Pages
▼
Tuesday, November 4, 2008
Pro Tun jangan perkecilkan kemampuan Ali dan Muhammad
Api mempopularkan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO telah disemarakkan oleh Tun Mahahthir mengakibatkan minggu yang pertama dan kedua. Muhyiddin seolah-olah hero dan pasti menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Inilah anak didik Tun Mahahthir yang selama ini memainkan peranan sebagai jarum dari dalam kerajaan bagi mendesak Perdana Menteri mengundur diri.
Muhyiddin dan Mukhriz begitu konsisten mendesak Pak Lah untuk berundur dan menggagalkan pelan peralihan 2010. Mereka sepatutnya diberikan pujian kerana berjaya menjalankan jarum Tun dalam UMNO. Oleh itu Tun mahu mereka berdua diberikan imbuhan dan tempat Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada Muhyiddin. Ketua Pemuda UMNO diberikan kepada Mukhriz .
Heboh diperkatakan kebangkitan Mahathirism semula, puak-puak Tun telah menguasai UMNO dan semua puak Pak Lah perlu dikalahkan. Lahirlah sekali politik berpuak-puak dikalangan ahli UMNO. Pengaruh Tun bersemarak seketika, kononnya semua pro Tun akan menguasai pemilihan UMNO kali ini. Kuda yang dipertaruhkan oleh Tun menjadi popular, sehingga keseluruhan ahli UMNO dikejutan oleh kemarahan Pak Lah terhadap Tun yang cuba menguasai pemilihan UMNO ini, Ahli UMNO tersentak seketika………
Mahathir pernah berkata, ramai badut yang menawarkan diri untuk jawatan tertinggi UMNO, mungkin Mohammad Mohd Taib dan Ali Rustam juga salah seorang badut yang Tun maksudkan. Bagi Tun yang layak untuk menjadi Timbalan Presiden adalah Muhyiddin sahaja kerana jasa beliau mendesak. Mujurlah ahli UMNO cepat disedarkan setelah Pak Lah yang begitu marah dengan Tun dan Muhyiddin. Lantas ahli UMNO bagaikan tersentak dan tersedar dari dipukau. Lantas Ali Rustam dan Mohammad Taib diberikan nafas untuk menyaingi Muhyiddin yang hampir-hampir saja jadi calon favorate untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO, Mukhriz juga ditentang oleh Khairy Jamaluddin dan juga Khir Toyo.
Walaupun kem Tun menganggap Ali Rustam itu bodoh dan Mohammad Taib itu korup, dan cerita ini juga pernah diceritakan oleh Mukhriz kepada pemuda dan juga pernah tersebar kepada pelajar Australia oleh Tun. Namun ahli UMNO tidak nampak mengapa mereka tidak boleh memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin ini, apakah kelebihan Muhyiddin dari dua pemimpin ini, jika mahu cerita mengenai sejarah silam, Muhyiddin juga punya cerita sejarah silam. Di Kuala Pilah, ketika floor dibuka untuk pencalonan Timbalan Presiden, Ali Rustam telah dicalonkan, namun mereka mengadakan pula pengundian sulit dan akhirnya kemenangan kepada Muhyiddin. Ramai perwakilan yang tidak berpuas hati dengan undi sulit berkenaan.
Jangan pandang Ali Rustam kecil dan jangan pandang Mohammad Taib rendah, kerana diizinkan Allah SWT dan mereka layak untuk bertanding, Insyaalah Muhyiddin akan menghadapi masa -masa yang tidak tenteram. Klimak pro Tun sudah sedikit menurun, api kemarahan Tun sepatutnya telah reda. Tun mahu marah siapa lagi, jika dahulu marah kerana Pak Lah masih memegang tampuk kepimpinan, kini Pak Lah telah beralah dan dengan rela hati mengundurkan diri. Apa yang Tun hajati telah dapat, tapi lumrah manusia, beri betis mahukan peha pula. kini Tun seolah-olah mahu pula menyusun pentadbiran UMNO. Itu yang Pak Lah burst………… Kem Ali Rustam dan Mohammad Taib juga sedang bekerja keras untuk memastikan kedua calon ini layak bertanding. Di izinkan Allah SWT, Insyaalah mereka akan berjaya untuk melayakkan diri.
No comments:
Post a Comment