Pages

Wednesday, November 12, 2008

Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak.....-tepak bersulam


Written by byzura
Tuesday, 11 November 2008

Agak terkedu sebentar dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul, tidak tahulah sama ada saya yang memang bodoh ataupun kenyataan yang saya baca ini sebenarnya bodoh. Terperanjat mendengar kenyataan Mukhriz, calon hebat Pemuda UMNO dalam wawancara bersama akhbar The Star, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang sukar saya mempercayai walaupun saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidaklah bodoh sangat untuk menilai kebijaksanaan seorang pemimpin.
Jelas bahawa walaupun beliau anak kepada Tun Dr Mahathir, namun ilmu yang dimiliki belum cukup lagi untuk menjadi seorang politikus yang baik seperti ayahnya, sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan betapa lemahnya beliau dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijaksanaan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

1) Menjawab mengenai Politik wang - Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Mana Mukhriz tahu ada orang bagi wang menggunakan nama beliau, apakah ini sememangnya berlaku ? Di Ipoh Timur dimana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato' Zaki Zahid) telah memberi 'peluru' kepada para perwakilan, apakah penyokong Tun Amar merupakan penyokong kuat Mukhriz (semua orang tahu, menggunakan nama Mukhriz ,jika benar, tentu Tun Amar mahu menikam Mukhriz dari belakang, eloklah Mukhriz hentikan berkawan dengan Tun Amar ini, kerana dia jahat mempergunakan nama Mukhriz. Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Apakah Sazmi juga orang kuat Mukhriz mahu tikam Mukhriz dari belakang juga, kalau benar, jahatnya Sazmi ini, Mukhriz eloklah jauhkan dari Sazmi.

Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Mukhriz sungguh yakin sekali dengan kenyataan ini, eloklah Mukhriz tutup dulu Mesin ATM beliau yang bergerak, sdr Anaz, banyak bukti yang telah terkumpul. Minta lembu dapat lembu, minta apa sahaja pasti mesin ATM akan beri.

Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata begitu.Slogan Mukhriz berani berubah tidak pula menampakkan sebarang perubahan, hanya berubah dari politik bersih kepada tahun politik wang. Itu sahaja yang berubah.

Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah pada pemilihan Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai.

2) Mukhriz membuat kesimpulan bahawa akar umbi mahukan beliau, katanya"jelas sekali akar umbi memang nak kan saya,". Mukhriz mungkin lupa yang tak nak kan dia yang berikan pencalonan kepada KJ dan KT itu tidak mahukan beliau. Jumlahnya lebih 100 % dari pencalonan yang Mukhriz terima. Jika dalam dewan yang mengandungi 198 perwakilan, lebih dari 114 yang tidak sokong Mukhriz, Mukhriz sudah cukup bongkak. Apakah 114 orang ini yang mewakili setiap bahagian bukan suara akar umbi ? Apa yang Mukhriz dapat sebenarnya adalah orang-orang yang menerima wang dari orang yang menggunakan nama beliau.

3) Mukhriz juga ada menyatakan kepada umum apabila ditanya soalan "Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?" Jawapannya, "Saya ada kilang fiber optik, semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya". Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga 'mengkantoikan' dirinya sendiri. Kalau bukan Tun yang jadi PM, tentu beliau tidak jadi raja Fiber Optik.

4) Kadangkala susah juga mahu kita salahkan Mukhriz kerana taraf pendidikan beliau yang pernah mendapat Gred 3 ketika mengambil perperiksaan SPM, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak yang tidak matang. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Mujurlah Mukhriz enggan berdebat, jika tidak apalah lagi keyataan kelakar yang akan kita dengar.-

tepakbersulam.com

ulasan

-Saya tidak bersetuju kenyataan muhkriz yang tidak bijak mengatakan jika mendapat pencalonan terbanyak maka beliau yang layak untuk menang kerana akar umbi mahu dia menjadi ketua .Memang la anda calon favourite ,3 hari sahaja sudah melepasi pencalonan tetapi kenyataan itu adalah tidak sepatutnya keluar dari mulut Muhkriz. Muhyidin sendiri pun tidak berani cakap akar umbi mahu dia untk jawatan Timbalan Presiden .

-Muhkriz tidak sepatutnya mengatakan dirinya adalah paling bersih dan tidak pernah terlibat dalam politik wang .Pastinya tentu perwakilan yang terima duit untuk undi beliau itu akan keliru dan telah terima duit dari orang yang salah .

7 comments:

  1. CALON FAVOURITE ADALAH KJ. TETAP DI HATI PEMUDA. TERUSKAN PERJUANGAN LAWAN DINATI MAHATHIR YANG JAHAT.

    Jeffrey Aslan

    ReplyDelete
  2. Mukhriz akan panggil "Papa, ooooo papa help me, pleaseee. I got slammed front-back-right-left-top=bottom-centre"

    Jojo

    ReplyDelete
  3. HAHAHA Mukhriz teloq tertinggal kat jerlun nooooooo.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Tepak Bersulam, kawan lama, harap masih ingat Pakteh (CC shahab perdana, Aloq Staq...lama duluu).
    Pakteh percaya ketiga-tiga calon adalah cukup hebat. Namun sehingga hari ini..majoriti suara akar umbi inginkan Mukhriz....ini realiti berdasarkan kepada pencalonan pemuda bahagian. Mac 2009 nanti apapun keputusannya...itu adalah suara dari perwakilan...yang belum tentu mewakili suara akar umbi. Maksudnya...jika Pemuda Sik majoriti memilih Mukhriz...belum tentu semua perwakilan pemuda Sik akan mengundi Mukhriz nanti...ini bermakna suara majoriti (hampir 100%) Pemuda Sik dinafikan oleh oleh perwakilan Sik jika tidak memilih Mukhriz.
    Begitu juga jika perwakilan pemuda Rembau, jika mereka tidak mengundi KJ bermakna mereka telah mengkhinati kehendak akar umbi pemuda Rembau.
    Bacaannya mudah. Majoriti akar umbi seluruh Malaysia mahukan Mukhriz...tetapi perwakilan belum tentu mengikut kehendak majoriti ini...oleh itu..natijahnya hanya akan diketahui apabila PRU13 nanti. Ini akan berbeza sekiranya Mana2 Khir toyo atau KJ berkompromi agar penyokong mereka menerima KJ atau KT dan majoriti suara akar umbi akan memihak kepada salah seorang dari mereka. Tetapi ini sudah terlewat untuk dilakukan kerana pilihan telah dibuat...
    p/s: Apapun pilihan kita...semuanya untuk UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Pilihlah yang mana kita suka kerana pilihan ditangan kita (perwakilan)..bukan akar umbi.
    p/s 2: Pi la jenguk2 blog pakteh...ka dah tak ingat dah... www.betoika.blogspot.com .

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum , Pak Teh , lama juga kita tak jumpa hang , hang apa khabar, masih aktif ha menulis, Tak nampak ko di Permatang Pauh, ada kot ,,,,,,, hang ikut Mukhriz kempen ke masa kat P.Pauh, aku nampak juga Mukhriz masa Hishamuddin dtg kat Bilik Gerakan Pemuda , lepas tuh tak nampak dah sebab dia sibuk kempen ngan pemuda UMNO untuk pemilihan Ketua Pemuda, dia kira bijak gak, dia tahu dah PP akan kalah, sediakan senjata untuk hentam KJ dan jangan buang masa kempen untuk UMNO , kempen aja untuk diri sendiri, Maaf lah kalau saya kata mcm tuh, tapi ini Mukhriz sendir yang akui.
    Apa-apapun biar pemuda yang tentu kan, betul lah kata pak teh yang mencalon belum tentu mengundi, aku cuma kecewa kerana Mukhruz banyak keluar keyataan yang tidak relevan yang seakan kebodoh bodohan sedikit yang boleh buat orang meluat. aku tak tahulah sama ada dia boleh bertahan , sebab aku nampak dah macam pancit aja di akhir-akhir ini , keyataan yang akan membunuh dia adalah AKAR UMBI NAK KAN DIA DARI SEGI PENCALONAN. itu ayat maut yang disiarkan tanpa berfikir dengan waras,
    Pak Teh , hang dah kaya ka.........
    ????? contact aku kat email aku Zack1504@gmail.com ............ ayun aja pak teh selagi boleh menaip . Ikut yang mana hang rasa ok , hang sokong lah,,,,

    ReplyDelete
  6. hehe..
    kaya kaa..isk dak aihh...dok gheja lagu ni la jugakkk...tang menaip ni..nak buat lagu mana..dah minat...email kita pun cam nak sama jaaa...
    zack_tips@yahoo.com
    bab sokong sapa2 ni...yang penting ketiga-tiganya UMNO...jangan ekstrem sampai takleh bawak bekira sudah...pakat dok pulun sampai bemusuh sesama kawan pun...bukan dapat sekupang dua pun...Sebenaqnya memang perlu ada penyokong akar umbi untuk KJ sebab KJ ni ada keupayaan untuk memimpin UMNO pada masa depan. KT pun sama gak...bab isu penyapu tu...janganlah dilupakan kejayaan besaq dia...jadi kena jaga jugak KT pun.
    tang pakteh ni...cam orang tua-tua laa...bila dah bekenan yang tu..dok kira yang tu la walau yang lain pun ok jugak...nak buat lagu mana...nak kena ambik satu ja...xleh tiga2..orang kata tamak.
    p/s: Banyak komen menghina bekas pemimpin negara. Bayangkan satu hari nanti pemimpin hari ini akan berhenti dan sure xbest bila jugak dihina gitu. Apalagi 3 calon ini juga akhirnya akan memimpin dan akan menjadi bekas pemimpin...so...janganlah kita menghina sesama bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  7. ramai yg cakap mengatakan muhkriz mendapat sokongan kerana mengikut pencalonan bahagian dan muhkriz sendiri akui dirinya mendapat sokongan akar umbi .

    harus juga diingatkan jangan hanya menang sorak sahaja kerana bnyak faktor telah mengubah pemikiran pemuda pada minggu ke 3 yang mana pencalonan banyak memihak kepada KJ dan KT.Saya masih lagi berpendapat visi ,agenda perubahan yang dibawa oleh KJ lebih jelas dan penuh pengisian .

    adakah muhkriz dan KT boleh turun padang bersama pemuda rempit dan mengajak mereka bersama2 Pemuda UMNO ?? jangan hanya mahu mendekati golongan muda dalam NGO,profesional ,blogger sahaja seperti mukhriz tetapi harus ke semua peringkat.Bagaimana dengan remaja2 yang luar bandar yg tidak terdedah semua ini ..


    insyallah selepas pemilihan UMNO ini ,UMNO akan terus kuat seperti sejarah UMNO dulu2 .

    ReplyDelete