Pages

Sunday, February 1, 2009

Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur



TERBARU: MB PERAK MENGADAP PIHAK ISTANA - Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi Isnin telah pergi ke Istana Kinta di Ipoh kira-kira jam 10 pagi. Beliau berada di Istana berkenaan selama 25 minit. Nizar bagaimanapun tidak menemui pihak media yang menunggunya di luar Istana berkenaan. Tidak diketahui sama ada beliau mengadap Ke Bawah Duli Sultan Perak atau pun Raja Muda Perak. Difahamkan, Nizar mengadap pihak Istana berkaitan dengan isu dua Exco Kerajaan Negeri itu, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang dikatakan telah meletakkan jawatan melalui surat tidak bertarikh yang telah ditandatangani oleh mereka selepas pilihan raya Mac 2008. Ekoran itu, Nizar menurut sumber memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak Istana dan rancangan kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin dan Changkat Jering yang diwakili oleh Osman. Sehingga tengahari ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan baik oleh pihak Istana mahupun kerajaan negeri berhubung dengan pertemuan yang berlangsung itu. Terdahulu, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pilihan Raya Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini berhubung dengan surat ' letak jawatan' Jamaluddin dan Osman. Surat itu adalah surat tak bertarikh yang ditandatangi mereka selepas pilihanraya umum Mac lalu. Bagaimanapun kedua-dua wakil rakyat berkenaan menafikan mereka telah meletakkan jawatan dan mencabar kesahihan surat berkenaan. Sivakumar difahamkan pada pertemuan itu telah menyerahkan surat makluman mengenai pengosongan kedua-dua kerusi DUN berkenaan dan mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. SEMENTARA ITU Jamaluddin dan Osman dijadual akan mengadakan sidang akhbar di dua tempat berasingan di Selangor petang ini.- 2/2/2009



KOMEN EZAM MENGENAI SURAT TAAT SETIA PKR - Itulah permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kalau seseorang itu tidak berguna lagi padanya, beliau akan tinggalkan,".Demikian ulas bekas setiausaha politiknya, Mohd Ezam Mohd Nor ketika diminta pandangannya mengenai surat kosong bertandatangan bagi memerangkap mana-mana pemimpin kerajaan campuran nak lompat parti.Menurut Ezam, ini jelas menunjukkan Ketua Pembangkang itu seorang yang tidak bermoral malah menggunakan ancaman seperti itu bagi menghalang ahlinya lompat parti."Jelas beliau merancang semua ini dengan teliti sejak dulu lagi. Inilah sikap buruknya sebagai pemimpin yang kerap menuduh orang lain tidak bermoral tetapi beliau sebenarnya yang tidak bermoral," katanya kepada Agendadaily Ahad.- 1/2/2009

BREAKING NEWS !!!

TERBARU 8.00 MALAM-Speaker DUN Perak umum dua Exco PKR yang 'hilang' telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta. Namun tidak dinyatakan bila dan siapa yang menyerahkan surat itu. Menurut Speaker itu dalam kenyataan yag dikeluarkan Ahad malam, beliau akan memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perletakan jawatan berkenaan bagi membolehkan pilihan raya kecil bagi kawasan DUN Behrang dan Changkat Jering diadakan dalam tempoh dua bulan. Namun persoalannya, dua Exco PKR itu belum ditemui, jadi siapa yang menyerahkan surat berkenaan. Agendadaily difahamkan surat itu adalah surat 'aku janji' tidak lompat parti yang ditandatangani oleh semua ADUN PKR,PAS dan DAP sebelum dilantik pegang jawatan. - 1/2/2009



TERBARU - Makin suspence bila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi Ahad sahkan pada para wartawan selepas majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur bahawa akan ada lebih dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang akan lompat ke Barisan Nasional BN dalam masa terdekat.-1/2/2009

(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.

"Bila semua dah jadi tentulah kita buat pengumuman (secara rasmi)," katanya.


akhirnya apa yang dikatakan di dalam rakan BPN kita Perak Bangkit bakal menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi .Nizar yang angkuh akan ditendang keluar dari kerusi MB kerana sikap beliau yang sombong dan memulakan permainan ini dengan Anwar akhirnya akan makan diri mereka balik . Sekarang kita akan menghitung hari bila hari yang keramat itu bakal mengegarkan Malaysia ini . kita tunggu dan lihat ...

link

anwar-pitam-isu-2-dun-perak-telah

kerajaan-bn-dalam-tempoh-60-hari


Ada Kemungkinan Adun PR Sertai BN, Kata Abdullah

BUKAN DUA TETAPI LIMA !!

http://suarasukj.blogspot.com/2009/02/mengira-waktu-menghitung-hari.html

Bot dah nak karam di Sungai Perak

Berita terkini yang dilapurkan oleh sahabat-sahabat menyatakan bahawa bukan 2 adun yang menyeberang tetapi ada 5 adun PR yang akan masuk BN. Mereka dikatakan bertindak begitu kerana tidak mahu rakyat Perak terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini.

Malam semalam dikhabarkan Nizar telah menyeru kepada semua penyokong Pas untuk bersama-sama dengan dia mengadakan sembahyang hajat. InsyaAllah hajat beliau untuk Allah memperliihatkan yang benar akan termakbul. InsyaAllah Barisan Nasional akan memerintah Perak demi kemakmuran rakyat dan negeri.

Kepada penyokong-penyokong PR khususnya penyokong Pas terimalah takdir ini dengan lapang dada. Ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Moga selepas ni pas akan dapat bermuhasabah diri dan melihat dimana kesalahan yang telah dilakukan.

Kepada yang telah tersedar untuk memasuki BN diucapkan tahniah kerana anda sememangnya wira, berani berubah dan lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi. Tahniah sekali lagi. Anda memilih bot yang baik untuk teruskan perjuangan kerana bot sekarang ini sudah hampir karam. Selamat tinggal Pakatan Rakyat

pemuda padang rengas



MB Perak minta 2 Adun PKR umum pendirian
01/02/2009 2:34pm

IPOH 1 Feb. — Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini meminta dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
Beliau berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dua anggota exco dari PKR itu telah ghaib dan mereka tidak dapat dihubungi termasuk oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 Januari,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri di kediamannya di sini.

Mereka yang dikatakan hilang itu adalah Jamaluddin Mat Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering).

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.klik disini

12 comments:

  1. Bravo DS Najib !! selepas beberapa jam memegang jawatan Pengerusi BN Perak kita sudah nampak kemantapan dan strategi Najib untuk melawan Anwar Ibrahim..

    kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  2. Bukan mancing ikan,tapi diorang main nyorok-nyorok,kalau repot polis di buat maknanya MB kalah, PEMENANG akan mendapat publisiti dari wartawan dan blogger.

    ReplyDelete
  3. Permainan semakin menarik..

    mari cari popcorn mcm kata Nobisha..

    hahaha

    ReplyDelete
  4. Jika masih ada yang menyangka Najib lembab, orang tu la yang sangat lembab. Najib pernah menjadi menteri di awal usia 20-an. Najib berada di kedudukan nombor dua sekarang dan bakal menduduki tempat pertama. Adakah seseorang yang kurang hebat mampu melakukannya. Anda mampukah? Anwar pun tak mampu... tersungkur di ...

    ReplyDelete
  5. Itu le kamu Nizar. Dulu Dato Mufti Perak dah kabor join le UMNO, tubuh le kerajaan Islam Melayu sejaati tapi kamu tak nak dengor. kamu dengor cakap Nik Aziz. Kelantan lain Perak lain.Kite kate jangan jadi kuli DAP. Kamu tak nak dengor. Kamu bagi deme tanah. Sekolah deme pun kamu bagi tanah. Kamu campak Perdane kamu beli Camry. Kamu nak tunjuk kamu hebat dalam Islam, kuliah sane sini. Tapi yang kamu salam amoi tu kenape. Agoknya ini balasan langsung dari ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  6. DS Najib adalah politician yang berpengalaman dan beliau terjun dalam politik ini diawal usia yang muda ..belum sempat enjoy lg dah jadi YB ..

    kita akan melihat lagi kezutan yang akan berlaku menjelang peralihan kuasa Pak lah kepada DS Najib ..

    ReplyDelete
  7. kah..kah..kah...kah...memang menarik,sebenarnya begini,petualang aku cerita kat ko bagi faham....
    selepas kalah dari Kuala Trengganu..najib menyusun strategi untuk tawan Perak...maklumlah tak banyak beza dengan UMNO/Bn - Pakatan Rakyat kerusi dunnya....Memang 2 adun PKR sudah diperangkap sejak dari awal lagi.....tak payah banyak cerita(maklumlah mereka ada kat Pekan Pahang sewaktu hilang dulu-mengadap SPRM dan Najib la....) dua syarat dikenakan kepada mereka...tetapi sayang kahkahkahak...sebelum 2 adun PKR ini sempat umumkan..serta Najib sarungkan baju BN serta disiarkan di TV 3 serta TV 1.Datuk Nasaruddin keluar dari UMNO...hancus semuanya rosak semua rancangan.....UMNO dan Najib(Najib memang hebat dan bijak seperti kata kekawan petualang semua....tetapi Anwar dah dahuluinya.....jadi dah tak guna lagi 2 adun pkr nie....duit dah dapat...rasuah kasi tutup...mereka pun umumkan letak jawatan.....seorang lagi akan keluar dari Pakatan rakyat adalah adun DAP(kahhhkahhh..akhirnya UMNO cium jugak tangan adun dap nie..maklumlah terpaksa..janji kasi tutup malunya Najib kalah bertalu-talu)......jadi kerusi BN akan bertambah Nizar akan tersungkur.....wow...kesian Nizar dan gengnya....tapi barangkali kita tengok aje keputusan pilihan raya kecil nanti kalu ditakdirkan UMNO/BN menang kedua-duanya tahniah...la memang kow-kow Pakatan rakyat kena.....tapi sayang ..kasi tau sama najib...sewaktu Nasaruddin istihar keluar UMNO ada 3 lagi adun UMNO bersamanya...alah..malam tu...malam anwar sarungkan baju PKR ke badan Nasaruddin.....tetapi kenapa 3 adun tu tak nak masuk tv ye....tetapi sanggup ikut nasaruddin ke KL...aha....itulah kehebatan Najib dan Anwar..seperti kata Demang Lebar Daun(watak Sejarah Melayu..tetapi sayang otak kurang center)..Najib memang pepimpin hebat..anwar akan tersungkur.....kalu di dalam permainan kad najib dah taruh 2( 2 adun pkr) dan simpan lagi satu kata tangan (adun dap...kahkahkkkkUMNO cium jugak tangan DAp...boleh la peluk-peluk suku sakat komunis lepas nie...bukan aku kata tapi ko la petualang bangsa yang kata)...Anwar baru taruh 1(adun Bota Nasarudddin) tapi ada 3 lagi kad ditangannya.....jadi aha...lu fikir la sendiri......kakakahakahakkahakahk

    ReplyDelete
  8. huhuhu.. nengok saper yang lebih bagus percaturannya. enmo sudah keluarkan kad "A".. tapi pakatan baru sajer keluarkan kad "K".

    nampak gaya enmo akan kalah teruk lagi di Perak.

    tunggu suara keramat rakyat Perak yang tentukan.

    ReplyDelete
  9. KEDUDUKAN sekarang PR= 30, BN=27, BEBAS=2.

    Jika 2 YB DAP Campur seorang lagi YB PKR yang masih menunggu masa untuk keluar, maka kedudukan menjadi PR=27, BN= 27, BEBAS=5

    Hari ini khabarnya MB Nizar akan mengadap DYMM SPB Sultan Perak untuk mempertahankan kerajaannya.

    Juga Dato Tajol Rosli akan mengadap DYMM SPB Sultan Perak untuk mencadangkan kerajaan baru.

    Allah masih sayang lagi negeri Perak ..kita menunggu saat kejatuhan Nizar yang sombong dan angkuh itu ..

    ReplyDelete
  10. Wahai Nizar

    dengarkanlah bicara ini....

    INI SEMUA ADALAH KETENTUAN ALLAH. INI ADALAH TAQDIR ALLAH SWT. KITA SEMUA MESTI MENURUTI TAKDIR ALLAH......

    ReplyDelete