Pages

Tuesday, February 10, 2009

5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka



JANGAN HINA RAJA KAMI !! USIR NIZAR DARI PERAK !! DAULAT TUANKU !! Anwar Ibrahim Ajar Melayu Derhaka kepada Raja !!




IPOH, 9 Feb - Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berhimpun dalam satu rapat umum raksasa di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini petang ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.






Perhimpunan itu yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersama Barisan Nasional (BN) Perak turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.

Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.

Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.



Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.




Khairy juga memohon menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada penderhaka-penderhaka serta mengambil tindakan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut dan menghina institusi diRaja.



Katanya lagi, kita memohon dari Sultan Perak agar mereka yang derhaka, (mengaku derhaka) ini dibuang dari Negeri Perak dan jangan berpijak lagi di bumi yang bertuah ini.


‘‘Ini baru langkah permulaan, kita akan gerakkan seluruh jentera di seluruh kampung dan berjuang mempertahankan kedaulatan Sultan Perak hingga ke titisan darah terakhir,” tegasnya sambil disambut laungan gemuruh daripada orang ramai.MP Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman


‘Empat daripada Rukun Negara ini sudah dikoyakkan, apa lagi kita ada? Undang-undang, Perlembagaan dan Raja-raja kita sedang dipijak, apa tindakan kita hari ini?''Khairy Jamaluddin

‘Bumi ini ada fitrahnya, fitrah bumi ini dinamakan Tanah Melayu dan yang menjaga hak adalah Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menderhaka kepada Raja Melayu bermakna mengundang kemarahan rakyat bukan saja di Perak tetapi di seluruh Malaysia,” tegasnya.Reezal Merican

‘Kita tidak mahu institusi raja diperkotak-katikkan dan dihina sampai kasut jamban pun boleh dibaling. Inikah manusia yang kita ingin agung-agungkan sebagai pemimpin,” katanya.Zainal Fadzi Ketua Pemuda UMNO Perak





Komen PB

Jika Nizar ,Anwar dan Pakatan Rakyat mahu derhaka kepada Raja-Raja Melayu ,harus diingat masih lagi ramai rakyat yang menyokong Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Namun negara kita masih mempunyai undang-undang. Saranan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar Nizar di buang negeri adalah wajar. Tidaklah perlu dipertikaikan siapa KJ untuk menyaran perkara berkenaan, kerana beliau adalah anak melayu yang hidup berbudaya beraja, beliau juga mempertahankan hak budaya Melayu yang turun temurun hidup berbudayakan beraja.

Saranan beliau perlu di pertimbangkan. Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.

Sebagai anak Melayu KJ berhak memendam rasa marah, kita ketepikan pasal politik, KJ berhak marah, bukan KJ saja, sesiapa sahaja yang bernama Melayu berhak marah. Yang tidak marah adalah Melayu yang biadab kepada Sultan yang termakan racun pembangkang untuk membenci Sultan. Apa hak pula bangsa asing hendak pertikaikan apa yang KJ luahkan, itu hak dia. Apa hak bangsa asing yang pertikaikan hak orang Melayu, ini hak kami, bukan hak bangsa asing.

Kita patut bangga kerana anak Melayu yang berani bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu.. Kalau kita terus hipokrates takut akan populariti dalam politik menjadi luntur kerana bercakap yang benar dan memperjuangakan yang benar adalah lebih baik kita jangan berbicara mengenai masalah Melayu dan bangsa Melayu. Kita seharusnya memberikan sokongan padu kepada KJ dan kita seharusnya jangan pertikaikan hak beliau untuk menyarankan agar Nizar di nyahkan dari negeri Perak.

14 comments:

  1. wat boleh
    bini orang sapuh
    anak dara orang 'culit'
    artis muda kena jilat
    lompat parti amal
    disco, dangdut buat
    rasuah jadi sedekah
    SOLAT itu wajib
    'kencing' boleh jadi janji
    dia raja-kita rakyat, dia bela
    nak bagi free semua
    nik aziz pun talsub...
    karpal singh iri hati, cemburu..
    cina pun suka
    hussam musa sahabat karib
    hapus melayu untuk rakyat, mulia
    sumpah Allah kata tak laku
    mahkamah tak guna
    boleh lantik MB tanpa sultan
    rosak keharmonian kaum dihargai


    hebatkan anwar...

    ReplyDelete
  2. "5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka"

    jangan berdemo.... ini bukan budaya kita...

    tp bukan ke ayah si tajol rosli tu dulu pernah derhaka kt sultan...

    kita tggu PRK p059 nanti....

    hahahaha....

    sesungguhnya islam hadhari itu sesat dan menyesatkan......

    ReplyDelete
  3. bukan sahaja 5,000, malah lebih lagi akan datang menyokong Kesultanan Melayu.
    Melayu yang tak sedar diuntung sahaja akan menderhaka kepada Sultan. Baru aje 11 bulan , pegang kuasa dah berlagak sombong. Ketahuilah Kesultanan Melayu telah tertegak beratus tahun dahulu.
    Jangan jadi kuda tunggangan DAP itu.
    Jangan buta mata dan buta hati.

    ReplyDelete
  4. joe,

    tu bagi mereka yang tak setuju dengan tun M yang berdemo..ramai lagi melayu yang masih yakin berdemo bukan budaya kita masih memendam perasaan di rumah...kalau Tun M kata ON..angkanya akan berubah!!!

    ReplyDelete
  5. joe ,

    angka 5000 sudah melebihi penderhaka yang berjumlah 2000 shj pada rusuhan di Istana Iskandriah .. anda boleh lihat sendiri seluruh negara rakyat terutama bangsa Melayu membantah tindakan Karpal ,nizar dan Nizar yang menderhaka kepada Sultan .

    saya setuju dengan amieida bahawa ramai lagi yang duduk di rumah geram sahaja melihat golongan penderhaka ini menderhaka Raja .. orang Melayu tidak akan berdiam diri jika Raja nya ini dihina ..

    ReplyDelete
  6. rasa nya kerajaan n media masa sajer jer buat isu ini...

    bagaimana dengan isu sultan di terengganu... siap bgtau sultan natang lg..

    tak de plak pihak media dan penulis blog pro umno ni bg komen..

    dasar pengkhianat maruah rakyat.

    ReplyDelete
  7. Jika anda tengok bola 'EPL' dan 'Liga Perdana' ada 2 perbezaan yg nyata

    1. EPL disertai oleh ramai 'player import' ada club yg 90% player import.

    2. Liga Perdana - tahun 2009 ni 100% local player.

    Demo anjuran org umeno teman tengok nampat sesangat ramei bebeno org import siap pakei bas lagi, dtg ikut rombongan siap dapat duit lagi...plet bus tak ada dari perak yob ..... 5000 ah tak caye teman .... kut 50 org ade le itu pun kut..

    Demo PR dulu tak nampak sebuah bas pun yang bawak org dari luor ... teman rasa ini yang asli ... jgn jelous ye.

    ReplyDelete
  8. ok....

    1.Khairy jamaluddin pernah berkata...demontrasi jalanan sebagai beruk(merujuk kepada demontrasi bersih dulu..anggaran kasar 300,000 orang......jadi kenapa la...beruk-beruk nie nak berdemo tentang derhaka serta ketuanan sultan....

    2.zaman UMNO merupakan kehancuran institusi raja serta sultan melayu....mungkin geng blogger BPN bebal atau tak baca sejarah kut....sorry la pejuang lain kali baca banyak sikit tau..... UMNO menelanjangkan kesultanan melayu pada tahun 1990 an lagi...pindaan perlembagaan dilakukan ...tujuannya membolehkan pendakwaan dilakukan...raja serta sultan tidak lagi kebal...hari-hari utusan serta TV mencerca raja...memburukkan raja....menghina raja serta sultan melayu..malahan di parlimen Shahidan Kassim pada waktu itu hentam sultan johor habis-habisan segala kelakuan buruk sultan dibogelkan.....sayang....mana golongan UMNO yang berani bersuara malahan mungkin pejuang bangsa serta blogger BPN masih kecil kut?...kalu dah besar semua bacul....pirahhhh UMNO dulu penderhaka kini berlagak sebagai panglima.....hasil dari pindaan inilah raja-raja serta sultan Melayu boleh didakwa.....ingat kenapa karpal singh berani...kerana ASASNYA...aku ulang permulaannya....UMNO merupakan BARUA kepada hilangnya kuasa raja..bermula dari tarikh itulah raja serta sultan Melayu boleh didakwa...ada faham ka pejuang,abg mie terjah( terjah tak ketahuan hala..kahkahhh),putrakencana...serta lelainnya...

    Dulu geng barua UMNO serta 22 adun dari trenganu sanggah keputusan sultan trengganu....sehingga membawa banner" KAMI NAK DRIS NATANG)...natang atau binatang...tergamak genga barua...pencacai.....beruk hina sultan DYMMM Trengganu... a.k.a DYMM Yang Dipertuan Agong...mana semua pendekar UMNO...waktu itu?...mana geng PEWARIS waktu itu...mana geng Pekida waktu itu?...mana geng Pepaduan Melayu waktu itu...mana pergi semua geng UMNO yang kononnya memperjuangkan kemuliaan raja serta sultan Melayu waktu itu? Mana??? aku ulang mana??? jawabnya mudah...kalau puak barua UMNO buat tak apalah....tapi kalu pihak lain buat siap la...hoiiii geng penderhaka sultan ada ingat ka?????

    Kalau betul perjuangkan kesultanan Melayu...pergi demontrasi di bank standard Charted....(saman allahyarham Yang dipertuan Besar negeri sembilan)...pergi demontrasi geng pembalak yang saman sultan Pahang....tanya kat polis Trengganu geng penderhaka kepada sultan Mizan dah didakwa atau belum.....Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap aku sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. ok la kalu barua UMNO nak berdemontarsi sangat pergi la ke Kedah jumpa Dr Mahathir...itu ketua penderhaka kepada SEMUA sultan di Malaysia....nak demontrasi macam mana ..kami pun derhaka jugak dulu...kahkkkahhhhalkahk..semua geng UMNO semua pondan..sekarang nak tunjuk hero konon...pirahhh...kah tuik..!!Kalu tak pun tanya la mantan MB...Datuk Tajol Rosli...apa ayahnya sudah buat pada sultan Idris..sultan Perak dulu....

    3.Tak yah main dengan angka...la geng UMNO hoiii...semua tu tak guna...semangat perjuangan sebenar membela sultan hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata....
    pejuang pakatan rakyat lebih ramai...tak ada bas..tiada duit RM 20-50 seorang...tiada minuman.....apa pun tiada...tetapi semangat perjuangan memang tak pernah padam......kamilah pejuang sebenar kesultanan melayu.....Najib dan kunconya termasuklah blogger bebalnya.....memang sudah menggugut serta menghina serta memberi kata dua kepada sultan Perak...Kata Najib sultan hanya(CUBA FAHAM BETUL-BETUL....HANYA ADA 2 PILIHAN)..Kenapa hanya beri dua pilihan kepada sultan kenapa tidak berkata...semunya terpulang kepada sultan...sudah..lah penipuan ini akan terbals nanti...cuma kesian ...golongan penderhaka dah naik minyak...serta menggunakan sultan demi survival politik barua mereka.....kesian....tak gitu pejuang....
    ingat pesan abg Khairy kita sapa-sapa yang berdemontrasi jalanan ianya adalah beruk...dah sekarang beruk UMNO dah mengamuk kat jalan raya...maklumlah kata dulang paku serpih....memang kata orang BARUA umno lah yang lebih...kahhkahhkah

    ReplyDelete
  9. ala yang membuat rusuhan menderhaka itu pun Nizar dan Pas import penyokong mereka dari luar terutama dari Kedah

    polis banyak tangkap org luar je dok buat kacau kerana bukan sultan depa ...salahudin ayub pun dlm ceramahnya minta seluruh pemuda pas dari seluruh negara datang support ..haha

    ReplyDelete
  10. kahkahkkahhh,aku dahjangka dah...geng bacul UMNO...pencacai umno...barua umno tak berani nak ulas pengkianatan...umno terhadap sultan dan raja Melayu....hoi budak umno jawab la.....kahkahka....sekarang aku ulang bukan nak tegok sapa banyak...tapi nak tengok sapa penipu lebih...umno la...tak gitu pejuang...jawab la komen aku pasal pengkianatan umno...penderhakaan umno sebelumnie.....mananya aku...tunggu...tu yang aku malas nak komen nie....aku nak perbincangan tak terbuka...mananya....sudah la budak umno nak aku bagi kain kuning pi demontasi kat Trengganu dan pahang...pi la...

    ReplyDelete
  11. woi barua PAS @ penderhaka ..

    tentang isu di terengganu selesai kerana BN dan Pak Lah setuju Ahmad Said melantik sebagai MB dan yang diperkenankan oleh Sultan dan ia berbeza di Perak Nizar masih lagi menderhaka dan kemaruk kuasa utk tidak meletakkan jawatan ..inilah penrdehaka ..

    isu dahulu 90 an aku pun pernah baca tentang itu dan antara pemimpin yang lantang mungkin barua pas ini lupa adalah Naib Presiden UMNO Anwar Ibtahim sekarang de factor PKR . aku hendak bgtau hang walaupun terdapat pindaan perlembagaan tetapi tidak bermakna raja tidak dihormati .Cuma jika ada salah laku yang menzalimi rakyat sahaja boleh dihadapkan ke mahkamah khas iaitu mahkamah diraja .. nanti aku ulas ini lebih lanjut lagi .

    ReplyDelete
  12. ISU KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU.SIAPAKAH DALANGNYA?ANWAA ADALAH DALANG MENGURANGKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU.KETIKA ITU BELIAU ADALAH TIMBALAN PRESIDEN UMNO.ANWAR MEROSAKAN NAMA UMNO.MUJURLAH SEKARANG ANWAR TELAH BERAMBUS KELUAR DAN DIPECAT DARI UMNO.

    2.PERSOALAN KEDUA
    PERLANTIKAN MB TERENGGANU.DATO' IDRIS BERALAH DEMI KUASA RAJA.UMNO TAK MARAH WALAUPUN PERINGKAT AWAL AGAK KONTRAS SEHINGGA PAS MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBAWA SEPANDUK " SULTAN NATANG" DI DALAM KELEMELUT DEMO TERSEBUT.PAK LAH MINTA UMNO TERENGGANU JANGAN LAWAN SULTAN.UMNO AKUR.

    ReplyDelete
  13. jawapan pejuang bangsa kepada soalan dulu umeno sekarang pas apah tak guna,

    ni jenis orang tak baca sejarah, makin meluat teman tengok perangei umeno yang makin lama makin tak cerodik ni. org tanya lain jawab lain... padan le ramai yang dah tak sokong umeno.

    cari le orang yang cerodik sikit kendalikan blog ni... menyampah teman

    ReplyDelete
  14. sabar2..... katakanlah perkara yang benar..walaupon ianya pahit....

    yang benar tetap benar.. yg salah tetap salah....

    islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...

    p/s:PB.. naper komen aku yg sebelom ni kena delete?

    ReplyDelete