Pages

Friday, October 10, 2008

Siapa patut diam - Tun atau Abdullah ?





Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu ‘diam’ mulai sekarang hingga Mac tahun depan. “Diam,” jawabnya ringkas ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui dia gembira apabila jangkaannya silap bahawa Abdullah tidak akan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Katanya, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan teraju kepemimpinan negara

Ulasan :
1. Siapa yang sepatutnya diam :-

a) Pak Lah masih Perdana Menteri Malaysia sehingga Mac dan apa juga kemungkinan boleh berlaku dalam politik, jangan terlalu pasti Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri selepas Mac ini.

Tun Mahathir sepatutnya diam kerana beliau bukanlah Perdana Menteri dan bukan Presiden UMNO malahan bukan juga ahli UMNO. Sebagai Mantan Perdana Menteri yang telah bersara Tun tidak perlu mencampuri urusan UMNO, biar ahli dan pemimpin UMNO yang menentukan jalan cerita UMNO. Tun yang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO eloklah tumpukan kepada pertandingan ini dan memastikan boneka Tun berjaya melepasi pencalonan kerana angin-angin akar umbi telah memberi isyarat bahawa boneka Tun tidak akan lepas pencalonan Ketua Pemuda UMNO.

b) Tun telah banyak merosakkan UMNO kerana dendam terhadap Abdullah, sekarang Abdullah telah mengumumkan untuk tidak mempertahanakan kerusi Presiden UMNO, apa lagi yang Tun mahu kerana Abdullah yang dianggap musuh no 1 beliau tidak akan pertahankan jawatan. Apa lagi yang Tun mahu…. Diamlah………. jangan ganggu UMNO lagi.

www.kpmu.net

p/s Tun memang telah banyak merosakkan UMNO sejak projek jambatan bengkok tidak dilaksankan maka bermula dendam kesumat dan menjadikan Pak Lah MUSUH NO 1 beliau dan bukan lagi DSAI. Belia yg pecahbelahkan ahli2 UMNO dan kini ada lagi soldadu dia dalam UMNO iaitu Muhkriz. Kita lihat samada Tun akan menang Ketua Pemuda UMNO walaupun beliau tidak bertanding tetapi anak suruhannya ini nanti menjadi senjatanya pulak menentang Najib pulak .

2 comments:

  1. hg prefer sapa??muhkriz atau KJ..??

    kalu hg tgk najwan halimi dia pilih KJ..calon favourite.

    Muhkriz nampk keikhlasan dia dlm perjuangan..tapi KJ..ni entah la..mcm nk mengaut kekayaan ja..dr kuasa dimiliki.

    ReplyDelete
  2. aku prefer kepada KJ ..KJ adalah calon favourite dlm Pemuda UMNO .Kj adalah calon popular dalam UMNO spt Anwar yang popular dikalangan rakyat.

    terdapat persamaan antara KJ da Anwar iaitu mereka ini sentiasa menjadi bahan kontroversi dengan pelbagai isu tetapi seperti kata2 Pak Habib jika 1 juta orang membenci KJ ,terdapat 1 juta lagi yg menyokong .

    muhkriz bg aku terlalu mengikut telunjuk bapa dia dan aku meliha pada masa depan jika Muhkriz terpilih menjadi Ketua Pemuda,Najib akan menghadapi banyak masalah . Tun pun sekarang ini tidak suka dengan Najib dan mengkritik Najib cukup hebat dan tak mustahil anak dia akan jadi pengkritik Presiden UMNO nanti .

    ReplyDelete