Pages
▼
Thursday, May 29, 2008
Ezam kembali ke UMNO - UMNO yang terbaik
Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang Rabu dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.
Abdullah dalam sidang media selepas pertemuan kita-kira setengah jam dengan Ezam berkata, kemasukan Ezam boleh memperkukuhkan perjuangan UMNO.
“Ya dia mohon untuk masuk UMNO… pada saya kalau masuk UMNO tentu akan membantu untuk kebaikan dan kekuatan UMNO kalau tidak buat apa masuk UMNO tentu ada niat untuk sama-sama berjuang dalam UMNO… UMNO parti politik bukan syarikat kalau syarikat tentu nak cari untung,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan-soalan wartawan berhubung hasil pertemuan beliau dengan Ezam yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Parlimen.
Menjelaskan kepada beberapa soalan, Abdullah berkata, Ezam ingin kembali kepada UMNO dan akan terus berjuang dalam parti sesuai dengan matlamat serta perjuangan parti itu.
Ditanya adakah Ezam akan menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada UMNO kerana beliau terlalu rapat dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah menjelaskan “ Tak de lah, saya ingat dia ikhlas…bila dia nak masuk saya terimalah dan borang yang diserahkan akan dihantar kepada cawangan berkenaan”.
Ditanya adakah Ezam akan diberikan tanggungjawab khusus untuk menawan semula Selangor, Abdullah menjelaskan, tiada tugas khusus diberikan kepada Ezam buat masa ini.
Kepada satu soalan apakah keistimewan Ezam hingga membawa kepada penerimaanya kembali semula ke UMNO, Presiden UMNO itu berkata “Keistimewaannya dia dah berada di kedua-dua parti dan akhirnya melihat UMNO lebih baik”.
Ditanya adakah akan ada bantahan khususnya dari Pemuda UMNO terhadap penerimaan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beliau berpendapat perkara itu tidak timbul.
No comments:
Post a Comment