default

Hot ! Risalah strategi jahat Dap jika tawan Putrajaya tersebar !!

on Wednesday, February 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kalau benar la apa yang terkandung dalam  risalah ini mengenai rancangan jahat Dap bila berjaya tawan Putrajaya bersama PKR dan Pas, orang Melayu harus sedar akan bahayanya undi Pakatan di PRU13 ini.

Risalah ini bukan disebarkan blogger Umno tetapi blog macai Pakatan sendiri .

Belum tawan putrajaya pun sekarang mereka dah tunjuk belang dengan pelbagai  penghinaan mereka terhadap Melayu dan agama Islam, tak tahu la apa akan  jadi bila dah berkuasa nanti.

1 undi kepada Pakatan membawa kehancuran orang Melayu dan Islam..




default

Hot ! Muhyiddin balun berapi Jui Meng bergaduh dengan Dap di Johor

on Tuesday, February 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
   
Beliau berkata, konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti PR itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.
   
"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (PR) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.
   
"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, hari ini.
   
Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.
   
Karpal dilaporkan berkata, konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
   
Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
   
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau telah mengandaikan bahawa konflik seperti itu akan akan berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang.
   
"Saya dah andai dah. Cerita ni sudah lama, agaknya ia sudah menggelegak. Chua, dia  PKR tetapi orang dalam PKR pun tak berapa yakin dengan dia.
   
"Orang DAP macam Karpal kata dia (Chua) bekas pemimpin MCA yang telah meninggalkan parti, lepas tu nak masuk PKR, dia tak berapa yakin," katanya. - Bernama

default

Hot ! Pelajar sekolah mengaku jaja tubuh untuk 10 lelaki sehari !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.

“Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi.
“Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan.

“Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.
“Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’ berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu.

Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari ‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu.

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.

Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat.

“Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera.

“Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.

“Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, ‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.

“Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya.

“Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor.

Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi.

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.

“Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat.

“Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan.

default

Hot ! Nizar boleh lari malam bila baca berita ni !!

on Monday, February 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).




Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.


Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.


"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.


"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130218/po_14/1000-ahli-kelab-penyokong-Pas-Pasir-Panjang-batal-keahlian#ixzz2LGKXYmta
© Utusan Melayu (M) Bhd 

default

Hot ! Pencacai Pas malu besar Piya dan Apek sokong TUKAR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dalam masa pencacai2 Anwar dok seronok ketawa pasal "I love New PM " di rumah terbuka CNY Dong Zhong.....depa lupa lebih 15 ribu anak Kelantan di Lembah Klang hadir menyokong PM di pelancaran Gelombang TUKAR !

Antara penyokong kuat TUKAR ialah pasukan TRW  yang mana disertai  bintang merema kapten Piya dan Apek .

Selain itu , artis2 yang hadir juga menyokong seperti Black dan Nash.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.