Bila PB tengok di TV3 hari ini sejak pagi tadi , bukan main hebat lagi sambutan rakyat negeri Serambi Mekah yang menyerbu Karnival Jom Heboh TV3 sejak awal pagi ini . Hinggakan gerai belum dibuka lagi , ribuan rakyat Kelantan telah membanjiri program hiburan yang pernah suatu ketika dikritik oleh PAS cukup teruk sekali dalam ceramah2 mereka .
Tapi hari ini , juak-juak taksub PAS telah buang kopiah putih serta jubah untuk pergi ke Jom heboh bagi menikmati hiburan setelah dibenarkan kali ini oleh wali selipar mereka . Ibarat seperti meludah ke langit , akhirnya terpercik ke muka sendiri ...PAS yang kini menggunakan slogan PAS For ALL dilihat lebih mengutamakan hiburan duniawi yang sebelum pernah dikecam hebat oleh mereka .
Jika dahulu, Pas amat bencikan program Jom Heboh ini kerana ia disifatkan sebagai program maksiat dan juga melalaikan, tetapi kini, Pas Kelantan tidak ubah seperti manusia MUNAFIK kerana menganjurkan malah mengalu-alukan ia diadakan di negeri mereka kini .
Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam, 25 Mac 2010. - Bernama
sekarang ini Ahli Majlis MPSP berbangsa Melayu adalah 11 orang daripada 24 orang keseluruhan ahli majlis. Adakah selepas ini Pilihanraya PBT ini akan kekal jumlah ahli majlis berbangsa Melayu ini ????
GEORGETOWN - Walaupun mengakui ada kelemahan dalam soal selidik yang dijalankan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempertahankan hasilnya yang mendapati majoriti responden menyokong pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Koordinator Suaram cawangan Pulau Pinang, Ong Jing Cheng berkata, soal selidik yang hanya dijalankan selama dua hari bermula 20 Mac mendapati 92.7 peratus menyokong cadangan Kerajaan Negeri memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan.
Menurutnya, daripada 546 responden yang ditemui di Pasar Jelutong, Pasar Taman Tun Sardon, Medan Selera Supertanker, Padang Kota Lama, Weld Quay dan medan selera di sekitar Relau, 506 orang menyokong berbanding 40 yang tidak bersetuju.
“Dalam soal selidik berbunyi ‘adakah anda setuju dengan pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan sepertimana yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng?, kami dapati rakyat Pulau Pinang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.
“Rakyat mahu undi ketiga iaitu untuk memilih ahli majlis sebagai memenuhi prinsip akauntabiliti. Kalau prestasi mereka tidak memuaskan, rakyat boleh memilih calon yang lebih bagus pada pilihan raya tempatan akan datang,” katanya pada sidang media mengumumkan hasil soal selidik itu di sini, semalam.
PB ingin persoalkan adakah kaji selidik oleh SUARAM , iaitu NGO human right yang pro Anwar Ibrahim ini menyeluruh di semua pelusuk Pulau Pinang ?? Adakah kajian ini dibuat di sebelah pulau sahaja iaitu tempat yang komposisinya penduduknya dikuasai oleh kaum Cina ?? Mengapa kawasan Melayu majoriti di Seberang Perai tidak dibuat kaji selidik ??
Pemuda PAS sendiri tidak bersetuju dengan pilihanraya PBT ini kerana tahu implikasinya jika diadakan . Jika ia diluluskan maka terhapuslah penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar.
Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang mengangotai exco PBT atas lantikan parti politik?
Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.
Kaji selidik SUARAM ini memang dijangka ramai responden bersetuju kerana semua respodennya dari kawasan majoriti Cina . Selain itu , jika pilihanraya ini diadakan persoalan pertama timbul ialah siapa bakal bertanding pilihan raya itu . Apakah ia membabitkan proksi parti politik atau individu tulen yang mahu berkhidmat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengadakan pilihan raya itu tidak lebih kecuali ada motif politik.
Ketika kerajaan pakatan pimpinannya menghadapi kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang serta kritikan pemimpin ‘parti sahabat’ sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka cadangan beliau antara lain sebagai kaedah mengawal kerosakan terhadap DAP. Cadangan Guan Eng juga tidak lebih daripada sekadar mahu mengalihkan tumpuan umum terhadap kelemahan kerajaannya.
DAP menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PKR pula mengisi sembilan kerusi dan satu milik Pas manakala 11 milik Barisan Nasional (BN). Andai pilihan raya itu dibenarkan, Guan Eng berasakan DAP mampu mengulangi keupayaan seperti ketika pilihan raya umum 2008 lalu. Kemenangan itu akan dicanang, dimanipulasi dan dieksploitasi menjadi pelbagai bentuk isu serta modal politik parti pembangkang.
Jadi , implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.
Hari ini PAS telah bangkitkan semula isu kalimah Allah setelah sudah lama reda isu yang pernah panas ketika awal tahun ini . PB tidak tahu apa motif Hadi Awang kali ini membangkitkan perkara ini dan lebih dasyat lagi mencadangkan kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama kepada kepercayaan kepada Allah !!!!
"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. "Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi. Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.klik di sini selanjutnya
Sudah hilang akal ke juak2 PAS ini semua ?? Keluar fatwa sesat main sedap mulut saja tanpa fikir langsung kesannya kepada umat Islam dan bukan Islam . Nampaknya nama Allah kali ini bukan hanya untuk Kristian , tetapi nampaknya PAS rela untuk semua agama di Malaysia jika Rukun Negara yang pertama ini ditukarkan kepada Kepercayaan kepada Allah .
Ini lah PAS For ALL , slogan yang melingkupkan umat Islam dan SESAT !!
PB harap kepada PERKASA , NGO2 Islam , Ulamak , Majlis Fatwa, dan Mufti2 dapat memberikan pandangan kenyataan PAS yang sudah SESAT ini kerana menukar Rukun Negara yang pertama ini merupakan satu ancaman besar dan boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia . Presiden PAS mengatakan Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam kenyataannya di atas ,
Adakah penganut agama LAIN tahu walaupun mereka cakap Tuhan mereka adalah ALLAH, merekalah umat yang diBINASAkan dan dimasukkan ke NERAKA seperti yang dinyatakan dalam Al Quran?
Kerajaan tidak perlu dengar cadangan gila PAS ini yang sekarang mahu menjual lagi nama Allah .
Rukun negara yang diperkenalkan selepas 13 Mei 1969 bertujuan mahu merapatkan semula perpaduan kaum di dalam negara . Kepercayaan Kepada Tuhan iaitu rukun negara pertama di dalam Rukunegara menjelaskan agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia . setiap warganegara Malaysia bebas mengamalkan agama yang akan dianutinya dan Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.
"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.
Adakah Haji Hadi berhasrat seperti memaksa bukan Islam mempercayai keesaan Allah dan Islam ?Percaya keesaan Allah tidak hanya setakat mengunapakai nama Allah untuk tuhan-tuhan mereka, sebaliknya ia hendaklah disertai dengan keyakinan secara tauhid ( kepercayaan kepada Allah yang esa ) melalui yang ditauhidkan ( dengan pengakuan syahadah ) dan amal dengan anggota badan berdasarkan syariat yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-RasulNya terutama Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain, mempercayai keesaan Allah ialah dengan memeluk Islam. Adakah mereka ini semuanya setuju perkara ini ???
firman Allah dalam surah Al - Kafirun : 6 jelas menerangkan bahawa kedudukan agama-agama di dunia pada pandangan Islam adalah jelas & tegas. Semua agama adalah tidak sama .
bermaksud:
“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”
Semua agama tidak sama dengan agama Islam. Kelainan agama Islam berbanding dengan agama lain ialah dari sudut keyakinan secara Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Esa) melalui yang ditauhidkan (dikuatkan dengan pengakuan Syahadah) dan amal (cara hidup atau amal) dengan anggota secara langsung kepada Allah berdasarkan syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.