Pages
▼
Saturday, June 14, 2008
Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkang Terserlah
Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkang Terserlah
Posted on Friday, June 13 @ 19:37:01 MYT
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Nampaknya pemimpin-pemimpin parti pembangkang betul-betul mahu menjadi jaguh di mata rakyat dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Mereka bukan sahaja lantang mengecam tindakan serta langkah-langkah yang dilakukan kerajaan bagi menangani kenaikan global harga minyak ini malah cuba menunjukkan kejantanan mereka memimpin demonstrasi jalanan yang sememangnya sudah cukup sebati dengan jiwa mereka.
Pelbagai bentuk demostrasi telah diatur juga sudah banyak program ceramah telah dirancang di merata-rata tempat semata-mata mahu mencuri peluang menyerang kerajaan dalam isu minyak seterusnya meraih populariti.
Pemimpin-pemimpin pembangkang ini cukup hebat berhujah terutama di hadapan para penyokong mereka. Bermacam-macam teori dikeluarkan dan berbagai-bagai dalil diucapkan.
Malang kehebatan mereka ini gagal diterjemahkan di gelanggang yang sepatutnya. Mereka bagai hilang suara, menjadi kurang cerdik dan teragak-agak, malu-malu kucing bila bertemu dengan ruas.
Inilah yang boleh dilihat dan dinilai rakyat apabila melihat gelagat ayam sabung mereka iaitu YB Salahuddin Ayub ketika dberi peluang berhujah di hadapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Datuk Shahrir Samad dalam satu program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 baru-baru ini.
Salahuddin bukan sahaja gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan idea yang bernas malah dilihat seringkali tersasar fakta. Ketua Pemuda Pas itu juga seperti bangkrap idea dan tergagap-gagap untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan moderator rancangan terbabit.
Kegagalan Salahuddin ini bukan sahaja mengecewakan rakyat yang menonton rancangan ini malah di kalangan penyokong beliau sendiri turut berasa malu.
Hakikatnya Salahuddin jelas kurang membuat persediaan dan gagal melihat fakta sebenar terutama dalam mengatakan betapa harga minyak di Malaysia mahal berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.
Mereka sering membuat perbandingan harga seliter minyak seperti berikut Indonesia=RM1.61, Iran-RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19 dan Mesir RM0.81.
Untuk Salahuddin, pemimpin-pemimpin pembangkang lain serta para penyokong mereka jika mereka mahu membuat perbandingan tersebut adalah lebih baik mereka meneliti fakta di bawah ini dan buatlah penilaian yang sewajarnya.
UAE
Jumlah Penduduk = 4,380,000 Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 107 tahun
Kuwait
Jumlah Penduduk = 2,851,000 Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 108 tahun
Saudi Arabia
Jumlah Penduduk = 24,735,000 Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari Umur simpanan = 81 tahun
Iran
Jumlah Penduduk = 71,208,000 Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari Umur simpanan = 74 tahun
Nigeria
Jumlah Penduduk = 148,093,000 Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari Umur simpanan = 43 tahun
Venezuela
Jumlah Penduduk = 27,877,000 Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari Umur simpanan = 91 tahun
Malaysia
Jumlah Penduduk = 27,452,091 Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari Umur simpanan = 33 tahun
No comments:
Post a Comment