MAJLIS INI ANJURAN GABUNGAN NGO-NGO DI PERAK
yer...mereka tak patut.
ReplyDeleteTAK BOLIH KE BUAT CARA YANG LAIN SELAIN DARIPADA BERARAK NIH?.
ReplyDeleteASALKAN JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN SUDAH LA..
TAKBIRR...!
ALLAHUAKBAR..!!!
Dulu UMNO dikatakan derhaka di Terengganu pada Yang Dipertuan Agong, sekarang PR pulak dikatakan derhaka pada Sultan di Perak. Itu semua tak menghairankan. Sedangkan dengan ALLAH, Pencipta Alam dan segala isinya pun orang melayu islam boleh ingkar dan derhaka.
ReplyDeleteSehingga ader yabg menolak Hadis dan Hudud. Inikan pula pada Raja yang tiada beza pada pandangan Allah.
-Cuma Takwa yang membezakan kita.
Ya la....tangkap semua penderhaka 22 adun UMNO serta geng UMNO yang bawa sepanduk " KAMI NAK DRIS NATANG (binatang )....
ReplyDeletetangkap juga penderhaka TUN DR MAHATHIR serta KEPIMPINAN UMNO yang melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.....
tangkap juga geng Standart Carted Bank...sebab saman sultan pahang....
tangkap......
tangkap.....
lain kali baca sejarah dulu.....yang orang dok marah ne...barua macam ko...macam najib...macam zaini.......tunggu ajelah...nanti...
haha ..siapa penderhaka terhebat lagi bukan ke Nizar yang biadab sanggup sembah derhaka kepada Sultan ..
ReplyDeletekes di terengganu itu walaupun mereka marah kepada sultan ,tapi akhirnya mereka terima keputusan sultan dan akhirnya pilihan sultan Ahmad Said dilantik ke MB
ini Nizar penderhaka dan anwar tak mahu langsung terima keputusan sultan dan berani sembah derhaka lagi seperti hulur keris mcm laksamana bentan ..
hang tu jgn jadi penderhaka dan balaci anwar ..karpal singh pun sudah bom anwar dah tidak layak pimpin pakatan ..haha
aku ibaratkan seperti Syaitan minta Dajjal untuk taubat ..haha lawak la pemimpin hang ..