Datuk Anifah Anifah mengakui kenyataan dan ungkapan yang dicanangkan Anwar begitu menghiris hati perasaan keluarganya. Juga seluruh rakyat Sabah. ”Begitu hinanya kami di mata penduduk Semenanjung, di mata pengundi Permatang Pauh. ”Kami bukannya barang untuk dijual beli, boleh beli di kaki lima. Kami tidak dahagakan duit, kemaruk kuasa.”
Tersentuh hati bila mendengar kata Anifah Aman yang mewakil Ahli Parlimen Sabah dan juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Sabah Salah Datuk Anifah Aman. Beliau muncul di Permatang Pauh tengah malam kelmarin hanya dengan satu niat - untuk memperjelaskan satu kekeliruan besar kepada pengundi Permatang Pauh. Jangan sesekali terpengaruh dan terpedaya dengan dakwaan wakil rakyat Sabah akan lompat parti pada 16 September ini.
”(Naib Presiden PKR, Datuk Dr.) Jeffrey Kitingan kata 13 Ahli Parlimen Sabah, kalau itu dicakapkannya maknanya saya juga ‘termasuk’ kerana saya Ahli Parlimen UMNO,” kata Anifah yang ditemui di Permatang
Pauh semalam.Anifah mengakui kenyataan dan ungkapan yang dicanangkan Anwar begitu menghiris hati perasaan keluarganya. Juga seluruh rakyat Sabah.
”Begitu hinanya kami di mata penduduk Semenanjung, di mata pengundi Permatang Pauh.”Kami bukannya barang untuk dijual beli, boleh beli di kaki lima. Kami tidak dahagakan duit, kemaruk kuasa,” katanya.Anifah
menceritakan bagaimana tempias kenyataan Anwar tentang 30 wakil BN terutama dari Sabah akan melompat parti telah terpalit pada maruah keluarganya.”Anak-anak saya di sekolah ditanya benarkah bapa kau nak lompat parti, apalah bapa kau ni,” ujar Anifah dalam nada meninggi. Bagi Anifah, andaian terdapat wakil-wakil rakyat Sabah akan lompat ke parti
pembangkang mungkin ada kaitan dengan kelantangan mereka memperjuangkan nasib rakyat Sabah di Dewan Rakyat.
”Suara lantang kami di Parlimen semata-mata untuk mengutarakan isu-isu rakyat Sabah bagi diketengah dan diselesaikan. Ini bukan bererti suara lantang untuk lompat parti. ‘Pada kami, hanya BN sahaja yang dapat membawa pembangunan. Mungkin kami (Sabah) agak ketinggalan (pembangunannya) berbanding rakan-rakan di Semenanjung tetapi ia disebabkan kerana dulu kita berada dalam pembangkang,” katanya.
Anifah tidak dapat menyembunyikan rasa hairan dan dukacita beliau kerana Anwar sedikit sebanyak berjaya menimbulkan keraguan dan syak wasangka bukan sahaja di kalangan parti-parti komponen BN tetapi
kepada penduduk Permatang Pauh. ”Saya hanya mampu menahan geram apabila melihat sepanduk ‘dari Permatang Pauh ke Putrajaya.”Sedangkan ia satu pembohongan besar dan pengkhianatan dahsyat kepada penduduk Sabah. Anwar berdosa kepada Ahli Parlimen Sabah,” katanya.
Anifah mempersoalkan di kala Anwar begitu ghairah memutarkan cita-citanya itu, di mana pula pendirian DAP dalam isu itu? DAP kononnya memperjuangkan kerajaan yang telus, bersih dan bebas rasuah
tetapi apabila bercakap soal lompat parti, ia membisu seribu bahasa, katanya.”Bukankah apabila anda beli wakil rakyat, ia juga berkaitan isu moral, tidak setakat menghina Parlimen, rasuah dan ketidak telusan.
Bukankah itu Lim Guan Eng?
Kepada penduduk Permatang Pauh, Anifah berpesan: “Kita tidak boleh terima bulat-bulat, timbang-timbangkanlah. Jika anda mengiyakan bahawa kami akan melompat parti, fikirkanlah di mana maruah kami hendak diletakkan, maruah anak dan isteri-isteri kami.”
No comments:
Post a Comment