Pages

Wednesday, May 7, 2008

Mana Janji Manismu? Pemuda Selangor Pertikai Tindakan Tangguh Turun Cukai Pintu



Oleh Adnil Mohd

Selayang -- Pemuda UMNO Selangor hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menangguhkan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum lalu.

Ketuanya, YB Abdul Shkor Idrus berkata selain projek ratusan juta penternakan babi, setakat ini belum ada satu pun janji yang benar-benar dilaksanakan kerajaan negeri.

Beliau seterusnya melahirkan kekhuatiran terdapat banyak lagi alasan dan dolak dalih yang akan diberikan kerajaan negeri selepas ini dalam melaksanakan janji-janji mereka.

"Amat malang bagi penduduk Selangor yang sehingga hari ini masih belum menerima sebarang manfaat daripada kerajaan baru setelah tertarik dengan pelbagai janji yang ditawarkan pada pilihan raya umum lalu.

"Apa yang mereka benar-benar dapat hari ini hanyalah projek penternakan babi yang menelan belanja ratusan juta ringgit di Sepang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penangguhan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus oleh kerajaan negeri seperti dijanjikan sebelum ini, sebaliknya akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu berikutan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuang seterusnya berkata rakyat sudah semestinya tertanya-tanya kenapa projek ratusan juta penternakan babi menjadi keutamaan berbanding janji-janji lain yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.

"Kita bukannya mahu mempertikaikan hak kaum lain tetapi kenapakah projek tersebut begitu pantas mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri sedangkan janji mereka yang lain seperti penurunan cukai tanah ini ditangguhkan termasuk pemberian bekalan air percuma.

"Kita cukup sangsi apakah kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid duduk di bawah telunjuk DAP atau sebenar-benarnya menjadi kerajaan untuk rakyat", soalnyanya. Beliau turut menegaskan Pemuda negeri akan terus memainkan peranan untuk mendesak kerajaan negeri melaksanakan segala janjinya pada pilihanraya umum lalu.

"Kita akan desak mereka berpandukan manifesto yang dikemukakan kepada pengundi pada pilihan raya lalu. Kita bukannya mahu mencari populariti dan memanipualsi keadaan, sebaliknya memastikan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Selangor dilaksanakan.

"Apa yang kita harapkan penduduk sepakat dan berpadu tenaga bersama-sama dengan kita untuk menuntut perkara ini", ujarnya.

5 comments:

  1. Baru dua bulan ar beb takkan nak tunai semua sekali agak agak ar.... JAnji kerajaan Pusat dalam Manifesto BN baru baru nih ada tak yang dah tertunai satu pun tak tunai malah ungkit manifesto kerajaan negeri manifesto kerajaan pusat tak ungkit ke...x beranikan...hahahahaha.. tapi ade hikmah gak PR menang bagi pengajaran kalo tak pas pilihanraya mesti semua barang naik tanpa pk baik buruk..... tapi sekarang baru ar kerajjan guna otak...hahahahahahaha...tunggu je ar setahun ..jangan kecoh kecoh...tak tunai pilihanraya 13 boleh tukar.. tapi manifesto BN2004 semua tertunai ke pegi ar check tengok...wasalam...

    ReplyDelete
  2. kenapa sibuk sangat tentang janji kerajaan pakataan rakyat mereka baru saja memerintah berikan mereka masa untuk melaksanakan janji pasal babi semua orang dah tahu umno yang melangkah dahulu inilah tabie orang umno janji orang nampak janji umno sudahke di tunaikan beri penyapu itu adat orang melayuke muka lawa makan tempe adakahhh sekarang sibuk nak jadi ketua pemuda dan apa yang sudah awak lakukan di dun kuang tak perasanke mic,mca dan umnoo dah mula isiborang keadilan menang cuma satu saluran jangan berlagak kami akan membuat anda sakit gigi di pru13jaga kain sendiri cukuplah

    ReplyDelete
  3. saya rasa anda ni tak bace surat khabar lgsg la...tak pun memang tak nak bace sebab berita lebih banyak menyiarkan tentang masalah dalaman UMNO je...buat malu je...mane boleh kerajaan negeri selangor ini menunaikan semua janji dalam mase terdekat...sedangkan UMNO pun masih tidak dapat nak tunaikan semua janjinya dlm 50 tahun ni...kate UMNO nak bela nasib rakyat,taPi kenape la suke sangat naikkan harga barang? pelik aku...hipokrit sungguh pemimpin anda..hahahahaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Thor.. aku rasa lah kau meludah ke langit.. tak usah kau hanya menuding jari kepada pakatan PR yang pada pandangan kau tidak mampu melaksanakan manifesto.. pii gi dah.. poorahh..

    aku rasa kau juga sama... mungkin teruk dari itu.. sedarkah kau Thor.. sebelum kau menjadi YB kau adalah ahli majlis selayang.. siapakah yang memperkenalkan dan memaksa CUKAI PINTU yang zalim ini kepada penduduk kg tradisoanal di Kuang?? sispa thor.. kau lah dalangnya.. kau tidak ada langsung rasa mahu membela rakyat.. insaflah kau betapa penduduk kuang yg tua2.. nak mati pun kena bayar cukai pintu..

    lagi satu kau tengok kat kuang sendiri.. kg kau.. sebelum PR memerintah negara lori2 hantu membawa batu2 dari bukit ulu kuang bermaharaja lela... ratusan buah lori hantu sepanjang jalan kuang.. malah ramai yg dah hilang nyawa akibat dilanggar lori itu.. apabila penduduk membawa perkara ini kepada kau sebagai pemuda umno.. apa kau buat.. oleh kerana masa itu MB adalah khir toyo.. satu habok un tiada tindakan yg kau ambil.. kenapa thor??? apakah mungkin kau sendiri pun ada apa2 dgn tuan punya lori2 itu.???

    lagi thor... sekarang ini bila PR dah memerintah selangor.. tiba-tiba sahaja lori2 hantu dah hilang.. ghaib dgn sendirinya.. yg ada hanya lori sah sahaja yg membawa batu2 dari ulu kuang.. bukankah ini rahmat bagi kami sebagai penduduk Kuang.. tak payah buat aduan kepada MB Selangor PKR.. tup2 lori hantu dah hilang... kenapa Thor... kerana dulu semasa umno memerintah... org umno sendiri mungkin kau juga Thor sebagai tuan punya kepada lori-lori hantu ini...

    banyak lagi kalau aku nak tulis kat kuang ini... fikirlah.. apa sumbangan kau kat Kuang ini???? mungkin kau kata byk kau sumbang utk rakyat kuang.. tapi sebenatrnya Thor.. kau hanya bagi sumbangan kepada penyokong umno saja.. tidak kepada rakyat marhaen masih samar2 sumbangan kamu thor.....

    ReplyDelete
  5. STATEMENT YANG TIDAK CERDIK!!

    ReplyDelete