default

PENGEBOMAN BOM TANGAN DI KELAB MALAM BUKIT BINTANG , KDN MINTA RAKYAT BERTENANG

on Thursday, October 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment
















Seorang parah manakala 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, pagi ini. 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dalam kejadian 4.45 pagi tadi, letupan tersebut dipercayai daripada bom tangan yang dilemparkan dari tingkat atas tempat letak kereta berdekatan. 
“Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi. - UM

Laporan MStar :
Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut. 
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin. 
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi. 
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu. 
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan. 
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya. 
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api - MStar

Yang terbaru ialah laporan di bawah :
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang awal pagi ini. 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu yang telah menyebabkan seorang cedera parah dan 14 cedera. - UM
Laporan MStar :
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai supaya bertenang berikutan insiden letupan bom yang mengakibatkan 14 orang cedera di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis. 
Zahid berkata, polis sedang menyiasat insiden itu dan beliau sedang menunggu laporan perkembangan berhubung insiden daripada pihak polis. 
"Mereka sedang menyiasat. Polis akan mengeluarkan kenyataan," katanya selepas mengadakan perhimpunan kementerian di sini, Khamis. 
Dua wanita merupakan antara 14 yang cedera termasuk warga China dan Singapura. 
Empat kereta turut rosak dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi apabila satu bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di kompleks berkenaan - MStar

Updated 1.00 ptg :
KUALA LUMPUR, Oct 9: The seriously hurt victim involved in the bombing incident at Bukit Bintang has passed away. 
The victim was a car jockey identified as Tiong Kwang Yie. 
Besides Tiong, thirteen other people were injured in a homemade bomb explosion in front of a nightclub at Sun Complex in Bukit Bintang early today. 
The incident is believed to have stemmed from a fight between two secret societies. 
Kuala Lumpur CID deputy chief ACP Khairi Ahrasa said two bombs were hurled from the level two parking bay of the building in the 4.20 am incident. 
“One of the bombs exploded in front of the nightclub. The other went unexploded underneath a Toyota Camry car,” he told reporters here today. 
He said seven victims, one seriously injured were sent to Kuala Lumpur Hospital while the rest, to Tung Shin Hospital. 
“We are investigating the motive, background of the victims and explosives used. We received a call from the public on the incident around 4.25 am,” he said - Malaysian Times

default

GEMPAR !! KETUA BAHAGIAN UMNO MANA PI TERJAH PADAM API KEBAKARAN SEKOLAH !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Kalau MB Selangor Azmin Ali melakukan TERJAH masuk parit  longkang di Selangor ,

GPB ingin kongsikan cerita  lagi REAL punya iaitu kebakaran di Sek Keb Pmtg Pasir kelmarin  .

Ini kerana seorang Ketua Bahagian UMNO  boleh TERJAH pi padam kebakaran di sebuah bilik darjah sekolah .  Beliau ialah Cikgu Mohd Zaidi Hj Mohd Said  yang juga Pegawai Khas Menteri Pertanian & Industri Asas Tani .


Mungkin kebetulan beliau berada di sekitar itu &  terus pergi membantu kebakaran di sekolah berkenaan .

Menariknya , setelah pihak BOMBA mendapat panggilan kecemasan dan terus bergegas ke sekolah , api semuanya telah berjaya dipadamkan .




 Kesimpulannya , bukan mudah nak jumpa pemimpin seperti Ketua Bahagian ini yang aktif dan sentiasa mendengar masalah rakyat yang ditemuinya .

Kalau Azmin hanya terjah longkang, di  sini Zaidi telah selamatkan murid dan sekolah daripada terbakar .





default

LAGI AL KISAH MINYAK SUBSIDI RON95 YANG PERLU RAKYAT MALAYSIA BACA

on Friday, October 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




RON95

(Baca sampai habis sebelum komen)

1. Saya rasa berserabut membaca polemik mengenai pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen. Orang bertanya serabut, orang yang menjawab pun lagilah berserabut. Akhirnya kita lupa beberapa perkara asas dalam polemik ini.

2. Pengurangan subsidi ini adalah sebahagian langkah rasionalisasi yang diumumkan sekian lama. Harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga pasaran, sementara subsidi RON95 akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Itu strategi yang kerajaan umumkan sebelum ini.



3. Strategi ini diperkenalkan kerana satu saja alasan iaitu untuk membolehkan subsidi disasarkan kepada kelompok yang betul. Apabila kerajaan memberikan subsidi yang tinggi kepada RON95, golongan berada dan mempunyai banyak kereta mendapat subsidi yang lebih berbanding golongan miskin (contoh: mereka yang menggunakan sebuah motorsikal di kampung), yang menjadi sasaran subsidi ini.

4. Apabila kerajaan kurangkan subsidi RON95, wang itu diberikan kepada kumpulan sasar melalui BR1M. Wang BR1M itu sepatutnya digunakan oleh 7 juta penerima untuk bayar subsidi minyak sendiri. Setiap kali letak minyak motorsikal, niatkan subsidi 20 sen yang diterima itu. Kalau BR1M digunakan untuk beli beg tangan, pergi Danok atau kahwin satu lagi, bak kata Nabil, "lu pikirlah sendiri!"

5. Pengurusan subsidi RON95 tidak ada kena mengena dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia, atau harga minyak kita lebih rendah berbanding di negara-negara jiran. Ia juga tidak ada kena mengena sama ada rakyat patut bersyukur atau pun tidak. Alasannya hanyalah satu iaitu mensasarkan subsidi kepada kelompok yang betul. Selain itu, kesemuanya alasan mengarut.

6. Orang kita faham semua itu. Takkanlah dah ada PhD, Sarjana atau Ijazah dengan CGPA 4.0 tak boleh faham isu semudah itu?

7. Saya perhatikan, apa yang rakyat marah ialah dua perkara. Pertama, kenaikan dibuat secara mengejut. Tiba-tiba harga minyak naik. Maka, adalah yang paranoid beratur panjang di stesyen minyak. Satu tangki kereta, boleh isi 40 liter. Kalau minyak sudah ada separuh, bolehlah jimat RM4 selepas beratur panjang. Sebenarnya banyak cara lagi nak jimat RM4. Berhenti merokok adalah salah satu caranya. Begitu juga dengan berhenti minum teh tarik, roti canai atau nasi lemak; jimat kos penjagaan kesihatan akibat kencing manis dan darah tinggi. Apabila tua nanti jangan menyesal dapat pelbagai penyakit yang kita cipta sendiri!

8. Kedua, rakyat bimbang kenaikan harga barang. Orang Melayu terutamanya adalah golongan makan gaji. Berapalah sangat gaji orang Melayu. "Median" pendapatan rakyat Malaysia ialah RM3,262. Sekiranya tak faham median, mean dan mode, sila google. Penyakit peniaga kita ialah minyak naik 20 sen/liter, dia naikkan teh tarik yang menjadi punca penyakit kencing manis itu pun 20 sen jugak!

9. Melihat perkara ini, saya rasa kerajaan boleh lakukan dua perkara. Satu, oleh kerana proses pengurangan subsidi adalah sesuatu yang akan dilakukan secara berterusan sehingga sampai ke satu tahap yang sesuai, maka elok kerajaan sediakan jadual dan maklumkan kepada awam awal-awal. Contoh: pengurangan 20 sen subsidi pada setiap 1 Jun. Jadi, peniaga dan pengguna tahu awal-awal. Tak adalah orang yang naik minyak apabila harga minyak naik 20 sen.

10. Kedua, oleh kerana peniaga kita dihinggapi penyakit "barang naik" (dulu saya ingatkan "barang tak naik" itu penyakit!), maka eloklah kerajaan mantapkan mekanisme penguatkuasaan atau apa saja langkah bagi membanteras kenaikan harga melampau.

11. Kalau perlu buat pindaan undang-undang, silakan. Kalau perlu tambah pegawai penguatkuasa, silakan. Malah kalau perlu wujudkan sukarelawan (seperti yang dilakukan oleh askar wataniah atau polis bantuan) untuk bantu penguatkuasa sepenuh masa (saya difahamkan pegawai penguatkuasa tak cukup), maka silalah lakukan. Kalau perlu tembak hidup-hidup di tengah padang lapang untuk jadi pengajaran kepada peniaga curang lain, buatlah. Buatlah apa pun untuk kekang kenaikan harga barang.

12. Satu lagi ialah rakyat ingin melihat sebarang penjimatan dari rasionalisasi ini disalurkan kepada perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dari segi jangka panjang. Pada tahun ini, kerajaan peruntukan bajet sektor pendidikan RM54.6 bilion, iaitu sektor yang menerima bajet terbesar. Pendidikan telah menjadikan kita semua keluar dari kemiskinan. Malah, MRSM yang melahirkan ramai cendikiawan dan teknokrat Bumiputera hari ini mendapat lebih separuh bajet yang diperuntukkan kepada MARA, sekitar RM6 bilion.

13. Disebabkan pendidikan yang kita dapat dengan subsidi yang cukup besar itulah, maka hari ini kita boleh upload gambar minum di Coffee Beans, gambar handphone baru, gambar makan di Tony's Romas dan gambar kereta baru dalam Facebook. Itu belum lagi kira gambar tiket kapal terbang, siap dengan "seat number." Opps!

14. Sekiranya penjimatan ini disalurkan kepada pendidikan atau bagi membantu kelompok "bottom 40," saya akan sokong sepenuhnya rasionalisasi tersebut.

15. Nah, saya sudah cakap apa yang saya nak cakap mengenai pengurangan subsidi minyak RON95. Nak tembak saya, silakan!





KISAH MINYAK BERSUBSIDI DI MALAYSIA.
(Coretan siri 2 oleh Ahmad b Maslan, 3/10/14)


1. Purata subsidi seliter Ron95 yg diberi oleh Kjaan BN kpd rakyat ialah 0.74 sen utk tahun 2013 & 0.76 sen utk diesel. Jika guna 100 liter maka rakyat diberi rm74, 1000 liter rm740 & 10 ribu liter rm7400 !!. Siapakah yg guna 10 ribu liter atau lebih Ron95 utk setahun? Tentunya mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi yg memiliki beberapa buah kenderaan.

2. Isian penuh minyak Ron95 utk sebuah motorsikal ialah sekitar 7.5 liter, kereta kecil sekitar 40 liter, kereta besar sekitar 75 liter. Jika 74 sen subsidi seliter, pemilik motorsikal isi penuh dapat rm5.55 subsidi, kereta kecil rm29.60 subsidi tapi kereta besar dapat rm55.50 setiap kali mengisi penuh Ron 95.

3. Pada bulan Februari 2013, harga pasaran Ron95 ialah 2.94 seliter tapi Kjaan BN beri 1.04 subsidi jadikan Ron95 bersubsidi yg dibeli rakyat cuma 1.90. Diesel dlm tarikh yg sama harga pasaran 2.85, subsidi 0.95 dan harga utk rakyat 1.90.

4. Pada Februari 2014, harga pasaran Ron95 ialah 2.83 seliter tapi Kjaan BN beri subsidi 0.73 jadikan Ron95 bersubsidi yg dibeli rakyat 2.10. Diesel dlm tarikh yg sama  berharga subsidi 2.10 & jumlah subsidi 0.73 yg kebetulan sama dgn Ron95.

5. Pada Februari 2013 harga minyak dunia ialah usd122.47 setong dan Februari 2014 pula usd114.41. Pada 26 Sept 2014 minyak dunia usd102.06. Harga pasaran minyak dunia turun dan naik tapi kekal tinggi sekitar usd92-usd122. Harga pasaran minyak di Msia juga turun bila harga minyak dunia turun. Hari ini Ron95 adalah 2.58 & diesel pula 2.52.

6. Tapi rakyat Msia hingga 2/10/14 masih mendapat harga minyak yg kurang drpd harga pasaran iaitu ron95 bersubsidi 2.30 dan diesel bersubsidi 2.20. Subsidi Kjaan BN hari ini utk ron 95 masih ada iaitu 0.28 seliter dan diesel 0.32 seliter. Subsidi ini turun naik bergantung kpd pasaran minyak dunia & dasar Kjaan terhadap subsidi tersasar kpd bersasar.

7. Jumlah subsidi minyak Kjaan BN utk rakyat adalah banyak iaitu 2009 rm6.2b (minyak usd62), 2010 rm9.6b (minyak usd80), 2011 rm20.4b (minyak usd111), 2012 rm24.7b (minyak usd112), 2013 rm24.8b (minyak usd110) dan 2014 subsidi sekitar rm21billion. Semua angka2 subsidi ini sangat besar yg sepatutnya diguna utk pembangunan rakyat dgn lebih bersasar.

8. Ramai yg sudah jelas bahawa subsidi minyak Msia adalah tersasar sbb rakyat berpendapatan rendah dapat subsidi yg sedikit keran mengguna  motorsikal atau sebuah kereta kecil tapi rakyat berpendapatan tinggi dapat subsidi yg lebih besar sbb mengguna kereta besar & jumlahnya pula beberapa buah.

9. Sepatutnya subsidi diberi lebih kpd rakyat berpendapatan rendah & kurang kpd yg berpendapatan tinggi. Di Msia subsidi minyak jadi terbalik. Ini perlu dibetulkan dgn diberi pelbagai bentuk bantuan kpd rakyat yg berpendapatan rendah.

10. Negara2 jiran pula tidak ada atau tidak banyak beri subsidi minyak, maka sebab itu harga minyak mereka tinggi dan berlaku penyeludupan yg merugikan rakyat & negara Msia. Tentunya agensi2 penguatkuasaan sedang melakukan tanggung jawab masing2 dlm satu team besar pelbagai Kementerian.

11. Kesan harga minyak kpd kenaikan harga barang pula mesti ditangani dgn sepadu. Memerangi org tengah, banyakkan Pasar Tani, Pasar Borong, Pasar Ikan, pelbagai pasar lain, jadikan pasaraya sbg penanda aras harga, buku panduan harga barang, senarai harga dlm akhbar, kuasa pengguna utk memilih, kedai harga patut, Kedai Rakyat 1Msia, Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan/Profiteering, kawalan harga waktu perayaan, banyakkan program jualan2 murah, pemantauan harga oleh penguatkuasa, perniagaan jangan dimonopoli oleh kaum2 tertentu adalah antara kaedah2nya.

12. Rumusan ttg hal subsidi minyak ialah keperluan kpd pembetulan struktur subsidi dgn kaedah pembaikan kpd subsidi yg terbalik yang tidak rasional. Inilah antara sbb mengapa subsidi minyak dikurangkan 20 sen selain utk lebih 20 ribu juta/billion ringgit subsidi itu diguna bagi menafaat pembangunan rakyat dan negara dgn lebih adil serta bersasar. Tkasih


default

JAWAPAN MENTERI AHMAD MASLAN ISU KENAIKAN MINYAK 20 SEN

on Thursday, October 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

default

KALAU HADI DIKENALI GELAR PERKATAAN " BARUA " , KJ PULAK " BANGANG "

on Thursday, September 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17 pada Selasa sebagai bangang dan tidak bertanggungjawab.

Salah seorang pemegang akaun laman sosial Facebook pada Selasa meletakkan komen negatif di status akaun Facebook Khairy dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan sukan tersebut tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.

"Bangang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Khairy berkata beliau tidak kisah jika individu terbabit memperlekehkanya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

"Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara," katanya.

"Saya ingin tahu sama ada individu yang mengkritik kejayaan Nicol tahu bermain skuasy atau tidak, sebelum mereka layak untuk melemparkan kritikan,"katanya kepada pemberita pada Rabu.

Nicol berjaya mempertahankan pingat emasnya selepas mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10  di final.

Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh atlet wushu wanita,Tai Cheau Xuen menerusi acara gabungan Nanquan/Nandao pada hari pertama kejohanan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kejayaan kontinjen negara mengumpul dua pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa sehingga hari kelima kejohanan membuktikan bahawa sasaran lapan pingat adalah satu sasaran yang realistik dan tidak mustahil dicapai oleh negara.

Beliau berkata ada atlet yang gagal meraih pingat dan ia bukan bermakna bahawa mereka telah gagal dalam misi ke Incheon kerana apa yang lebih penting adalah pencapaian  mereka untuk mengatasi catatan terbaik dan bukanya pingat yang dimenangi.

"Sehingga hari ini kontinjen negara masih berada di landasan yang betul apabila meraih dua pingat emas dan diharap kita mampu mengutip lebih banyak pingat lagi," katanya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.