Pages

Wednesday, August 27, 2008

Anwar menang dalam misi yang gagal

Akhirnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Permatang Pauh walupun gagal dalam misi menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi.

Ternyata misi bersungguh Anwar dengan mengerahkan seluruh jentera PKR seluruh negara termasuk dari rakan pakatannya DAP dan Pas untuk menghilangkan wang deposit calon BN tidak kesampaian.

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

Ternyata tindakan Anwar untuk bertarung di dalam kandangnya sendiri tepat walaupun sebelum ini dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak atau Kulim/Bandar Baharu.

Hakikatnya juga walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kononnya sistem demokrasi di negara ini sudah mati sama sekali tidak berasas.

Kemenangan Anwar juga membuktikan tiada manipulasi dari segi perjalanan demokrasi di negara ini seperti sering yang dilemparkan.

Sumber : www.pemudaumno.org

No comments:

Post a Comment