Pages

Wednesday, August 20, 2008

Kempen Terus Ganas -sepanduk dan bendera dibakar


Oleh Adnil Mohd

Permatang Pauh – Kempen ganas yang bermula ketika proses penamaan calon Sabtu lalu berterusan lagi apabila sepanduk besar “Undilah Barisan Nasional” yang digantung pada jejantas Taman Tun Hussein di sini pagi tadi dibakar pihak tertentu.

Selain pelbagai ugutan yang digunakan untuk menghalang jentera BN berkempen, kejadian bakar sepanduk pagi tadi merupakan insiden melampau digunakan pihak tertentu menjelang hari pengundian 26 Ogos ini.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Tun Hussein, Rosmaini Haron berkata kejadian itu disedari tengahari tadi ketika pihaknya mahu mengalihkan sepanduk tersebut.

Selain sepanduk yang berukuran 15 X 12 kaki, katanya satu bendera BN juga turut dibakar.

Berikutan insiden itu tegas beliau lagi satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seberang Jaya petang tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian ini. Bagi kita mereka mesti bersikap adil untuk menggunakan ruang demokrasi bukan menghalalkan perbuatan khianat seumpama ini.

"Oleh itu kita berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak segera kerana kita khuatir kejadian lebih teruk akan berlaku lagi selepas ini terutama menjelang hari pengundian", katanya.

No comments:

Post a Comment