Pages

Monday, January 5, 2009

Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas



Oleh: Noor Hasilah Ismail

Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

"Inilah dia contoh "Kerajaan Berkebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.

"Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa," tambahnya.

Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.

"Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu. baca lagi di sini

PASTINYA AKAN BERLAKU JUGA TINDAKAN KEJAM INI SEPERTI ZAMAN PAS DI TERENGGANU DAHULU APABILA KERAJAAN PAS TERENGGANU DAHULU MENUTUP TABIKA KEMAS DAB BALAI RAYA DI TERENGGANU . RAKYAT TERENGGANU TENTUNYA MENGINGATI LAGI TINDAKAN KEJAM PAS DAN PERKARA INI BERULANG LAGI DI PERAK DI BAWAH KERAJAAN DAP DAN PEMIMPIN BONEKA PAS NIZAR JAMALUDDIN.

APAKAH DOSA ANAK-ANAK KECIL INI INGIN BERLAJAR DAN MENUNTUT ILMU DAN DITUTUP /DIKUNCI TABIKA DAN DIHALAU MEREKA SEBEGINI ??SUDAH LA AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDIN MENGHINA GURU-GURU TABIKA DENGAN MENGGELAR MEREKA MAKCIK KINI KERANA DENDAM KESUMAT MEREKA TERHADAP KERAJAAN BN SEHINGGA MAHU MENGGADAI ANAK BANGSA SENDIRI UNTUK MENUNTUT ILMU ...

UNTUK PENGUNDI KUALA TERENGGANU , KITA AJAR PAS YANG ANGKUH INI DENGAN UNDI !! UNDI PAS MEMBAWA PADAH !!


PAUTAN

Perak diminta jelas arahan kunci Tadika Kemas

3 comments:

  1. hahaha..tgk buletin utama...tv3 x semalam?hahahaha..lawak2..

    ReplyDelete
  2. Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sebanyak 11,000 pelajar Tadika Kemas di Perak berdepan dengan masalah apabila kira-kira 700 dewan Tadika Kemas dikunci atas arahan kerajaan negeri Perak. - Bernama

    hahaha.. patutlah..dewan org ramai korang bikin dewan tabika... 50 tahun memerintah...

    ReplyDelete
  3. KEnapa la ade lagi manusia bodoh mcm korang semua ni..rase aku macam nak cekik2 korang yg sokong Umno BN yg dah nak lingkup ni!

    ReplyDelete