MB Khalil yang takut kepada rakyat yang marah dan tidak mempunyai perasaan bertanggungjawab cuba mengalihkan kesalahan itu kepada MB Besar sebelumnya. Jika betullah MB Khalil seorang yang berani dan telus dia sepatutnya tidak cuba untuk menipu rakyat dengan mengatakan keputusan itu pernah dibuat oleh MB sebelumnya. Jika dia betul-betul ingin membela rakyat dan selepas mendengar bantahan daripada rakyat, dia sepatutnya tidak membenarkan projek itu diteruskan. Bukankah kerajaan pimpinannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat, apalah guna jika luahan rasa rakyat tidak mahu didengar. Pada masa yang sama nasib babi pula yang dibela, maka kita takut rakyat akan memanggil pakatan ini sebagai Pakatan Babi.
Kenapa pula projek seperti ini mendapat keutamaan kerajaan PR? Adakah babi menjadi agenda utama PR? Kenapa mesti dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira perasaan dan pendapat rakyat?
Siapa yang MB Khalil takutkan? Rakyat atau DAP kafir harbi?
MB Khalil dan semua Pakatan Rakyat sepatutnya mengubah mentaliti sebagai pembangkang yang suka menyalahkan orang lain. Mereka kini adalah kerajaan dan mestilah berani bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Ini tidak, budaya mencari salah orang masih menebal dalam hati mereka walaupun mereka telah berjaya membentuk kerajaan.
Saya rasa jika projek ini diteruskan oleh Pakatan Rakyat, maka ternyata PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan kaum mereka sahaja. Cuba anda bayangkan wang RM 100 juta itu disalurkan untuk memperkembangan ladang ayam dan lembu di Selangor. Sudah pasti harga-harga ayam dan daging yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini dapat dikurangkan.
Jika projek mega babi yang bernilai ratusan juta ringgit ini berjaya meraih keuntungan yang besar, adakah rakyat Selangor akan menerima hasil daripada perniagaan babi. Tidak hairan suatu hari nanti, wang kebajikan yang disalurkan kepada golongan miskin dan pembinaan masjid di Selangor adalah hasil daripada keuntungan perniagaan babi yang berjaya.
Ketika dihubungi, Dr Khir menjelaskan, mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkan perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.
Beliau dipetik sebagai berkata “Ketika itu, kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi. Lokasinya belum kita lulus kerana mahu
mendengar pandangan penduduk kampung.
“Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi. Sebab itu, kita minta (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan) Datuk Tang See Hang, membuat kajian terperinci berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas keputusan kerajaan negeri meluluskan projek itu.
No comments:
Post a Comment