Pages

Saturday, May 17, 2008

Mutfi Perak pun kecam Karpal Singh, PAS bila lagi?

May 15th, 2008 oleh HangTuah · Tiada Ulasan
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria turut serta mengecam tindakan biadap Pengerusi DAP harbi, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Mufti Perak ini dilihat sebagai satu lagi pengikhtirafannya ke atas perlantikan Datuk Jamry sebagai Pengarah JAIP. Ini juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada Datuk Mohd. Nizar.

Kata-katanya yang berbunyi, ‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri”, seolah melihat bahawa kaum bukan Melayu semakin kurang ajar terhadap bangsa kita.

Sememangnya Datuk Seri Harusani seorang yang bijak dan dapat membaca percaturan politik sebenar Karpal Singh harbi apabila menyatakan, ‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan”. ‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.

‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.

‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya.

Lihat sahajalah bagaimana setiap rakyat di negara ini tanpa mengira pegangan politik sudah mula menyuarakan pendapat masing-masing.

Yang tinggal hanyalah PAS yang terus rela diperkuda dan diperbodohkan oleh DAP harbi. Kegelojohan PAS mendapatkan kuasa menyebabkan mereka mengamalkan prinsip “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”.

No comments:

Post a Comment