Pages
▼
Saturday, November 8, 2008
KJ –Siri 1
KJ adalah future leader dalam UMNO yang sedang meningkat naik dalam arena politik seperti mana dalam pembangkang juga mempunyai Saifudin Nasution (PKR) ,Azmin (PKR) , Salahuddin (PAS) . KJ boleh dianggap asset terbaik untuk masa depan UMNO dan satu perkara yang menarik ialah ketika pemilihan KP UMNO ini , Ketua Pemuda Pas sendiri membuat kenyataan yang agak mengejut iaitu mengajak KJ masuk ke PAS dalam memperjuang agama ,bangsa dan Negara. Kenapa pemimpin pembangkang melihat KJ ini sebagai calon yang boleh dibawa ke parti mereka ?
Salah satu nya ialah KJ adalah pemimpin UMNO yang boleh dibawa runding @ lebih mudah senang dibawa bincang jika perkara ini berkenaan antara pihak kerajaan dan pembangkang yg perlu dibincang. Sdr Ezam sendiri dalam ceramahnya di Permatang Pauh pernah cerita pada masa Anwar dibebaskan dahulu ,Ezam sendiri memilih KJ untuk dibawa appeal dari Wan Azizah untuk Pak Lah . Ini bukan kerana KJ adalah menantu PM ,tetapi Ezam merasakan KJ seorang pemimpin muda UMNO yang boleh dirunding dan terbuka . Saya juga melihat masih ada bloggers muda seperti Najwan Halimi ,SUKJ,kulit pisang,zuhri aziz ,brother jinggo , yang memilih kewibawaan,karisma dan perubahan yang dibawa KJ sebagai calon terbaik untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO .
Dalam rancangan Hujah TV 9 juga, YB Saifuddin ada menyebut nama KJ dan antara perubahan yang dibawa iaitu “meletakkan dirinya menjadi Ketua untuk seluruh Pemuda Malaysia kerana mekanisma yang diamalkan oleh Pemuda BN sekarang ,kamu urusan kamu kita berpura-pura baik semua ok dan berjumpa sebelum pilihanraya”
Kesimpulannya, ramai orang dari luar UMNO mengikuti perkembangan anak muda ini dan orang seperti Yb Saifudin yang pernah mejadi S/U Pemuda UMNO sendiri kagum dengan perubahan yang baik yang dibawa oleh Ahli Parlimen Rembau ini untuk Pemuda UMNO .
Idea2 Bernas KJ untuk Pemuda UMNO
Mengenai tajuk ini saya lebih suka kita hayati maksud Mantan TPM Tun Musa Hitam
.“Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi ‘penyakit tua’, 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.
“Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru,” katanya.
Idea2 baru ini hanya boleh datang dari orang muda yang nampak apa yang berlaku dalam UMNO .Pendapat dan pandangan bekas TPM Tun Musa Hitam harus diakui UMNO perlu pemimpin muda yang lebih mempunyai idea-idea yang lebih dinamik dan selari dengan kehendak pengundi muda zaman sekarang . Sememang ramai yang bersetuju bahawa UMNO kini mengalami penyakit tua kerana ramai yang sudah nyayuk dan merapu. MT tidak lagi dihormati dan ramai yang merasakan bahawa merekalah yang paling lama dan perlu dihormati dan diangkat menjadi pemimpin. Saya berpendapat idea2 dan perubahan2 yang mahu dibawa oleh KJ baik untuk Pemuda :
1-Memilih tagline 'Setiakawan' merupakan suatu prinsip persahabatan yang inklusif; bermatlamat untuk menjangkau luar daripada batasan tradisi Pemuda UMNO dengan objektif untuk merapatkan jurang antara pemuda dengan rakyat.Konsep setiakawan KJ ini adalah pada apa yang saya faham ialah agenda yang dibawa oleh kepimpinan akan selari dengan kehendak akar umbi. Seperti kata2 Ali rustam yang mahu parti menguasai kerajaan . Apabila agenda ini selari dengan kehendak akar umbi ,maka tiada jurang diperingkat cawangan da pusat. Maka kehendak akar umbi itu didengar dan tidak dipinggirkan .Selain itu, konsep setiakawan juga perlu keperluan memperbaiki hubungan Pemuda UMNO dan Pemuda BN.
2- Pemuda akan berusaha menjalankan program dan aktiviti bagi menjana budaya keusahawanan di kalangan generasi muda. Pada masa yang sama Pemuda akan bersama turun ke bawah ke akar umbi membantu usaha-usaha membasmi kemiskinan, baik kemiskinan luar bandar mahupun kemiskinan bandar.
3-Pemuda perlu mendampingi dan engage dengan mereka di samping menyelami dan menjawab isu-isu yang mereka utarakan. Pemuda juga akan membantu membela kebajikan dan nasib golongan muda terutama cabaran kerjaya dan pengangguran.
4-Pemuda perlu menerajui suatu usaha untuk memastikan pencapaian pendidikan orang Melayu dapat terus dipertingkatkan supaya kemajuan Melayu terjamin dari generasi ke generasi. Antara agenda yang perlu kita usahakan adalah peningkatan mutu pendidikan vokasional bagi para pelajar yang mungkin kurang berminat dalam pendidikan akademik supaya bakat mereka dapat diasah sebaik-baiknya.
5-Pemuda perlu menganjurkan seminar, workshop dan bekerjasama dengan agensi dan institusi tertentu untuk membantu anak Melayu muda keluar daripada belenggu kemiskinan.
6-Cadang Pemuda BN merangka kod etikanya sendiri dalam berpersatuan bagi mengelakkan perbalahan dalam media yang boleh melemahkan BN
7-UMNO perlu memahami kitaran berita dan perlu bijak menggunakan peralatan yang sedia ada contohnya kemahiran menggunakan ICT, Facebook, Youtube perlu wujud dalam setiap ahli UMNO.
8-Khairy mencadangkan perjumpaan berasingan sebelum Perhimpunan Agung untuk mendegar rintihan suara dan idea ahli-ahli UMNO akar umbi. Jika beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda, dia akan membuka ruang sebesar-besarnya untuk memberi peluang untuk akar umbi berbahas. Beliau sebagai Ketua Pemuda akan menggulung dan menjawab segala rintihan dan masalah.
9-Mewujudkan rangkaian persahabatan orang muda antara UMNO dan mereka yang tidak cenderung untuk memasuki mana-mana parti politik. Golongan muda ini termasuk kakitangan kerajaan, pekerja kilang, professional muda, dan lain-lain. Beliau juga mencadangkan perjumpaan di dalam Dewan atau Halltown Meeting dimana semua lapisan masyarakat dapat berkongsi dan mendengar idea.
10-Semasa di dalam Biro Pendidikan Pemuda ,beliau telah membangunkan Pusat Tuisyen Emas 2002 secara percuma untuk subjek kritikal seperti matematik Tambahan,English ,Fizik ,Kimia di daerah seperti Tanah Merah ,Dungun ,Kuala Pilah ,dan Rembau
11-Mencadangkan wujudkan debat terbuka dan isi utama debat ialah untuk UMNO mendekati rakyat dan seterusnya meluaskan pengaruh UMNO.
Pada pengamatan saya berkenaan pendekatan setiakawan yang diperkenalkan oleh KJ walau apapun orang cakap lebih liberal tetapi bagi saya lebih penting ia mampu menarik sokongan orang muda selepas Mac 2009 ini .
Pemuda UMNO harus mengikut arus pemikiran masyarakat muda sekarang dan strategi Pemuda sekarang tidak harus di takut lama dan perlu berubah . KJ mahu mewujudkan rangkaian dengan orang muda yang level pekerja muda industri, ustaz2 muda ,usahawan muda, professional muda yang tidak mahu menyertai mana-mana parti politik . Jika kita kaji apabila ia dilaksanakan pendekatan ini ia mampu memperoleh hasilnya dan akan diterjemahkan dalam PRU 13. Kita tidak boleh memaksa orang menyertai politik tetapi jika kita dekat dengan mereka malah membantu ,tak mustahil mereka akan membantu kita dalam bentuk undi nanti .
Jika kita lihat kepada angka 5 juta pengundi muda ,tetapi ahli pemuda UMNO hanya 700,000 orang ahli , Maka, perlu ada suatu usaha mendampingi secara konsisten golongan ini yang mungkin mahu menyokong UMNO tetapi selama ini merasakan bahawa parti itu tidak pernah melangkau keluar dan mendekati mereka, Ahli parti akan berkurang ,tetapi bilangan pengundi bertambah setiap penggal . Itu yang kita harus fikirkan ..
KJ is not the typical politician
Saya selalu mendengar kata-kata ini “ KJ is not the typical politician..". di mana –mana bila orang cakap mengenai KJ .
“Dan selepas bertahun-tahun menganggotai Kabinet saya fikir beliau sepatutnya arif dengan bagaimana sesebuah kerajaan itu dipimpin.Malangnya,sejak mula lagi,dia lebih bergantung pada keputusan keluarga dalam menentukan sesuatu dasar kerajaan,terutamanya Khairy Jamaludin,menantunya.Kerajaan yang sepatutnya milik rakyat sudah bertukar menjadi milik peribadi dan keluarganya..” Tun Mahathir
Saya pernah mendengar cerita mengenai KJ yang berani berdepan bertanya soalan kepada Tun semasa study di UK dahulu . Adakah sebab itu Tun terus berdendam kepada anak muda ini sehingga hari ini ? Sifat berani dan agresif yang ada pada anak muda ini cukup susah dan sukar di cari dalam Pemuda UMNO yang banyak mengampu dan bodek sahaja zaman ini .
Adakah anda masih ingat lagi bagaimana Khairy bersama-sama geng Pemuda seperti Idris Harun ,Abd Rahman Dahlan ,Ustaz Firdaus ,Shamsul Nasarah ‘merempuh’tempat Condolezza Rice ,Setiausaha Amerika di Kuala Lumpur dahulu untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika .Malangnya atas usaha anak muda berani ini ,bukan tepukan yang diterimanya.Pemimpin UMNO sendiri meluat dan menganggap Khairy budak nakal malah yang cakap Khairy tidak matang. Pada pandangan saya, KJ adalah lebih berani dari ahli-ahli akademik dan pemimpin2 yang hanya mengutuk Amerika dalam suratkhbar dan forum tak ada makna pun .Kj ini adalah jenis orang yang suka berdepan Face to face bukan main sembang belakang dan di kedai kopi .
Mungkin inilah yang membuatkan orang tidak sukakan termasuk rakan saya sendiri . Khairy.Mereka merasakan Khairy terlalu bongkak dan gelojoh .Pelik orang kita.
Tun Mahathir boleh hentam Pak Lah sesuka hati,Mukhriz boleh ugut Pak Lah resign , Muhydin pulak kalut suruh percepatkan peralihan kuasa kerana akar umbi sudah suruh …MCA dan Gerakan boleh kritik UMNO…Hindraf boleh buat kacau rumah terbuka Hari Raya PM ,Anwar dok gempaq satu dunia mahu rampas kuasa dengan lompat parti …mengapa KJ tak boleh pulak???
Khairy antara pemimpin pelapis yang ada auranya tersendiri.Kenapa perlu dicantas atas sebab-sebab yang remeh.. Sekarang ini setelah Pak Lah mengumumkan peralihan kuasa pada Mac 2009 ,KJ kini boleh bergerak dengan kekuatan sendiri tetapi ada juga segelintir manusia dok cakap KJ ini berlagak dan ego . Sepatutnya kita bangga KJ mendaki atas kekuatan dan jati sendiri bukan seperti Muhkriz bergantung kepada bapa dia .Kalau hebat sangat Muhkriz ini yang dikatakan ada aura ,mengapa perlu bapa dia susah-susah promosi anak dia dan mengutuk KJ ??
Saya juga pernah dengar cerita mengenai Firaun yang sifatnya akan membunuh siapa sahaja yang mencabarnya. Hari ini adakah Che det mahu mengikut jejak firaun dengan membunuh karier politik anak muda ini ??Boleh ke Mahathir buktikan budak nakal yang bernama KJ ini menguasai pemimpin Tingkat 5 ?
Saya kadang-kadang hairan kenapa ramai orang menanam semangat kebencian terhadap saudara seagama dan sebangsa malah satu aliran perjuangan hanya kerana sanggup jadi proksi Mahathir yang mahu anak dia jadi PM juga . Jika siapa mempertahankan Pak lah dan KJ ,maka orang itu juga akan menerima nasib yang sama seperti KJ dan Pak lah .
Anda pernah tengok di dalam You Tube bagaimana anak muda ini berdepan dengan Veteran Opposition seperti Karpal Sigh ,Lim Kit Siang termasuk juga Wee chee keong dan lain-lain . KJ walaupun pertama kali menjadi MP ,tetapi gaya da karismanya lebih hebat dari Menteri2 lain berdepan dengan pembangkang .
KJ adalah pemimpin muda yang tidak boleh dipandang sebelah mata ,dan hanya orang seperti mahthir tahu kehadiran anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah dan beliau tentu sudah lama memerhati gerak geri anak muda ini dan dia harus diawasi .
HIDUP KJ!!!!
ReplyDelete