Pages

Sunday, September 7, 2008

Mukriz bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'Berani Berubah'



Pejuang Bangsa menyambut baik hasrat Datuk Mukriz untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO yang mahu mengembalikan semula martabat Pemuda UMNO di kalangan golongan muda.

Saya cukup tertarik dengan 4 perkara penting yang dijadikan landasan oleh Datuk Muhkriz untuk mendapat sokongan perwakilan iaitu

1-Membuka seluas-luasnya keahlian pemuda dalam UMNO

2-Memberi suntikan semangat perjuangan orang Melayu dikalangan generasi muda

3-Menyelesaikan masalah rakyat peringkat akar umbi terutama gologan muda

4-Menentukan hala tuju parti mengikut kehendak golongan muda masa kini .




Sebenarnya 4 perkara penting ini adalah sama seperti kehendak saya dan ia merupakan kehendak majoriti golongan muda khususnya dalam UMNO sendiri. Mengenai keahlian ini saya sendiri pernah menyebut di dalam blog ini ketika mensyuarat cawangan kampung saya sendiri mengenai kurangnya keahlian dari golongan muda.Golongan muda bukan tidak berminat kepada UMNO tetapi kenapa mereka yang memasang poster,konvoi bermotorsikal dan sebagainya ini tidak berdaftar keahlian dengan Pemuda UMNO walhal mereka sudah menunjukkan minat menyertai UMNO.Adakah kerana orang dalam Pemuda UMNO sendiri takut hilang jawatan jika ramai orang baru menyertai UMNO ?? Ini yang menjadi masalahnya dalam UMNO sendiri dan usaha Dato Muhkriz saya amat mengalu-alukan untuk menarik semula golongan muda ke dalam UMNO .



Signifikannya jika Datuk Muhkriz menang dalam pertandingan ini ,kemungkinan orang UMNO sendiri yang boikot menyokong UMNO dan penyokong Tun Dr Mahathir dalam PRU 12 akan kembali semula menyokong UMNO kerana mereka ini mahukan pembaharuan dan reformasi di dalam UMNO sendiri .Pejuang Bangsa menyokong penuh Datuk Mukriz Tun Mahathir bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia .


"Kita perlu kembali pada perjuangan asal UMNO dan BN dengan sanggup buat perubahan yang mampu mengembalikan keyakinan semula orang Melayu secara khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhan, kita juga perlu bersihkan diri dari sifat terkeji, mesti amanah, jujur, cakap benar, menepati masa dan ikhlas dalam perjuangan,"

Datuk Muhkriz Tun Mahathir

1 comment:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    anak mahathir yang berjiwa mahathir... biar orang macam nie lawan pembangkang yang kini hanya bergantung padda anwar aje.

    ReplyDelete