Pages
▼
Tuesday, May 20, 2008
Tun Dr Mahathir keluar UMNO !!!
Seluruh negara dikejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir hari ini mengumumkan beliau Keluar Parti UMNO!
Mahathir yg telah memimpin UMNO dan kerajaan Malaysia selama 22 tahun menyatakan bahawa beliau hanya akan kembali menyertai UMNO sekiranya Abdullah Badawi tidak lagi memegang pucuk pimpinan UMNO. Beliau turut menyeru agar pimpinan UMNO disemua peringkat mengikuti jejak langkahnya TETAPI menegah mereka daripada menyertai parti lain.
"kita tunggu sehingga Pak Lah letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, lepas itu barulah kita sertai semula UMNO" kata Mahathir yg membuat pengumuman ini sebentar tadi semasa majlis dailog anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star dihadiri hampir 1,000 orang.
Tun Mahathir melangkah ke arena politik sebagai Ahli Parlimen Kota Setar Selatan tahun 1964. Bagaimanapun beliau tewas pada pilihanraya 1969 dan telah dipecat dari parti UMNO setelah mengkritik Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman. Mahathir akhirnya diterima kembali menyertai UMNO oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak dan berjaya memenangi kerusi parlimen Kubang Pasu pada tahun 1974. Selepas itu Mahathir diberi portfolio sebagai Menteri Pendidikan. Beberapa tahun selepas itu beliau diangkat menjadai Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Hussein Onn dan akhirnya dinobatkan sebagai sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.
Tindakan Tun Mahathir ini dilihat sebagai mahu memberikan tekanan kepada Pak Lah dan kita nantikan sambutannya sekira ada dikalangan pemimpin UMNO.
jangan kelam kabut sangat tentang keluarnya tun daripada parti umno. paklah keep cool bro. takda apa yang nak dirisaukan kerana sesuatu ' YANG PALING MENAKJUBKAN' akan berlaku kepada umno dalam masa yang terdekat ini..sumber2 dari blog yang boleh dipercayai ...
yang hanya pasti ' MORAL UMNO AKAN BANGKIT SEPERTI KISAH SAHABAT YANG TEWAS DI PERANG UHUD BANGKIT PADA PERANG KHANDAK' !!!!
Rasuah Politik Pasca PRU-12?
ReplyDeleteSaya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.
Layari Gerbang: http://www.rembau.net
Salam
ReplyDeleteSiapa taja Anwar PRU 12 ?
Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com