Pages

Sunday, July 20, 2008

Mesyuarat Umno Cawangan bermula ...




inilah kali pertama saya terlibat dengan mesyuarat peringkat UMNO cawangan di bahagian permatang pauh . sebagai ahli pemuda ,mesti la melalui mensyuarat pemuda cawangan terlebih dahulu. jelas seperti yang abah saya beritahu tiada apa2 pertandingan ,semua dicalon dan disokong terus sebulat suara setuju. nama2 untuk peringkat bahagian pun kita tidak kenal tetapi nama itu di bagi dalam sekeping kertas terus dicadangkan . Walau bagaimanapun , ini diperingkat cawangan dan perkara ini sudah biasa dari dahulu dalam perlantikan jawatan ..jika dia rajin dan buat kerja ,namanya akan dicadangkan untuk jawatan AJK .

cuma apa yang saya hendak sentuh ini ialah senario sekarang sudah berubah di negeri2 yang ditawan pembangkang seperti cawangan saya di kubu kuat PKR . ada usul dari pemuda yang mengatakan dulu kita kita mensyuarat dalam dewan dan bangunan ,kini cuma di dalam khemah sahaja. pemohonan untuk menyewa dewan PPK kampung pun ditolak dan mungkin bos baru PPK adalah orang PKR . Jelas inilah antara kesan selepas PRU 12 kepada ahli2 umno yang selama ini selesa dan kini mensyuarat cuma dalam khemah sahaja.

saya cukup tertarik dengan semasa usul yang dicadangkan oleh wakil pemuda yang mengkritik dengan kritikan untuk menyedarkan ahli2 selepas PRU 12 ..kita tidak menjalankan kerja2 dengan baik ,meraih undi dan sebagainya .. .beliau juga turut mengkitik pemimpin2 UMNO yang berlagak dengan status elit mereka ,dengan kereta2 besar dan ia menyerlahkan lagi tanggapan rakyat yang mengatakan UMNO hanya untuk golongan elit2 .

saya juga turut mengemukakan usul agar UMNO bahagian menarik lebih ramai keanggotan ahli dari golongan muda terutama dalam pemuda dan puteri .antara faktor kekalahan UMNO dan BN adalah undi dari pengundi muda . untuk cawangan saya sendiri pun pemuda yang hadir adalah 15 orang ..hanya 15 orang ini yang buat kerjasemasa pilihanraya dulu..jadi jawatan2 AJK dan lain2 dipenuhi oleh orang yang sama sahaja . apa yang saya lihat UMNO perlu berubah dari peringkat akar umbi seperti peringat cawangan ini. tangisan dari Tuan Haji selaku Ketua cawangan sememangnya dijangka melihat keadaan senario yang berlaku sekarang ..saya menghormati beliau dan perjuangan mereka dari dahulu dengan Arwah tok wan saya ialah untuk pertahan PP dari jatuh ke tgn DAP dan ia berlaku juga akhirnya ia berlaku juga hari ini.

bagi saya , tarikh 20/7/2008 akan bermulanya perjuangan saya dalam UMNO . Dengan penerimaan surat yang berserta no ahli UMNO iaitu 04029745 dari UMNO Pusat maka bermula la perjalanan karier politik saya dan meneruskan tradisi perjuangan datuk nenek berjuang di dalam parti kebanggaan bangsa Melayu ini iaitu UMNO .

Generasi Pejuang Bangsa akan meneruskan perjuangan membela Bangsa,Agama dan Negara

UMNO Dulu ,KINI dan Selamanya

BERSATU ,SETIA ,BERKHIDMAT

1 comment:

  1. Golongan muda dan profesional sudah tidak melihat umno sebagai wadah perjuangan..kerana umno dikelilingi org elit,kaya .Senario sudah dijangka sebelum PRU..golongan profesional seprti doctor ,engineer di kilang sudah lama meninggalkan umno..ini kenyataan.Mahasiswa IPTA hampir 70% pro Pakatan .. mereka terdedah dgn maklumat email ,blog dan website ..dan sememangnya tahu apa berlaku di msia...mungkin gol veteren dan org lama..belum mampu utk mendpt maklumat yg tepat.

    ReplyDelete