Pages

Monday, December 22, 2008

Kehadiran KJ di Wacana Transformasi Politik Malaysia di Kelantan menaikan martabat pemimpin muda melayu


Secara keseluruhannya baik dari segi keberanian, gaya berhujah, semangat untuk berwacana jelas Khiray boleh diberi 57% manakala Husam 43%. Peratus ini tanpa menolak peratus untuk seorang lagi ahli panel. Kepada penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri patut diberi pujian atas usaha mengadakan wacana itu. Mungkin pada masa akan datang perlu diperbaiki sedikit sebanyak kelemahan yang ada.

Dari segi profesional atau gaya pedebatan, Husam agak emosi dan tertekan berbanding Khairy yang datang sebagai tetamu banyak merendah diri dan bersikap terbuka dan apologetik kepada Nik Aziz. Khairy jelas membuat persiapan baik secara fakta dan minda untuk berdepan dengan ribuan penyokong Pas. Keikhlasan terserlah kepada Khairy baik dalam memberi hujah atau harapan untuk mematangkan proses politik khasnya antara Umno dengan Pas.
klik di sini blog mso

Saya angkat topi dan tabik sekali untuk Khairy Jamaluddin atas keberanian beliau menjadi ahli penal wacana bertajuk Transformasi Politik Malaysia di Kelantan baru-baru ini.Lebih lagi wacana ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang tentunya ia dipenuhi dengan ribuan penyokong PAS. Untuk orang UMNO yang juga seorang ahli parlimen BN, Khairy pula berdepan dengan orang kuat PAS, Dato’ Husam Musa yang juga dikenali bukan calang-calang orang dari kalangan ahli PAS.

Tidak banyak boleh saya komen tentang isi dan kandungan wacana itu kerana saya tidak menghadirinya. Tetapi saya melihat wacana ini telah mengangkat nama Khairy yang selama ini menjadi fokus parti pembangkang mengecam beliau hanya kerana Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.
Kehadiran Khairy pastinya sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan banyak persoalan dari Husam yang tentunya juga akan membelasah BN dari segala sudut bagi meyakinkan penyokong PAS yang hadir.

Daripada siaran yang terbit dalam blog-blog, Khairy telah mengiktiraf forum itu sebagai satu tanda kematangan politik yang baru sesuai dengan tranforamasi politik sebagai memberi ruang kepada demokrasi politik seluas-luasnya.

Begitu juga sebelum ini Khairy yang sentiasa berfikiran terbuka terhadap pendedahan seumpama ini seperti yang beliau pernah mengesyorkan debat antara calon ketua pemuda tentang isu semasa, telah ditakuti oleh calon lain terutama Datuk Mukhriz lantas menolak debat itu.

Rupa-rupanya tanpa debat itu, Khairy telah diberi peluang di pentas lebih besar berdebat dalam wacana Transformasi Politik Malaysia anjuran Kerajaan PAS pula. Ini telah menunjukkan Khairy memang terbuka dan sedia mempunyai keberanian untuk menentang sesiapa juga mengenai perihal negara.

Atas sebab itu juga, Khairy menyatakan beliau sangat setuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayup untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sisi dialog demi kepentingan bersama.

Sepertimana yang dikatakan dalam wacana itu bahawa dulu Presiden PAS merupakan Ketua Pembangkang, tetapi sekarang PAS wujud sebagai rakan junior di bawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat. Ayat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada PAS bahawa mereka telah ‘turun pangkat’ dalam perjuangannya walaupun usia PAS jauh lebih lama daripada Keadilan.

Dalam pada Husam Musa menyebut keangkuhan politik dalam BN pula, Khairy dengan mudah sahaja menempelak keangkuhan politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘mendabik dada’ kononnya akan menukar kerajaan pada 16 Sepetember lalu telah gagal dikotakan. Ini satu keangkuhan yang sepatutnya disedari oleh PAS sebagai anggota Pakatan Rakyat yang bercakap seperti guruh petir, tetapi hujan tak jadi.

Khairy menyifatkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan terperangkap dengan percanggahan ideologi sesama parti sekutunya dalam banyak isu yang diibaratkan bagai retak menanti belah.

Walaupun Husam tidak mengakuinya, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku sekarang. Sekurang-kurangnya ahli PAS yang hadir sama pada malam itu akan balik berfikir betapa nasib mereka yang pada ketika ini pemimpin mereka masih tidak sedar mereka dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana yang digambarkan dalam rencana mengenai wacana tersebut bahawa Professor Aziz Bari dari UIA yang sepatutnya mewakili golongan akademik telah gagal memberi hujah berdasarkan stastistik dan kajian serta dirasakan berat sebelah adalah kerana beliau sebenarnya takut.

Beliau tidak mempunyai cukup keberanian dan kurang bersedia untuk berdepan dengan situasi di mana orang BN dan PAS berbicara politik. Beliau dijemput mungkin untuk menjadi perhiasan semata-mata kerana mungkin beliau berfikir, bila berada di Kelantan negeri pemerintahan PAS, beliau terpaksa condong pada pihak PAS.

Ini menunjukkan sebagai seorang profesor yang datangnya pula dari UIA, juga pengecut, tidak sepertimana Khairy yang berpendirian beliau bukan datang untuk bertengkar, tetapi menyatakan yang benar dengan persembahan yang waras.

Apapun tanggapan hadirin yang rata-rata orang PAS yang mungkin beberapa kerat ahli UMNO yang hadir di wacana itu, yang penting hendak saya perkatakan ialah ‘SYABAS’ kepada Khairy yang telah merintis jalan ke arah bersemuka sebegini rupa untuk menyatakan pandangan beliau bukan sahaja bagi pihak UMNO, tetapi seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk mencari pedoman betul dalam membuat pemilihan dan keputusan.

Ia tentunya sesuatu juga untuk khasnya orang yang sentiasa mencari jalan merendah-rendahkan Khairy supaya menyedari kita bukan sahaja memerlukan pemimpin muda yang hanya pandai cakap, tetapi mahu yang bersedia mendepankan keberaniannya dengan hujah bernas, lancar dan berfakta. Syabas! Khairy.

Oleh Mahfir Sabtu (www.kpmu.net)

No comments:

Post a Comment