Pages
▼
Thursday, September 25, 2008
Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi
Dr Novandri Hasan Basri
Berita 'paling gila'. Itulah antara berita utama Utusan Malaysia hari ini.
Dan kenyataan itu daripada Perdana Menteri sendiri apabila ditanya mengenai kewujudan 'orang tengah' Anwar Ibrahim yang sedang berbincang dengan 'orang tengah' Pak Lah mengenai peralihan kuasa BN kepada parti pembangkang.
Penulis pun terkejut dengan berita 'orang tengah' itu yang disiarkan oleh Agence France-Presse (AFP) satu portal media antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia.
Yang menimbulkan keraguan ialah bagaimanakah AFP dapat menyiarkan berita itu walau pun ianya tidak dapat disahkan, berat sebelah dan tidak valid ?
Kenapakah agensi luar negeri begitu berminat menyiarkan mimpi Anwar Ibrahim dan sanggup menggadai kredibiliti dan nama baik agensi berita mereka?
Apakah ianya kena mengena dengan 'hubungan istimewa' Anwar Ibrahim dengan beberapa pemimpin luar negeri atau pun pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS)?
Ikutilah :-
PUTRAJAYA 23 Okt: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, menyifatkan laporan agensi berita asing AFP kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.
Perdana Menteri berkata, agensi berita asing itu sepatutnya berfikir sebelum membuat dan menyiarkan laporan seumpama itu.
"Itu laporan paling gila yang saya pernah dengar. Apa yang buat laporan seperti itu, anda patut fikir dulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam
No comments:
Post a Comment