Pages
▼
Sunday, August 3, 2008
Anwar memang bukan pejuang sejati - Ezam
KLANG 2 Ogos - Keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan yang paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh membuktikan yang beliau bukan pejuang sejati seperti yang disangkakan penyokongnya selama ini.Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, dengan memilih kawasan selamat, Anwar juga secara tidak langsung menunjukkan yang beliau tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri.
''Selama ini orang semua kata Anwar ini seorang pejuang sejati atau pendekar dan saya pun dulu percayalah dia betul-betul pejuang. Tetapi semalam dia memang bukan pendekar... dia dah tunjuk dirinya yang sebenar.''Kalau betul dia pendekar dia tak menyorok di kawasan selamat. Kalau dia pendekar dia sepatutnya pergi ke tempat paling sukar untuk menang dan di situlah tempat dia turun dan bertanding," katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam tadi.
Kelmarin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.
Surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Ezam sekali lagi menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan Anwar pada pilihan raya kecil itu sama ada dia dicalonkan atau tidak.
"Kalau tanya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar, saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak.
"Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan.
"Jangan nak cabar saya kerana saya adalah pejuang dan saya akan lawan," katanya.
Mohamad Ezam juga mengingatkan orang India dan Cina supaya berhati-hati dengan Anwar.
"Anwar ini jenis manusia yang hari ini cakap lain, semalam buat lain.
"Dia sanggup gadaikan negara dan biadab dengan bangsa sendiri hanya semata-mata untuk berkuasa dan mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri," ujar beliau.
No comments:
Post a Comment