Pages
▼
Tuesday, November 25, 2008
Mengapa Muhkriz tidak mahu debat ??
Isu debat kini telah senyap dan pasti ianya tidak akan menjadi kenyataan namun isu ini jelas membayangkan bahawa Khairy Jamaluddin dan juga Khir Toyo berada dipihak yang berani dan Mukhriz adalah dipihak yang menikus. Sebenarnya jika kita lihat dari segi positif, debat adalah satu cara berkempen yang paling efektif dan ianya dapat membuka peluang kepada ketiga calon untuk dinilaikan oleh perwakilan. Mukhriz menentang hebat cadangan berdebat ini kerana mungkin menyedari bahawa beliau adalah calon pemuda yang paling lemah sekali diantara kedua-dua calon yang lain.
Dengan adanya debat ini, bukan hanya perwakilan pemuda dapat menilaikan calon-calon yang akan menerajui Pemuda UMNO malahan ianya boleh memberikan penerangan yang jelas tentang hala tuju sayap muda UMNO ini kepada anak-anak muda yang masih belum menyertai pemuda. Ini adalah satu publisiti yang besar kepada Pemuda dan tidak wajar ditolak oleh kepimpinan Pemuda sebenarnya.
Dengan adanya debat ini juga kita dapat menilaikan betapa calon Pemuda UMNO ini dapat berfikir dengan pantas dan mereka juga layak menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana mereka akan berhadapan dengan Pemuda pembangkang yang sememangnya petah berdebat. Kita juga boleh menilaikan siapakah pemimpin yang mempunyai visi - visi yang akan membangunkan Pemuda atau kita hanya akan memilih Ketua Pemuda UMNO yang biasa sahaja tanpa keistimewaan yang extra ordinanry.
Dengan adanya debat ini juga, bolehlah mereka berbangga bahawa ini adalah satu cara berkempen yang baru dan Pemuda kini berada dalam proses perubahan yang sihat, bukan sekadar hanya melaungkan perubahan tetapi tidak nampak apa yang mahu di ubah. Mukhriz boleh membentangkan perubahan yang dirancang dan persembahan kepada perwakilan pemuda untuk dinilai kan dan Khir Toyo juga boleh membentangkan wawasan beliau yang mahukan pemuda berani dan Khairy boleh menerangkan mengenai setiakawan yang mahu diketengahkan.
Penolakan Mukhriz mengakibatkan Pemuda merasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk menyaksikan calon-calon pemuda untuk berdebat dan mempersembahkan kekuatan diri mereka. Alasan Mukhriz bahawa debat akan memberikan impak yang buruk kepada UMNO dan akan mendedahkan keburukan UMNO adalah satu perkara yang tidak masuk akal melainkan Mukhriz mahu terus memburukkan UMNO dalam debat berkenaan. Debat boleh dikawal secara positif jika nawaitu debat itu diambil secara positif.
Ramai yang mendesak agar debat ini perlu diadakan dan dijadikan cara berkempen yang sihat. Semua calon diberikan peluang untuk membentangkan perancangan dan visi mereka. Mukhriz memilih bertemu dengan Pemuda bahagian dan menerangkan kepada mereka, ini adalah cara yang rumit dan lambat dan ini juga akan mengundang politik wang. Bertemu dengan Bahagian -bahagian sepatutnya telah lama dilakukan dan bukan hanya bertemu mereka diwaktu pemilihan.
Cara Mukhriz menuduh sebuah laman web yang mahu menganjurkan debat ini sebagai sebuah laman web yang beragenda juga amat menyedihkan dan memalukan bagi seorang calon yang menganggap debat ini adalah satu perkara yang tidak baik. Jelas Mukhriz begitu negatif dan tidak berfikiran terbuka dengan menganggap debat sebagai satu perkara yang negatif. Ini mencerminkan bahawa Mukhriz adalah seseorang yang sering menghentam orang lain dalam setiap tutur kata beliau dan jika beliau berdebat juga beliau akan menelanjangkan calon yang akan menentang beliau. Debat ini perlu diusahakan sebelum pemilihan UMNO. Jika tidak ibarat makan nasi tanpa berlauk.
Oleh: Mohd Ghazali Mohd Dom kpmu.net
No comments:
Post a Comment