default

Nazmi Faiz mohon maaf isu tumbuk Kapten skuad Qatar

on Tuesday, June 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Perancang utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.
Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.

Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.

Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

"Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.


- Sinar Harian

default

Logo Merdeka Centre sama macam PAP & simbol Yahudi ?

on Monday, June 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini lambang Merdeka Centre, perkakas pecacai najis-najis PR dalam memastikan rakyat terus dibohongi agar PR dapat mengekalkan kemenangan yang diperolehi pada 2008.

Bukan dengan cara memberi promosi kepada PR, kerana Merdeka Center lebih licik, iaitu memerangkap BN, seperti mana yang pernah dialami oleh Pak Lah, yang suka banget ama pujian-pujian.  

Cuba bandingkan logo Merdeka Center dengan satu lagi logo dibawah ini..

Di atas ini adalah lambang PAP, People's Action Party, abang kepada DAP yang diagung-agungkan oleh PAS masakini.  

Tak perlu GT ulas panjang akan hubungan PAP - DAP.  

Disebalik "tendency" atau kecenderungan Merdeka Center ke arah PR, apakah kaitan antara lambang PAP itu dengan Merdeka Center?

Melihat kepada yang tersurat dan tersirat, apakah ini suratan, atau kebetulan?

dan 


Lu fikir lah sendiri!!!

sumber : GT 



Komen GPB 

Sebenarnya GPB pernah bongkarkan bahawa Logo PAP iaitu abang besar kepada DAP adalah diambil dari simbol YAHUDI . KLIK DI SINI 

Kalau logo  MERDEKA CENTRE sama dengan PAP maknanya sama lah dengan  simbol YAHUDI !  

Malah dana untuk pertubuhan ini pun dikhabar turun  dari NGO antarabangsa . buktinya klik di sini 

Tak pelik la simbol pun sama macam YAHUDI dan PAP ...

default

Gambar lawatan TPM ke Bagan yang tak masuk Meloyakini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




TPM semasa berucap menyatakan Guan Eng  jika hadir hari ini  di Bagan tentu akan menggeletar bila melihat 40 ribu rakyat sekitar parlimennya menyerbu program anjuran BN P.Pinang.  Majoriti yang hadir adalah kaum Cina dari  taman-taman berdekat sepanjang  Jalan Raja Tun Uda .

Mereka tanpa segan silu memakai T- Shirt BN tertera Jom Bersama TPM bagi menunjukan sokongan TPM datang ke kawasan mereka.

Adakah  sudah bermula angin perubahan di PP selepas Teng Chang Yeow dilantik Pengerusi BN P.Pinang ?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kehadiran 40,000 rakyat sekitar Parlimen Bagan pada Program Jom Bersama TPM sebagai manifestasi sokongan rakyat negeri ini terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di P.Pinang sudah kembali . 


 Beliau berkata walaupun diadakan di kawasan Parlimen pembangkang yang diwakili Ketua Menteri Lim Guan Eng , kehadiran ramai rakyat Bagan yang majoritinya kaum Cina pada program hari ini menunjukkan rakyat merasa lebih dekat dengan kerajaan BN, yang boleh membantu mereka melayari bahtera hidup dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang. Beliau berharap rakyat P.Pinang dapat membuat keputusan yang bijak dengan dengan kembali memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.




 kupon 1 Malaysia untuk menikmati jamuan rakyat 1 Malaysia 


















default

Mahasewel biadap hina Sultan Johor bakal dikenakan tindakan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

 "Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

 Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama




default

6 ribu NGO Melayu P.Pinang sokong kerajaan BN

on Saturday, June 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Lebih 6 ribu ahli dari 60 NGO Melayu di negeri P.Pinang hadir ke majlis perjumpaan bersama TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.Teruk Guan Eng penipu ini dibidas TPM yang tidak membela rakyatnya terutama orang Melayu .






NGO PERTIGA ..


TPM Tan Sri Muhyiddin tiba di dewan Tunku Syed Putra 


turut sana hadir NGO GABUNGAN diketuai Ustaz Hafiz Nordin 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.