Pages

Monday, August 11, 2008

DAP tidak suka Melayu dan Islam bersatu


DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot."

Beliau berkata, ugutan Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tindakan terdesak.

"Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.



*** ini satu kenyataan biadab dan menghina oleh pemimpin DAP yang tidak mahu melihat melayu dan umat islam bersatu . Siapa yang nak bermain api ???? Majlis Peguam yang mahu bermain api kerana perkara ini cukup sensitif untuk dibincangkan .Amaran dari pelbagai pihak telah dibuat tetapi hendak diteruskan juga menunjukkan mereka mahu bermain API !!! Sedar la bangsa Melayu ,jangan la tertipu lagi oleh pemimpin DAP ini dan konco2 yang sentiasa mahu menghina dan mencampuri agama Islam .Ucapan terima kasih kepada YB Zulfikli Nordin ,YB Sallahudin Ayub kerana bersama2 NGO lain berhimpun membantah forum itu. Apabila isu agama kita diganggu jelas ada titik persamaan untuk bersatu . Hidup Melayu !!!

No comments:

Post a Comment