Pages
▼
Thursday, December 4, 2008
Cerita disebalik Soi Lek & ketuanan Melayu..
Apabila saya membaca cerita yang diposting di blog Gap ,baru saya tahu cerita disebaliknya isu ketuanan Melayu ini dan Ketua Penghapus Ketuanan Melayu Utama adalah Melayu sebangsa kita sendiri iaitu Anwar Ibrahim.klik di bawah ini
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008/12/gempar-pertemuan-sulit-anwar-dan-chua.html
Selalu banyak yang kita dengar dan membaca di akhbar contohnya Utusan ,punca utama ketuanan Melayu diperlekehkan kerana ada orang Melayu yang menyokong dibelakang mereka.Tetapi kini rupanya terdapat juga anggota pemimpin komponen BN sendiri terlibat dan menyerang UMNO dengan isu ketuanan Melayu supaya bangsa Melayu membenci UMNO dan BN.Kini kita sudah tahu siapa dalang semua ini dan musang berbulu ayam.
Pendedahan berani oleh blog GAP bahawa berlaku satu PERTEMUAN SULIT diantara Anwar Ibrahim dan Dr Chua Soi Lek disebuah café bertempat di Mont Kiara beberapa malam yang lepas kini menjadi spekulasi adakah Anwar dalang kepada sikap biadap Dr Chua..?? Malah kata Timbalan Presiden MCA itu bahawa kenyataannya tidak ada kena mengena dengan parti MCA dan mungkin ini adalah disuruh oleh Anwar .
Jika betul la berlaku pertemuan ini ,maka episod baru bermula Anwar kini cuba mencari dan mengambil apa jua peluang terhidang di depan matanya untuk kepentingan politiknya. Kes Arif shah itu pun telah menunjukkan PKR cepat menghidu peluang untuk memancing pemimpin BN menyertai mereka .Seperti isu ketuanan Melayu ini ,Anwar bijak menggunakan peluang yang ada dengan menjadikan ketuanan melayu sebagai isu baru membunuh UMNO .
UMNO harus berhati-hati dengan situasi sekarang ini dan tidak mustahil akan ada lagi hero mereka akan muncul.Saya berpendapat BN perlu juga bertindak kepada individu-individu yang terlibat hubungan dengan Pakatan Rakyat seperti tindakan UMNO memecat Zaid Ibrahim.Saya yakin Soi Lek tidak akan dikenakan tindakan apa-apa oleh parti dia seperti apa yang UMNO buat pada Ahmad Ismail . Inilah yang dikatakan Melayu kini ditekan oleh pelbagai pihak dan kita sendiri mengambil tindakan terhadap orang kita sendiri walupun kenyataannya itu telah disalah tafsir /putar belit oleh media cina.
Anwar memang bijak mengambil peluang dan mencipta peluang. Saya bimbang keaiban demi keaiban yang melanda maruah peribadinya menjadikan beliau tidak peduli lagi pada perkara lain selain menyelamatkan diri sendiri.
ReplyDelete'Peluang yang diwujudkan Anwar' tidak harus digunakan oleh pembangkang melayu untuk kepentingan politik mereka kerana amat bahaya jika tersilap langkah.
PAS perlu BERHENTI daripada mempergunakan Anwar untuk merampas kuasa. Lihat lah, kaum lain sedang bersatu.
anwar sudah membawa kita kembali ke zaman Melaka bila orang Melayu sendiri yang cuba jatuhkan kerajaan melayu islam di sana, tak ubah macam si kitul, mendeliar da pateh kerma wijaya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Pejuang Bangsa,
ReplyDeleteIni pendapat peribadi Lekir dan bukan mewakili BPN
BPN dilihat orang sebagai pro UMNO dan pro BN
GGMM dilihat bukan Melayu sebagai mengamalkan perkauman melampau
Jika letak lambang GGMM pada blog saudara maka bukan Melayu akan benci BPN dan BN dan akan mengundi Pkr dan Dap
Ini akan beri keuntungan kepada Anwar
wassalam lekir
ReplyDeleteSaya rasa tidak salah BPN pro kepada BN dan UMNO dan objektif BPN sendiri sbg satu team blogger yang menentang blogger PKR dan PR .
biarlah GGMM dikatakan pelampau melayu kerana membela bangsanya sendiri dan parti MCA ,Gerakan dan DAP jugap perkauman juga membela bangsa mereka shj dan mempertikai hak keistimewaan org Melayu dan ketuanan Melayu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTidak salah BPN pro UMNO dan Barisan Nasional
Cuma Lekir tak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Janganlah kerana bersikap perkauman melampau(memaki-maki cina makan babi dan keling makan biawak)GGMM akan buat BN kalah teruk dalam pilihanraya akan datang dan beri kemenangan besar kepada Anwar