Pages

Monday, March 31, 2008

MENANG SORAK NEGERI MELAYU TERGADAI







Negeri Perak sebuah negeri yang unik dan bersyukurlah rakyat negeri Perak kerana mempunyai sistem beraja yang menjadi simbolik kepada ketuanan Melayu. Jika tidak, Perak yang majoritinya Melayu sudah pasti akan ditadbir oleh kumpulan pemimpin DAP yang jelas tidak menyukai sebuah Negara Islam.Perkara ini diakui sendiri oleh Karpal Singh apabila PAS sendiri mahu menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Satu perkara yang pelik, bagaimakah DAP boleh berkiblatkan seorang pemimpin Islam atau pemimpin Islam berkenaan menjadi kuda tunggangan DAP?Yang pastinya, segelintir penyokong PAS seronok keranan MB Perak adalah orang kuat PAS Perak. Tapi, orang PAS lupa mengapakah PAS tidak melantik orang Islam sebagai barisan exconya?Lihat sahajalah gambar di atas, yang mengangkat tangan kemenangan ialah DAP, dan yang menjadi jurucakap DAP di Perak ialah PAS.


KESIMPULANNYA, PAS PERAK REDHA MENJADI JURUCAKAP DAN HAMBA KEPADA DAP IAITU SEBUAH PARTI YANG PERNAH MENGKRITIK DASAR PERJUANGAN PAS SENDIRI.INILAH YANG PAS PERAK MAHUKAN KHUSUSNYA USTAZ AHMAD AWANG

MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

No comments:

Post a Comment