Pages
▼
Sunday, August 17, 2008
Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Saya yang berada dalam ribuan penyokong BN sudah masak dengan gelagat kurang ajar dan biadab penyokong PKR . PRU12 itu teruk juga tetapi ini lagi dahsyat dengan perlakuan depan mata raba wanita , maki hamun , dan ludah. Sudahlah jalan dari yayasan aman ke maktab bainun disekat dan siapa yang memakai baju BN pasti akan kena maki dan diganggu. Nasib baik saya melalui jalan dekat dan terus ke tempat penyokong BN di sek keb mengkuang dan bersama ribuan penyokong BN dari Melaka, Selangor , IPF ,Gerakan PP,KL,Kepala Batas,Kedah dan pemimpin BN diketuai TPM Dato Seri Najib. Tetapi saya puji penyokong BN kerana terdapat penyokong PKR yang datang dari arah jalan Berapit dan Sg Lembu ,mereka tidak pun menggangu mereka jalan masuk untuk ke maktab bainun berlainan pula dengan PKR yang menghalang dan menakutkan penyokong BN datang dari arah Penanti .Ini yang menyebabkan bilangan penyokong kita kurang berbanding mereka yang datang dari seluruh negara ke Permatang Pauh.
Kenyataan Datuk Shahrizat yang mengatakan inilah suasana pilihanraya kecil yang paling teruk semasa proses penamaan calon .Semasa calon BN berarak masuk melalui jalan ke maktab bainun yang dikiri dan kanan dikelilingi penyokong PKR terus maki hamun pemimpin kita dengan macam2. Hairan melihat Husam Musa duduk ditepi tidak menyuruh penyokong2 mereka supaya tenang dan hanya senyum sahaja . Inikah pemimpin Islam !!!! Islam tidak pernah mengajar maki hamun sesama Islam .
Jika bilangan penyokong memang mereka lebih ramai lagi tetapi semangat penyokong UMNO terutama tidak luntur kerana pilihanraya ini adalah peluang untuk orang Melayu mengajar Pakatan Rakyat .Semasa di padang maktab, sememangnya kutuk mengutuk akan berlaku . kata2 ' liwat tetap liwat ' oleh penyokong BN dibalas reformasi oleh penyokong PKR. Selain itu ,nyanyian lagu Barisan Kita, UMNO mengiringi barisan depan pejuang melayu sambil memegang panji2 UMNO dan BN .
Cuma yang saya ingin kongsi bersama ialah satu kejadian pelik berlaku di padang maktab tuanku bainun .tepat jam 12 tengahari yang sepatutnya panas terik dari pagi tadi lagi sudah mendung ,angin cukup kuat dan guruh mula berdentum .Hujan yang turun lebat setelah berapa minggu tidak turun hanya membasahi kawasan padang hingga ke sek men keb mengkuang. Tetapi hujan tidak di kawasan dewan aminuddin baki dan khemah pemimpin BN . Cakap-cakap orang tua yang saya sembang mereka juga pelik dengan kejadian ini dan tidak pernah berlaku sebelum ini .Saya juga turut basah kuyup dan berteduh di sek men keb mengkuang .Apakah ini petanda @ sebalik dan lebih mudah juga hujan rahmat ?
Selepas penamaan calon ini maka bermulalah Perang Permatang Pauh iaitu mampukan BN bangkit dengan semangat Melayu bersama2 pejuang UMNO Permatang Pauh menentang PKR yang bertahan di kubu kuat mereka .Bilik gerakan sudah digerakkan di setiap pelusuk Permatang Pauh , Rumah UMNO bahagian juga tidak sunyi lagi dan suasana cukup menggambarkan bahang sudah terasa. Unit keselamatan UMNO juga telah digerakkan semalam dengan jaket hitam segak meronda dan megnawasi kawasan sekitar Permatang Pauh .
bersambung lagi dari Pemuda Permatang Pauh .
No comments:
Post a Comment