Pages

Tuesday, November 25, 2008

Khir,Muhkriz ..siapa yang mahu melantik mereka ini menteri? adakah syok sendiri..


BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tiba-tiba mengulangi hasratnya, tidak mahu menjadi anggota kabinet, jika menang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Ulangan percakapannya itu, dibuat selepas beberapa bulan yang lalu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor ini menolak tawaran menganggotai kabinet.

Dr. Mohamad Khir terpaksa mengulangi janjinya itu kerana, seorang lagi calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir juga bercakap soal yang sama, tidak mahu menjadi Menteri, kalau menang jawatan Ketua Pemuda.

Mereka berdua seolah-olah sepakat. Sama-sama tidak mahu menjadi Menteri. Baguslah! Cuma, siapa yang nak tawarkan jawatan itu kepada mereka berdua? Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hendak melantik mereka menjadi Menteri? Kalau tidak ada tawaran, kenapa seorang tidak mahu dan seorang lagi menolak?

Bukankah elok, kedua-duanya bercakap soal-soal parti, ketuanan Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu dan perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan ramai. Kenapa hendak bercakap soal yang tidak akan kena mengena dengan mereka, jauh sekali mereka sudah ditawarkan jawatan oleh mana-mana Perdana Menteri.

Dr. Mohamad Khir pernah mahu merubah sejarah kelahiran Umno yang didakwanya dilahirkan di Selangor dan bukan Johor. Maka, lihatlah sejarah Umno dan Pemuda Umno secara betul. Bukan semua Ketua Pemuda Umno dilantik menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, kalau cerdik tidak boleh diikut… beginilah jadinya calon-calon yang hendak menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Bercakaplah benda dan perkara yang wujud dan jangan bercakap benda dan perkara yang tidak perlu diperkatakan. Untuk apa semua itu? Adakah dengan menolak jawatan, mereka mahu membuktikan mereka hebat dan ikhlas?

Atau Dr. Mohamad Khir dan Mukhriz menyindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menerima perlantikan menjadi Menteri, ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyebabkan Umno lemah?

Memetik kata-kata Mukhriz ketika mengatakan dia tidak mahu menjadi Menteri kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Barangkali Mukhriz tidak nampak Hishammuddin yang masih memegang jawatan Ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, telah gagal menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Dr. Mohamad Khir pula mengatakan, Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan. “Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu,”

Mungkin Dr. Mohamad Khir nampak Pemuda Umno di bawah kepimpinan seorang yang berjawatan Menteri tidak berani dan terhad kerana banyak halangan hingga menjejaskan pergerakan itu. Mudah-mudahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini mendapat respon dari Hishammuddin kerana Hishammuddin tidak dikagumi oleh kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, mungkin kerana Hishammuddin menyandang jawatan Kabinet.

Malahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, bolehlah (jika ianya baik) diguna pakai oleh calon-calon Naib Presiden Umno, Ahli-Ahli MT, Ketua Pergerakan Puteri dan Wanita, supaya jangan menerima tawaran menyertai cabinet, dikhuatiri menjadi tidak cukup berani, terhad dan banyak halangan untuk bergerak dan berjuang.

Jika inilah tahap pemikiran calon Ketua Pergerakan Pemuda, dengan alasan memegang jawatan kabinet menjadikan mereka terhalang daripada meneruskan perjuangan, malangnya bagi Pergerakan Pemuda Umno yang menyokong mereka berdua.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini ingin memberitahu, semua penyandang jawatan Menteri dalam Kabinet yang ada hari ini, tidak berani menyampaikan suara akar umbi kerana halangan jawatan mereka itu.

Hanya mereka berdua sahajalah kononnya yang mampu memperjuangkan Umno tanpa jawatan dalam kabinet. Siapa sebenarnya yang hendak menawarka jawatan kabinet kepada mereka ini? Dr. Mohamad Khir jangan ‘bergurau’ kerana dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor yang merupakan jawatan yang cukup besar dalam usianya yang cukup muda, tetapi telah memusnahkan harapan Umno dan BN di Selangor.

Sedarkan dia sekarang, dengan pelbagai isu yang melanda Selangor, termasuk apa yang berlaku dalam PKNS, sebenarnya airmata orang-orang Melayu yang dikecewakan oleh Dr. Mohamad Khir. Jika Dr. Mohamad Khir tidak mempersenda-sendakan ‘isu penyapu’ dan ‘makan tempe’, hari ini Umno dan BN masih berkuasa di Selangor.

Isu banjir di Shah Alam dan pengondolan bukit-bukit di Selangor yang Dr. Mohamad Khir harus bertanggungjawab juga sebenarnya sedikit sebanyak membantu Umno dan BN di Selangor hancur. Adakah Dr. Mohamad Khir mahu bangkir dengan Pemuda Umno sekarang atau, dalam hatinya mahu menghancurkan Pergerakan Pemuda Umno yang sudah semakin gemilang sekarang!

Bekerjalah sekarang kerana sekarang tiada jawatan Kabinet. Kuatkan Umno dan Pemuda Umno di Selangor terlebih dahulu sebelum menjelajah ke seluruh bahagian-bahagian ‘membahagi-bahagikan’ tempe untuk semua Pemuda Umno menjadi ‘putih’ seputih pipi Dr. Mohamad Khir.

Oleh Zainal Yusof KPMU.net

2 comments:

  1. Tepat..sungguh tepat!
    Before talking about Cabinet, kena menang dulu ye.
    Tauke-tauke meletak KJ ni sebagai underdog, tapi mereka tak jual, hanya beli...

    ReplyDelete
  2. betul bro , jangan cakap mahu jawatan menteri ..perlu melepasi ujian ini dahulu .

    ReplyDelete